Followers

Google+ Followers

Translate

Monday, January 17, 2011

Siapa nak ikut....jomlah.....jom...

Mesti korang tertanya-tanya.....mana sajalah tempat aku nak bawa korang jejalankan...Tapi hari kali ni aku tidak bawa korang berjalan sebaliknya aku ajak korang berbasikal...seronok tau...


Taraaa...Ni lah dia...tempat yang aku nak bawa korang bersiar-siar..jom...tempat aku selalu joging bila lapang...sekarang tempat ni dah semakin besar...Selalu aku joging kat bawah jer...kat bahagian atas dia buat macam padang lapang dan ada pentas...Hari ini kayuh-kayuh pi naik pentas ataupun dipanggil dataran...cantik tau tempat ni...

Bumbung tempat ni direka seperti sayap burung...genius betullah akitek ni..kalau kelapangan korang datanglah menyaksikannya sendiri...

Selain tempat untuk berjoging..tempat ni juga terkenal kawasan bermain layang-layang..walaupun cuaca agak mendung..tapi masih ramai yang bermain layang-layang..kalau wekend lagi lah penuh..ada juga yang datang bermain kapal terbang dan jet...tak percaya..korang datang lah masa wekend....ada peperangan angkasa...

Aku tak faham apa motif checkpoint ni..pepun basikal aku dah posing2...

Bukan aku nak promote tempat ni..tapi saja nak ajak korang bersenam...menyehatkan badan..stress ilang ...otak pun cerdas...wekend boleh bawa keluarga berjalan-jalan..Yang lagi istimewa tempat ini adalah setiap pagi ahad akan ada senamerobik...siap ada jurulatih...nanti mereka datang naik pajero sebab bawa speaker besar...Tempat korang ada buat tak..Pastu senamrobik...kalau korang nk lagi best...pergi la pula join kelas menari ataupun taicii....Lagi pun rumah aku dekat kot dengan tempat ni..15 minit sampailah...kalau nak pi taman merdeka boleh juga... cuma jauh la sikit..lagi pn paking payah..hehe..pepun terima kasih pada Majlis Perbandaran Johor Tengah kerana menyediakan kemudahan sebegini...Kalau dapat buat macam Tasek Permaisuri Bandar Tun Razak lagi saya suka..hehe...

Sunday, January 16, 2011

Hati Kayuhan..16 km jer

Aku nak cerita ni..tak sabarnye....pasal basikal aku la ni...hehe...Sudah lama kiranya aku tidak berkayuh....kononnya nak mula berkayuhlah..siap kiwi tayar,basuh bersih...kilat bersinarlah gayanya..tuptup time pam.....pam lak rosak....habis flat tayar basikal aku...wawa..hampeh sey....apa lagi berdokong lah basikal ke kedai...nak tolak sayang..takut bocor dan rosak rim...penatnya tak terkata...malu gak kendong basikal orang tengok..arghhh......wat dek jeeeee...aku sayang basikal aku...sampai kat kedai moto aku pam ler..aku rasa....apek-apek tu sume pelik tengok aku.....ye le girl bertudung....pandai ker pam tayar...ala aku dh biasa pam tayar la masa kat kolej dulu..relex la apek....lu buat je keje lu...(dalam hati aku berkata)...Alhamdulilah basikal dah boleh bawa jejalan...tapi.......nak balik rumah aku tersesat.....hahahahaha....ada anjing kat satu lorong tu...aku pun pi kayuh lorong lain..hahaha..tah mana-mana aku pusing...lawak betullah....tapi lastly jumpa juga jalan pulang.....
Alhamdulilah...cuaca terang..hehe memang nekad nak gi kayuh sampai mutiara rini petangni.....vrooommm....vroommm....eh mana ada bunyi....cume hati aku berbunga riang....hehe...aku ikut jalan yang aku sesat pagi tadi...hehehehehe...seronok berbasikal ni....sume lorong boleh masuk...jangan ada yang salak gung..gung..wulf...wulf.....udah le..hehe...
Kayuhan sampai tempat joging dalam 16 minit..sama je macam naik kereta rasanya..hehe...lagi pun jalan agak lengang....walaupun agak berbukit..pancit juga aku..lama tak naik basikal..hehe...sampai mutiara rini...aku pusing-pusing dulu..sebenarnya aku tak tahu nak tambat shimano aku ni kat mana..hehe....sambil melepaskan kepenatan....
Taman ni memang aku selalu datang jika kelapangan...lagi-lagi time aku tensyen atau boring....kalau pergi shoping nanti terbeli barang baik jejalan kat taman....selalunya aku joging la kat sini....hari ni ramai orang...al maklum hari ahad....aku joging 1 round jer..tah le dh penat kayuh agaknya..selalu aku joging 3 round..xpela...best lah dapat tunaikan hajat sendiri...

Aku kayuh lagi sebelum balik..suke aku tgk ada budak-
budak girl main kamera dslr...bilalah agaknya
aku berpeluang merasai suasana macam tu...ada klik sendiri..wekend hangout shooting....aku nak sangat ada masa untuk shoot macam tu....saja suka-suka......sambil kongsi ilmu.....nak masuk kelas foto mahal...tapi
mungkin malu sebab aku just pakai compact camera
sahaja...tak pelah....tengok mereka happy aku pun join happy...bagi aku melihat orang sekeliling happy sudah membuatkan aku turut merasai...ilang seketika bebanan di kepala...gambar sebelah ni aku ambil masa betulkan meter basikal aku..haaa budak dua orang tu sibuk belek kamera mereka..sory ye korang..aku tangkap gambar curi...hihi..hope 1 day aku ada klik mcm korang...insyaAllah...

Tapi gambar-gambar aku tangkap kat taman ni guna hp jer...tak bawa my alex panasonic....laen kali aku mesti bawa...


Hari dah makin gelap...orang pun dah makin kurang...lex go pulang...
haaa.............
tetiba kau terbehenti.....korang nak tau apasal.????.ha aku pun nak tau jugak..hehe....punya la banyak kereta tepi jalan..rupanya ada orang main kapal terbang..tapi paling best ada orang main roket..masa aku tengok berhenti tu ada 2 buah roket tengah membuat aksi...perghhh....best...macam berperang lak aku tengok..nasib tak berlanggar...siap ada bunyi.....kalau ada peluru berpandu lagi best...haha..macam-macam lak aku pikir...ni gambar mereke..roket tu kecik la...macam tak nampak dalam gambar...kalau korang nampak 2 titik kat langit tu korang memang power...power skodeng...hihi...

Dan dalam perjalanan balik punya lah banyak kereta...pai aku terpaksa memberhentikan basikal...ye le pengalaman accident masa kat kolej dulu aku masih ingat lagi..habis riuk tayar basikal aku...aku accident kat roundabout masa tu....emm banyakkan kereta....bagai burung pulang ke sarang.


Alhamdulilah berjaya sampai kerumah....sampai rumah makan masa dekat 20 minit sebab aku berhenti tangkap gambar dan sebab banyak kereta tadi...Syukur tak ada jumpa wulfff....wulf....haha...tapi balik tu aku ikut lintas longkang nak shortcut..haha...nasib tak masuk longkang.....klu tak ngn aku basikal sume dalam longkang...


Maka berbungalah hati dapat berkayuh...dari kendong basikal..kene elak anjing..sesat jalan...sume berlaku hari ini...InsyaAllah ada masa nak kayuh lagi...jom...

HATI KAYUHAN


Wednesday, January 12, 2011

KURSUS PRA PERKAHWINAN 2011/johor bahru

Sebarang pertanyaan/pendaftaran boleh dibuat melalui sms/cal
Ustaz Hashim ; 013-7654 117
Cik Khairiah ; 012-7412 455
fb; kursus pra pendaftaran jb

Borang ini boleh di print dan dibawa semasa pendaftran tempat yang dipilih nanti bagi mengelakkan kesesakan semasa mendaftar nanti.

Pembayaran juga dibuat semasa mendaftar.

Jadual minggu seterusnya akan diupdate di fb

RM 120 SEORANG

KURSUS DUA HARI

SIJIL DISEDIAKAN

PENCERAMAH YANG BERPENGALAMAN

Manual focus

Terlampau banyak untuk dipelajari sampai aku naik kompius nak dahulukan baca yang mana.....DOF, macro, exposure value dan tah ape -ape lagi mengarut nk fhm..... Sebab semuanya sangat bersangkut paut.... Serius slame ni aku mmg main tembak je.....payah-payah sangat guna auto jer....slalunye peristiwa tu tak tggu kite...

Pepun ni lah hasilnya aku dapat dari manual focus..






Sebarang komen/cadangan diterima dengan hati terbuka
Saya budak baru belajar

Sunday, January 9, 2011

MAAF...aku KOLOT

Syukur di lahirkan dlm keluarga yang serba sederhana. Terkadang fikir gak bestnyer kalau hidupmewah. Tapi sekarang dah tak ada fikir sangat. Sangat-sangat bersyukur dengan apa yang ada sekarang ni.

Serius kat sini aku memang nak mengaku aku memang kolot. Aku memang selalu berperasangka baik kat semua orang. Tak pernah rasa syak wasangka, tapi tu lah senang juga kena tipu. Kekadang sedey gak diperlakukan sedemikian. Sejak aku sekolah aku rasa semua orang baek. Kalau tengok cerita dalam tv tu aku rasa watak-watak orang jahat tu sume lakonan belaka. Bila dah habis belajar dan bekerja ni serius aku mcm baru sedar bahawa watak dlm tv tu ada betulnye. Silap aku ker kerana menganggap semua orang dikeliling aku adalah baek. Aku tidaklah bermaksud bahawa aku ni seorang yang baek. Inilah antara cabaran kehidupan buat aku.

Sejak sekolah rendah hinggalah di tingkatan 6 atas, semua kengkawan bertudung. Itulah yang menyebabkan aku menyatakan bahawa semua orang adalah baek. Tapi rupanya mereka bertudung kerana terpaksa takut dengan cikgu disiplin. Memang agak memberontak juga kadang-kadang ayah tak bagi aku ikut berjalan jika aku
tidak memakai jilbab sejak aku tadika lagi. Tapi sekarang aku faham kenapa ayah bertindak demikian.

Aku minat juga bahagian agama tapi minat juga sains. Tapi dh ketetapanNya aku ambil bidang sains. Sebenarnya aku nak cerita kenapa aku rasa aku kolot.

Kisah pertama:
Aku penah menangis kerana kawan sekelas ku ingin berkahwin sehingga tidak menyambung persekolahan. Sedangkan keputusan PMR kami boleh dikatakan cemerlang. Aku pun xtau dimana dia sekarang. Tapi yang aku tau, ibunya suruh berkahwin untuk mengelakkan mereka terjebak perkara yang tidak elok. Tapi sayangnya,apalah salah tggu lepas SPM. Bukan lama sgt pun 2 thn jer lagi. Kolotkn aku bila menentang perkara-perkara percintaan apatah lagi perkahwinan diusia muda. Sebab itulah juga aku kehilangan cinta pertama aku. Maafkan sy Mr R. Sy Sungguh setia pada awak sehingga sy tamat pengajian. Sy juga terpaksa menghampakan mereke-mereka yang cuba dekati sy sebab sy pegang janji sy pada awak kerna sy percaya cinta pertama itu yang terbaek buat saya. arghh..jadi baek pulak bersaya-saya. Kolotkah aku berfikiran demikian. Tapi aku redha itu semua Qadaq n Qadar. Sekarang aku nak cari orang yang sudi jadi Imam aku. Dan aku bersedia menjadi makmum buatnya. Persoalannya ada ke yang sudi jadi imam aku?

Kisah Kedua:
Semasa di tingkatan 5, memandangkan kami akan menghadapi SPM. Kami sering belajar secara berkumpulan. Kadang-kadang umah A, umah B dll. Tapi kami selalu pi umah A(islam), sebab mak dia tidak bekerja. Mak dia rajin masak western dan bagi kami makan. Nak dijadikan cerita sy terperasan ada air tin kencing setan dlm peti ais. Tak perlu saya nyatakan jenamanya. Bila ditanya A kata buat2 panas badan jer. Tak kuat ler. Dan saya mula kurang ikut study group jika dirumah A, kalau ada pun juadah sy berkias tidak makan atau sudah kenyang. Telah terdetik dihati sy kenapa ada kawan sekelas aku yang jadi begitu. Apakah itu yang diajar disekolah. Makayah dia tak marah ker. Mustahil bukan. So boleh gambarkan mmg famili mereke minum bende tu. Nak dijadikan cerita sekali lagi aku 1 sekolah dengan A semasa tgktn 6. Aku dpt tau dia selalu g club dan pernah terlihat gambar dia berpelukan dengan perempuan(cousen kata A) sambil memegang air kuning berbuih..bukankah itu air kencing setan. Sejak itu aku mula menjauhi A, kerna aku tak terdaya untuk menegurnya. Lagipun tidak sekelas. Sebaliknya hanya doa yang mampu aku lakukan. Maaf A, aku bukan tidak mahu berkawan tapi aku memprotes keras perlakuan kamu.

Kisah Ketiga:
Terang lagi nyata bahawa mewarnakan rambut adalah haram. Selain merubah ciptaan Tuhan ia juga menyebabkan air solat atau mandi wajib tidak sah. Tak payah aku terangka sebab pembaca mesti sudah faham. Hal ni nampak remeh dimata korang tapi bagi aku besar. Kalau girl mungkin dia uzur so bley r warnakan selama dia tidak boleh solat. Tapi bagaimana dengan lelaki? Sekali lagi aku tidak dapat berbuat apa-apa pada sahabat-sahabat ku ini. Nak ditegur takut kata busybody. Lagi pun masing sudah besar dan ada kehidupan sendiri. Kadang-kadang rasa nak je aku potong rambut mereke tu bagi botak. Aku tak faham macam mana yang bersolat dengan rambut berwarna, diterimakah?. Tapi sapalah aku untuk menghakimi mereka.

Tapi itu belum masuk bab tak bertudung dan berpakaian seksi. Rasanya nak je aku belikan baju, kain atau apa saja yang boleh dicapai tangan untuk menutup anggota-anggota yang terdedah pada tayangan umum itu. Kolot ke aku menolak untuk tidak mewarnakan rambut? Kolot ke aku tidak memakai pakaian ketat seperti kalian. Ye memang aku kolot dan kadang aku rasa tertekan. Namun aku tidak punya hak untuk menegur kamu wahai sahabat-sahabatku. Moga hati kalian cepat mendapat petunjuk dariNya. Makbulkanlah doaku ini.

Kisah Keempat:
Kalau kat umah hari-hari makayah kejut bangun subuh. Kalau tak bangun mau kene bebel panjang punya. Pergh bila masuk asrama lain jadinya. Sahabat-sahabat aku yang solat tu alhamdulilah la. Tapi yang tak tu, aku jadi sangat sedeh. Macam aku cakap, sume dah beso dan aku tak mahu aku dikategorikan sibuk jaga tepi kain. Tapi selalu juga aku perli, yang faham tu baguslah yang wat dek je payah nak kata. Aku tau aku tak la baik sangat. Solat pun kadang-kadang terlepas dan aku cuba kadak. Bayangkan 3 tahun aku duduk dengan kalian, bila diajak atau ditegur baru solat. Inikan pula kita dah berjauhan. Aku harap korang ingat aku sebab aku tegur aku sayang korang, bukan aku benci korang. Aku doa korang buatlah perkara yang wajib korang buat seikhlas hati. Kalau jumpa korang harap korang tak benci aku.

Kisah Lima:
Pernah kerje 1 company cina. tu aku tak kisah le. Yang buat aku paling sedih pekerje-pekerje melayu pun sama tak solat. Tapi tetap bersangka baik, mungkin nanti akak dan abang tu solat kat umah. Kat opis banyak keje. Tapi apa yang buat aku paling sedey kalau ye pun tak puasa janganlah makan dikhalayak ramai, siap ajak aku g makan sekali tanpa segan silu berkata "nak ikut ke nak tapau" sedangkan tahu itu bulan Ramadhan. Malulah sikit. Mana pergi perasaan segan dan kesedaran mereka. Sehingga satu hari aku tidak dapat menahan air mata kesedihan, berlarilah aku ke bilik air. Kenapa ada orang sekeliling aku jadi begini. Kenapa ia bukan cerita dalam tv yang hanya rekaan. Abang tu tak sakit, malah badannya sangat sehat. Inikah budaya zaman sekarang? Kolotkah aku menolak insan yang bergelar melayu islam terang-teragan membuat perkara ditegah?


Maafkan aku kerana kolot.kolot.kolot... Bagi aku yang salah disisi Islam tetap salah. Perlu ditegah. Tapi mampukah aku berbuat demikian pada sahabat-sahabatku. Aku juga insan yang lemah serba kekurangan. Serius aku ulang sekali lagi aku memang kolot. Maafkan aku kerna jadi sahabat korang yang kolot. Ini adalah luahan hatiku. Memang benar-benar terjadi dalam kehidupan seharian. Namun aku tetap tak akan berubah anggapan bahawa orang disekeliling ku semua baik. Percayalah hidup didunia ini hanya sementara kerna yang kekal lama adalah disana nanti.

Yang baek datang dari Allah yang buruk datang dari diriku.





Tuesday, January 4, 2011

senyum - Malique & Najwa

Lirik Senyum – Malique & Najwa

Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus
Ulang Verse

Senyum :)

Sunday, January 2, 2011

Konon cari kerja tapi laen jadinya

Salah satu tempat baru yang menarik di johor...klu owg duk sibuk storymory pasal Nusajaya @ Wilayah Iskandar ni la dia..Tmpt ni ala2 putrajaya.Satu kementerian satu bangunan..Tp banyak lagi lum siap...bikin pelan2..tapi serius arkitek dia kepala gile2..bangunan cantek dan unik,d ala islamik, klasik, pergh marvelous le..sayangnye hari ujan so xdpt nk tunjuk kat korang buktinya. Tp klu d rezki nk pi lg..tggu 4/5 bulan lg pasti ada bangunan baru naik lagi..hehe..pepun d gak la berangan kot2 keje kat situ.xkeysahlah walaupun umahku jauh..ewah2.Sbb tmpt tu unik sekali. Pasti hari2 bley jog n snap pic bebanyak..Ewah2..kuat plak aku berangan..korang jangan marah lak yer...tp kn kot btl d pluang keje kat situ mai habaq kt aku yer..thanx:)

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi