Followers

Google+ Followers

Translate

Saturday, June 15, 2013

Mungkin Sebuah Permulaan

Dah lama sangat dah azam ni aku simpan dan foward dari tahun ke tahun. Tak tahu bila tercapai. Disebabkan adik tersayang nak belanja sempena ulangtahun kelahiran melihat dunia, jadi aku minta dibelikan mp3. Sebab aku nampak itu salah satu cara untuk menghafal. Dan kebetulan juga ada officemate mencari sesiapa untuk dia hadiahkan tafsir, mestilah aku nak dan terima dengan gembira.

Setengah tahun dah berlalu, rasanya baru beberapa saja surah yang aku cuba hafal. Nak masuk kelas aku takut, tah macam mana lepas exam talaqqi 2 hari lepas aku terdengar topik yang agak menarik. Entah sapa akak tu.hehe..Tapi dah tahu nama, kak sa'edah zainal. Mungkin ini salah satu peluang yang aku perlu ambil. 

Sampai sesat-sesat aku cari Masjid Negeri. Namaje ada kereta tapi just bawa pergi balik kerja sahaja. Sampai saja di ruang solat, akak sa'edah seperti bagi arahan supaya aku solat dahulu. siap tanya dah niat iktikaf ? ambek sedebik debik akak tu tegur aku. Disebabkan kami membelakangkan kiblat ada yang menegur, dan akak tu kata, kalau orang tegur benda baik dalam masjid, kita ikut sahaja.

Akak ni jugalah yang melontar kata-kata
"apa yang awak nak cari, semua ada di rumah Allah, datang je situ"

Kat dalam kelas orang tidak ramai. student paling muda darjah 6, tapi badan dia besar dan tinggi. Pelbagai peringkat usia. yang paling buat aku teruja ada seorang anak gadis, rasanya student usm juga. 3 kali dia tasmik dengan ustaz. Rasanya dia memang hafizah. Sebab ini hari pertama aku masuk kelas. Jadinya aku tasmik sedikit sahaja. Hebatlah anak gadis itu. InsyaAllah nak jadi macam dia. Sebelum pergi pagi tadi lupa pula nak minta izin ayah kat johor. Kalut sesat jalankan.hehe.

Sebelum balik ada makanan sikit dan paling syok ada meow yang banyak. Lepas akak-akak tu dah balik aku masuk bagi meow-meow ni makan. Memang ada simpan makanan meow dalam kereta sebab meow ada kat mana-mana. Aku tiru dari xroomate yang suka bagi meow makan. Benda baik apa salahnya tiru.

Lihatlah aksi meow-meow yang gedik ni

malu nak pndang kamera
saya nak tido la
letihnya ramai tetamu hari ni
eh ada yang tak balik lagi ke
terlelap jap la sebelum semua balik
bila la awak nak balik wahai yang tangkap gambar
baliklah saya nak tido
jumpa lagi nanti ye



 gambar last ni 3 sekawan hitam, pak tam, mak tam ngn tamtam kat rumah sewa aku

Wednesday, June 5, 2013

Teringin nak ada motor

Melihatkan kepada kedudukan kewangan yang statik je, namun di selubungi dengan kehendak diri untuk dipenuhi. Membelanjakan sebahagian pendapatan pada kehendak melebihi keperluan kerana bertindak mengikut kata hati bukan kata akal berfikiran waras.

Penghijrahan yang baru bermula mendukung dan menuntut lebih pengorbanan dan kesabaran untuk diistiqomahkan. Pengorbanan masa, waktu, pergaulan, tindakan, perancangan, pengangkutan dan lain-lain tidak membataskan pergerakan ini. Bukan untuk menunjuk tapi sesetengah fahaman orang sekeliling tidak menunjukkan respon positif pada awalnya. Mengelak adalah perkara sia-sia, kerana akan wujud perasaan tertekan.

Berat menutur pada awalnya, lama-lama lelah sudah terbiasa dan laju bicara jawapan bila di tanya. Dalam diam penghijrahan itu mendorong orang yang melihat untuk turut serta tanpa kita memaksa. Memang terkejut tapi syukur tak terkata itu lebih indah dan besar nilai kegembiraan hati ini. Benar-benar pengorbanan itu menarik lebih ramai kearah penghijrahan yang lebih besar untuk disokong.

Saya juga bermula dari keterpaksaan, tapi sebab keterpaksaan itu mendidik diri menjadi disiplin dan keredhoaan hati menjadikan ia sangat manis untuk dirasai. Memandang saja sudah indah apatah lagi mendampingi. Bukan minta balasan atau tuntutan tapi perasaan yang seronok dapat melakukan bersama-sama menjadikan situasi itu sangat indah.

Bukan sebab penghijrahan saja membuat saya teringin memiliki motor, tapi rasanya memudahkan dan melancarkan pergerakan. Paling penting lari dari kesesakan dan paking lebih mudah. Menjimatkan duit minyak dan mungkin duit itu boleh digunakan untuk perkara yang lain bukan. Tapi tu semua angan-angan yang entah bisa jadi kenyataan sebab utama saya tiada lesen motorsikal.  Beli motor dan ambil lesen itu mudah tapi keizinan dari ayah itu paling sukar untuk dimiliki. Kalau ayah baca tulisan ini, saya nak cakap kat ayah macam ni :

" Saya dah nak habis bayar hutang kereta hujung tahun ni, boleh tak saya nak sambung berhutang beli motor pula?" (dengan muka penuh mengharap mendapat jawapan positif)

Tuesday, June 4, 2013

kursus pra perkahwinan jb 2013


HOTEL 11 @ CENTURY
22 & 23 JUN 2013
6 & 7 JULAI 2013
3 & 4 OGOS 2013
7 & 8 SEPT 2013
5 & 6 OKT 2013
2 & 3 NOV 2013
23 & 24 NOV 2013
7 & 8 DIS 2013
14 & 15 DIS 2013

Jika berminat boleh hubungi cik yaya / cik khairiah 012-7412455
sms nama penuh, no ic da lokasi yang ada berminat

sila bawa salinan ic, gambar paspot dan yuran rm 120 seorang semasa menghadiri kursus.
sijil akan diberikan pada hari ahad berkurus.
berpakaian kemas dan sopan sepanjang kurus.
makanan disediakan.

Selamat Menimba Ilmu.


Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi