Followers

Google+ Followers

Translate

Wednesday, August 7, 2013

Ramadhan 1434H dalam hidup ku

Pejam celik berlalu sudah ramadhan, alhamdulillah dapat bertemu tetapi dengan rela hati terpaksa melepaskan ramadhan ini pergi lagi.

Tak terucap dek kata-kata perasaan menerima kehadiran dan kehilangan ramadhan ini. Pelbagai perkara menerpa diri ini. Baik yang buruk dan baik. 

Permulaan ramdhan dimulai dengan rewang di Pusat Islam Usm. Tidak di ketahui mengapa hati ini kuat untuk melakukannya walaupun kerja agar bertimbun. Pelbagai perkara konon cuba untuk dilakukan. Namun ternyata banyak keterbatasan. Tadarus Al-Quran di Masjid USM juga aku tidak ikuti kerana antara rewang dan Tadarus aku memilih rewang. Tadarus Al-Quran boleh aku lakukan sendiri. Sayang aku tersangkut di juz 18 sahaja.

Kelebihan rewang membuatkan aku mahir menggunakan bahan-bahan di dapur. Aku belajar memotong nenas, sayur-sayuran dibasuh menggunakan sabun buah, petua-petua memotong bawang, berguni-guni kentang bawang, halia dan pelbagai kerenah makcik-makcik. Hari ni kita bertemu dan esoknya kita sudah tiada. Pernah anda terfikir. Satu kesedaran timbul apabila cerita mengenai kanser sangat menjadi topik saban hari semasa rewang. Ada salah seorang dari mereka penghidap lukimia namun alhamdulilah dalam proses baik. Ada juag yang datang bertongkat. Masih mahu membantu mana yang terdaya. Sekali lagi silaturrahim terjalin.

Selesai menghantar kerja, aku pertekad untuk berterawih di masjid. Kerana sebelum ini aku hanya lakukan dirumah. Alhamdulillah penjelajahan tanpa henti ke beberapa buah masjid menemukan aku dengan situasi yang sesuai dengan jiwa ku. Majoriti aku berbuka di Masjid USM. Pengalaman berbuka dan berterawih di Masjid Negeri Penang memberi pengalaman sangat indah. Saf penuh hingga kebelakang walaupun setelah 8 rakaat. Imam silih berganti setiap 10 rakaat. Mungkin memberi peluang pada yang lain. Makanan sangat meriah namun sayang tidak sempat menjamah. Sayang sekali juga kerana tidak sempat merasa Qiam disitu kerana sudah 'cuti'.

Berjemaag di masjid USM lain dari yang lain. Dikemudi oleh imam Arab,bacaan juga panjang, masyaAllah. Rasa macam di Mekah, namun keriuhan anak-anak sedikit memagut hati ini. Qiam di sini juga sangat menyentuh jiwa. Hafazannya lancar dan panjang. Ada sujud sajadah. Bermula seawal 3.30 pagi tepat hingga 5 pagi dan bersahur. Namun sekali lagi menjelajah ke Masjid Taman Brown. Bermula jam 4 pagi hingga 5 pagi dan bersahur. Mungkin di masjid ini lebih menampakkann kemelayuan. Aku sangat selesa berjemaah disini. Makmun juga ramai, paking kereta pun mudah ada yang menjaga trafik. 

Aku mula tidur di pejabat untuk memudahkan aku bangun je masjid. Entah mana datang keberanian untuk bermalam sedangkan tahu hanya ada beberapa atau tiada orang langsung di bangunan itu. Berkenalan dengan seorang Dr. Alhamdulilah ajakan berbuka di masjid memulakan ukhwah kami. Berlarutan hingga di belanja makan di restoran dan kami membuat jamuan berbuka di rumah. Berqiam bersama. Solat bersama. Moga ukhwah ini terus berpanjangan. 

Sahabat sepejabatku turut serta hingga jika antara kami salah seorang tidak datang, akan ada sahaja yang bertanya. Menerima hadiah kain batik dari pihak USM. Menerima hadiah sejadah dari makcik yang baru pertama  kali kenal di Masjid Brown. Hadiah setiap malam kerana Allah pulangkan roh untuk bangun pergi Qiam. Terima kasih Allah bagi pengalaman ini.

Berbuka puasa di masjid membuat aku menambah kenalan termasuk makcik-makcik kelas mengaji aku. paling indah akhirnya aku bersapa dengan makcik yang mengambil master seusia 60 lebih. 2 kali aku berpeluang mempelawa beliau menaiki kereta aku yang comel untuk menghantar beliau ke asrama. berasal dari shah alam, bernama maimunah. master dalam multimedia. saja ambil master sebab tak ada buat apa katanta. dulu nak ambil persaingan banyak. makcik oh makcik, nk siap dh masternya. dah buat finding.

1 Ogos mendapat bad news. Adakah harapan untuk aku terus berada di USM sebab penulisan aku kurang menyerlah, mengganggu kpi Dr. Buntu seketika, hati lebat selebat hujan di penghujung 10 malam terakhir. Beberapa kali tertidur di dalam kereta kerana kelelahan. Balik rumah untuk salin baju dan mandi sahaja. Selebihnya di USM. Mampukah aku melaluinya. Tapi hati ni keras dan ego untuk menyerah kalah. Aku mohon bantuan kalian doakan aku mampu melaluinya. 

Terima kasih Allah kerana kejadian-kejadian tak disangga dan hanya di beri masa sebulan untuk menyiapkannya. Membuatkan aku saban hari memohon pada Mu tanpa ragu. Dikurnia sahabat-sahabat yang menyokong tanpa henti. 

Ya Allah
Permudahkan aku memahami bahasa english
Jika apa yang sedang aku lakukan ini adalah perkara yang betul, kuatkan hati ku untuk melaluinya
Jika apa yang sedang akau lakukan ini kurang tepat, berilah petunjuk jalan mana yang harus aku pilih,
Jika rezeki ku sukar permudahkanlah,
Jika rezeki ku jauh dekatkanlah,
Jika rezeki ku haram sucikanlah,
Jika jodoh ku sukar permudahkanlah,
Jika jodoh ku jauh dekatkanlah,
Jika jodoh ku dekat percepatkanlah,
Permudahkan aku menyelesaikan pengajian dan tugasan ku sebelum aku pergi mengadapMu dengan tenang.
Perkenankan permohonan hamba Mu ini,
Amin.

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi