Followers

Google+ Followers

Translate

Friday, December 28, 2012

Kelas tambahan budak universiti

Dulu masa zaman sekolah, ingat lagi tak kita ada kelas kemahiran hidup. Setuju tak jika saya katakan bahawa semua itu sangat berguna dalam kehidupan kita hari ni. Bertukang, menjahit, memasak, berkebun tu semua kita ada belajar tapi kita lupa nak aplikasikan pada umur kita yang dah dewasa ni.

Alangkah canteknya kalau budaya, amalan atau pelajaran itu di gunakan walaupun pada pelajaran peringkat universiti. Bukan nak kata orang lain, tapi diri sendiri ni pun sama. Mana reti memasak, berkemas, berkebun. Sebab ilmu ni semua tak ada dalam buku. Ia lebih kepada praktikal. Kena selalu buat. Mungkin kita duduk rumah flat tak ada tanah nak berkebun. Mungkin sebab keje rumah ada orang gaji yang buat. Makayah pula tak kasi masuk dapur sebab takut anak-anak main api masa diorang gi keje. Tul tak? Bukan juga nak salahkan makayah. Tapi serius pendapat aku benda ni tak ada dalam buku. Aku istilahkan ilmu ini 'terdidik secara semula jadi'.

Faham tak istilah yang aku bagi tu? Aku bagi contoh lain seperti, dulu masa kecik-kecik makayah selalu pesan agar balik main sebelum 6 setengah petang kan atau sebelum maghrib. So secara automatik sampai dewasa ini kita akan pulang atau berada dirumah sebelum maghrib. Betul tak. Ada ke mana-mana buku yang tulis fakta suruh balik rumah sebelum 7 malam.(kalau ada kerja atau ada hal tu lain cerita la kan) Tak ada kan???

Berbalik pada cerita kelas masak atau menjahit tu. Menjahit tu mungkin sukar sket la sebab banyak nak kena belajar. Tapi kalau memasak tu rasa memang wajib. Tak ada orang kat dunia ni tak makan la. Andai kata universiti buka kelas seminggu sekali pun ok. Habis satu semesta mungkin pelajar dapat rasa dan belajar semua masakan popular setiap negeri. 14 negeri, 14 minggu lebih kurang 3 bulan. Wah cepatnya pandai memasak. Bila cuti boleh masak untuk famili kat rumah. Masak ni tak payah fikir dan hafal macam belajar dalam buku tu yang kita pergi kelas tiap hari tu. Yang perlu hanyalah praktis. Pastu paling best bila habis belajar, kerje dan kahwin. Ha kan dah pandai masak. Scroll dapat, kerje dapat, kahwen dapat, pandai masak pun dapat. So apa kata kelab-kelab kat dalam universiti ni buatlah kelas memasak seminggu sekali.

Lepas konvo sambil cari keje dulu. Aku 'dipaksa' pergi kelas menjahit. Dapatlah hasilkan 4 baju kurung. 2 untuk aku, 2 lagi aku buatkan untuk cousen2 aku yang kecik molek tu, serta sempat siapkan beberapa jenis seluar termasuk seluar tido..haha..Kelas masak aku tak join sebab nak potong bawang pun tak reti. Ni sume anjuran KEMAS. Kat taman-taman tu yang ramai makcik-makcik datang tu. Mak aku gi kalau menu yang diajar tu best. haha.. syoklah kami kat rumah jadi tester masakan mak, ayam percik la, ayam panggang la, pizza la, ikan 3 rasa la, kek la dan macam-macam lagi.

Percayalah apa aku kata, "sehebat mana kita di mata dunia, kita kena belajar ilmu asas kehidupan yang tak ada dalam mana-mana buku".


Wednesday, December 26, 2012

Tau tak betapa bahagianya...

Tau tak betapa bahagianya buat keje kat rumah
Buat je sepah dalam bilik
Duduklah berkurung dalam bilik sampai pengsan
Buka la laptop dan internet 24 jam
Kertas bersepah ngalahkan tempat meow bersalin

Yang syoknya apa???
Bila mak panggil makan, pada hal tak tolong masak pun
Baju masuk je mesin basuh, putar2 settle
Mandi lambat pun tak apa sebab bukan nak pergi opis
Nak tidur, buat keje bila-bila pun tak ada hal
Sebab rasa selamat dalam rumah sendiri
Sebab rasa tenang buat keje
Rasa nak rehat, tanpa perlu berkemas
Kalau kat opis sampai masa kena balik umah
Kena kemas dan simpan keje
Kat rumah tak perlu
Momentum tu ada saja

Tapi kesian kat mak sebab tak dapat nak gaduh2 kat dapo
Kesian kat ayah sebab nak ajak jalan tapi aku kje macam banyak je
Pepun memang syok balik rumah
Rugi la sapa ada makayah tapi jarang balik ziarah
Baliklah selalu kerana kita tak punya banyak waktu

Mungkin hari ni kita balik
Kita masih boleh bergurau senda
Mana tahu kita balik sekali lagi keadaan dah berubah
Tak ada lagi senda gurau atau kata nasihat
Serius aku tak tipu hal ini

Nampak perkara ni tutup sebelah mata
Sebab itu semua tak jadi kat diri kita kan?
Tapi balik hari tu aku kehilangan satu suara
Suara yang tak putus dari gelak jenaka
Yang tersirat didalamnya kata-kata nasihat
Tubuhnya yang semakin kurus tak bermaya
Tak sampai hati untuk mengejutkan dari tiduran
Sesekali terdengar rintihan dan ngerang kesakitan
Kerana virus telah menular di dalam tulang pinggul dan kaki

Ya Allah
Kau selamatkan semua ibu-ibu kami,
Sejahterakan seluruh keluarga kami
Satukanlah hati-hati kami dalam agamaMu
Eratkan hubungan keluarga kami
Sesungguhnya ringankanlah bebanan yang di tanggung
terutama pada ibu-ibu kami yang melahirkan kami
Amin..amin..amin..

p/s : selagi tak jadi pada diri sendiri kita pasti menutup sebelah mata. Kalau dah jadi pada keluarga sendiri atau yang terdekat sekeliling kita, barulah kita sedar betapa peluang yang ada selama ini kita sia-siakan. Jadi rebutlah peluang selagi kita punya waktu untuk berbakti dan berpeluang.

Monday, December 24, 2012

Selamat Hari Ulangtahun Melihat Dunia Adinda

Aku nak buat ruangan khas buat adik aku yang tersayang iaitu Mohd Fuad Bin Haji Ismail diatas hari ulangtahun yang ke 26..haha..kang maliu lak dia..tua setahun dari umut..haha.

Along doakan agar adik sukses dalam semua perkara yang adik buat. Moga Allah permudahkan segala urusan adik. Mudah-mudahan tahun depan impian kita tercapai. Jadilah anak yang soleh berbakti kepada keluarga, agama dan bangsa.




Rajin-rajin bangun solat Subuh, rajin pergi masjid, rajin ngaji. Nanti takut terlupa baca tulisan jawi. Moga cepat naik pangkat dalam pekerjaan dan mendapat rezki yang melimpah ruah. Ingat masa susah senang keluarga kita zaman berjual kuih berbanding sekarang rezki melimpah ruah. Alhamdulilah.

Cepat-cepat kahwin, nanti si dia lari sambung belajar baru tahu..haha..Terima kasih kerana menjaga mak ayah,rumah,meow dan keluarga sepanjang along berada diperantaun.

Akhir sekali along nak nyanyi:
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Mohd Fuad Ismail
Allah selamatkan kamu

jap gi masukkn gmabar kek 
sebab tak potong lagi

Wednesday, December 19, 2012

yuhuuuuuuu..........nak share info malakof

http://www.malakoffrun.com.my/v10/index.php?option=com_content&view=article&id=84

Haluuuuuuuuu...ini ada sedikit maklumat pada mereka yang berminat untuk sertai larian...have fun...kawan aku yang ajak, jadi ini info aku share kat korang.walaupun tak kenal sangat dia tu..haha..tak sangka lak dipelawa..inilah masa boleh erat silaturrahim..setuju??.apa salahnya setelah seminggu berhempas pulas bekerja sampai pengsan. Luang sedikit masa untuk diri anda. Marilah bergelak, bergerak, bersenam, keluarkan peluh, keluarkan suara. Walaupun masalah besar macam mana sekalipun..tak ada jalan penyelesaian..ambil masa untuk HADIAHKAN masa pada diri anda sendiri.

Jom...apa tunggu lagi ;)

Tuesday, December 18, 2012

Apa ada dengan Arkeologi Lenggong

Bermulalah perjalan ke Lenggong. Jakun tengok awan cantek. Pastu yang bestnya, jalan raya menuju Muzium Lenggong dipenuhi tahi lembu. Tapi seko lembu pun aku tak jumpa. Explorace mengelak tahi lembu.


Sesampai dikawasan yang diberi nama tanah Lenggong, maka tercetuskan fenomena alam yang sangat indah di mata aku. Kalau tangkap gambar banyak macam mana pun tak adakan dapat lawan dengan melihat sendiri ciptaan Allah. Apa yang indah ialah gabungan warna bukit bukau atau banjaran bercantum dengan awan. Subhanallah. Payah nak dapat pemandangan macam ni kalau duduk bandar. Dan sangat disaran agar tidak menggunakan econ sebab udara rasa sejuk. Macam duduk kawasan tanah tinggi.


Ini tangga menuju puncak pelantar. Dari sana akan dapat lihat pemandangan yang sangat indah. Disebabkan aku naik seorang jadi aku bergerak separuh puncak sahaja. Tak berani naik sampai atas. Geng sume tak mahu naik. Separuh puncak pun dah cantek apatah lagi kat atas tu kan?


Kat sini ada kolesi jenis batu. Belah kanan atas tu pemandangan yang aku nak korang tengok. Serta gelagat geng masa dalam muzium. Buat macam studio sendiri. Pastu ada video tengkorak kat belakang tu. Sesuailah..haha..


Kalau tak tangkap gambar dengan tengkorak bukan namanya pergi muzium arkeologi. Ini antara tengkorak manusia purba yang dipamerkan. Masa ni PerakMan tak bawa balik Lenggong lagi. Katanya masih ada di Muzium Negara.


Ini ada abu Gunung Berapi Toba yang di jumpai di Lenggong. Ini termasuk kajian arkeologi tapi di jumpai semasa pembinaan jalan raya. Ini sahaja abu yang dapat diselamatkan. Ada juga abu di kawasan lain Lenggong tetapi telah melalui proses fosil mungkin(yang duk tindih daun/tanah). Aku nak sebut istilah ni bukan reti sangat tapi ada rasanya dalam kajian.


Apa lagi menembak haiwan la. Ingat senang nak jumpa haiwan cantek-cantek macam ni. Peluang ada tak akan dilepaskan. Cantek bukan hidupan alam ni. Nampak segar je. Banyak lagi benda menarik. Jujurnya gamba ini aku edit kasi cantik atau aku perlu menyimpan gambar yang lebih cantek untuk kami terbitkan buku nanti insyaAllah. Jadi kena la tapis-tapis gambar yang cantek tu untuk Dr Fatimah yang bersungguh-sungguh buat projek tu. Abislah aku sebab tadi dia secara tidak rasmi melantik aku sebagai jurufoto. So apa-apa lepas ni, projek geran ni aku kena pergi walaupun bukan tajuk Dr aku gayanya. Dr Fatimah!!!! saya takut pacat!!! Untuk ekspidisi seterusya mungkin akan naik 5-8 lata sehingga ke kawasan bangkai kapal terbang. Cam ne nk kawan dengan pacat ni?


Aku bukan nak korang borink dengar cerita pasal projek kami tapi aku dah niat nak tolong promote tempat ni kat dunia kalau boleh. Lenggong ni menarik. Banyak sangat sejarah yang mampu mengubah tinta dalam buku sejarah dunia. Zaman sekolah lagi dah belajar Bukit Bunuhkan? Disebabkan kita tak berapa celik atau tak sedar banyak sejarah bermula di Tanah Melayu ini. Kalau baca buku tamadun China,Arab dll ada sahaja tercatat nama Malaysia dalam sejarah mereka. Tapi kita yang duduk kat Malaysia menutup sebelah mata. Apa pun inilah Lenggong, Perak. Nanti aku cerita lagi korang baca k.

Thursday, December 13, 2012

keje xbanyak tapi tak nampak jalan

Lately keje xd la banyak sangat, tapi macam tak nampak jalan penyelesaian. YaAllah berikan kefahaman dan kemudahan pada hambamu ini untuk melaksanakan segala kerja yang tertangguh dan mendatang.

Dua hari ni tidur tak lena sungguh. Baru pulang dari lenggong yang sangat banyak cerita misteri yang tidak tercapai dek akal fikiran. Tapi itulah realiti dan hakikat kehidupan. Tiada apa yang mustahil dalam hidup ini.
Tiada la memikirkan sangat. Dengan harapan tiadalah tersalah atau tersentuh perkara yang tidak diingini. Tapi memang sangat teringin untuk melihat keris berdiri atau keris 7 sahabat. Rasanya banyak cerita masih teringiang-ngiang di fikiran. Bila malam tak nyenyak tido. Bilik nampak terang je. Apa pun aku doa yang terbaek je agar aku tidak melanggar pantang atau membuatkan 'mereka' marah.

Apapun ia pengalaman yang sangat indah untuk aku mengenali apakah yang dinamakan manusia dan alam serta Tuhan. Tiada yang mustahil. Ia tiada tercatit dalam mana-mana buku sepenuhnya. Tapi ia adalah ilmu alam yang perlu belajar dari pengalaman. Banyak lagi perkara misteri yang harus diselongkar di lenggong. Kalau nak tahu apa istimewanya lenggong. Silalah datang melawat Lenggong dan insyaAllah saya akan coretkan lagi cerita lenggong dalam blog saya ini.

Gambar ini saya kongsikan keindahan Lenggong, perak


















Tuesday, December 4, 2012

Perasan gambar kita cantek

Wah canteknya...macam mana nak buat macam ni?

Buruk je..tak ada yang istimewa pun.biasa-biasa sahaja

Apa motif yang ko tangkap ni.. aku tak fahamlah..subjeknya apa?

Aku suka gambar ni...Aku lak suka gambar tu

Kesimpulannya
Gambar itu bersifat dan bermakna subjektif, lain orang lain pandangannya pada hasil sesuatu gambar. Saya senaraikan beberapa sebab kenapa gambar itu dipandang/dipuji/dikutuk/disukai kerana:

1. Sememangnya pemandangan / situasi di tempat itu sudah semestinya cantek / ceria


2. Kamera yang digunakan berlense elok seperti leica atau carl zeiss atau yang best(walaupun hp/kompak)


3. Kita berada dalam mood 'cun' / happy untuk tangkap gambar


4. Apa yang kita tangkap itu perkara yang kita suka macam bf/gf/famili, pemandangan,kucing,kereta..haha


5. Teknik atau perspektif gambar kita unik dan rare


6. Motif / subjek dan makna gambar itu dapat difahami









7. Aura dari gambar itu sendiri seperti kenangan atau sejarah peristiwa


8. Kamera kita canggih sangat kononnya


9. Berjaya tiru teknik photo dalam majalah


10. Pengalaman pertama tangkap gambar (1st guru)


11. Korang memang perasan dan syok sendirila...hahahaha


Apa pun penilaian dan perspektif orang terhadap gambar yang anda hasilkan. Silalah nilai dari pelbagai sudut. Dalam 1000 keping dapat 10 keping yang cantek sudah memadai. Terus geledah dunia kamera yer. Jangan putus asa kerana semakin banyak kita belajar semakin kita kenal dunia gambar. Banding hasil tangkapan kita dengan tangkapan orang lain agar kita dapat belajar sesuatu.
Bandingkan.
Jangan syok sendiri.
Selamat Menembak.

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi