Followers

Google+ Followers

Translate

Friday, December 31, 2010

Tahun Baru lagi...

Selamat tahun baru kat semua penduduk bumi.. wah macam ada yang duduk luar bumi lak aku nak wish tahun baru..kiki...Tapi kalau ada pun apa salahnya..Aku nk ucap selamat juga.

Walau apa jua keadaaan tahun baru bagi aku setiap hari adalah hari-hari baru buat aku..Kita
akan hadapi setiap hari dengan bnyk hal baru yang kekadang tidak terjangkau dek akal kite sebagai manusia. Sebagai manusia biasa kekadang aku juga ada rasa kecundang walaupun semangat setiap hari perlu ditiupkan...Syukur aku tergerak hati untuk mambaca buku langit ilahi..Tuhan tidak akan lupakan kita..Sangat banyak atau banyak sangat manfaat yang aku dapat...

Walau macam mana keadaan kepayahan,keperitan,kegembiraan,kesedihan,kegemilangan Allah akan sntisa ada bersama kita...Tidak sesekali akan melupakan kita baek kita ni jahat atau baek. DIA tetap tidak menghentikan oksigen walaupun kekadang kita telah melakukan perkara yang ditegah. Ingatlah sesekali pun DIA tidak akan melupakan kita. Kita yang terlupa adalahkn.. Sebaliknya bersyukurlah atas dugaan atau kesakitan yang diberi kerana DIA sayang kita. DIA mahu kita sentiasa ingat bahawa kita adalah hamba yang mesti sntiasa ingt kepada Tuannya iaitu pencipta kita,Allah s.w.t. Jangan jadi seperti Firaun yang mengaku tuhan. Firaun tidak pernah bersin selama 500 tahun.

Walaupun hampir semua yang aku rancang untuk tahun depan telah terkubur semuanya sebelum sempat memasuki tahun 2011,memanglah sedih tapi aku percaya ada yang lebih baek buat ku...aku percaya kerna Allah telah merancang yang terbaek buat aku. walaupun aku rasa rancangan aku sudah terbaek mungkin ada hikmah disebaliknya. Sapalah aku untuk menyalahkan takdir. Moga rezkiku yang masih dilangit dapat diturunkan kebumi dan yang masih didalam perut bumi dikeluarkan buat aku.

Jika hatiku tersasar doakanlah aku kembali mengingatiNYA.Kerna aku hanya hamba yang lemah. Dengan indah aku ingin kembali kesyurganya tempat asal kite semua sebelum Nabi Adam dicampakkan ke bumi.

Buat peringatan diriku dan pembaca semua, kembalilah berpegang pada landasan kita iaitu Al-Quran dan Sunnah dalam menjalani kehidupan kita ini. Hidup ini hanya sementara yang kekal selamanya adalah alam Akhirat nnt. Teruskan mencari cinta dalam Islam sebagai agama yang syumul.


Selaklah kembali lembaran-lembaran sejarah islam. Cabarn mereke lebih kuat dari yang kita hadapai sekarang ini. Janganlah sesekali berputus asa. Allah s.w.t sentiasa ada bersama kita. Moga tahun baru ini makin menjadikan kita hamba yang sentiasa dekat pada penciptanya. Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Friday, December 17, 2010

Ragam meow2 ku

Anugerah dan kuasa Allah pada makhluknya

6 jari depan Si Merah yang nakal itu

Ni jari kaki merah ada 5 anak Si Abang


Cacat @ Kelebihan

Ni jari depan Abang ada 6

Ni la jari Abang yang banyk tu belakang ada 5

Cak! terperasan lak dia kite tangkap gambar

Dah jadi tempat tido Si Oren

Hasil kerjatangan Si Oren




NIKMAT HATI KURNIAAN HATI DEMI HATI

Kadang2 kita rasa sunyi walaupun ramai orang disekililing kita

Kadang2 kita rasa nak marah walaupun tak d sebab musabab

Kadang2 kita rasa tak d kawan borak sedangkn tgh berborak dengan mereka ni

Kadang2 rasa lapa tapi bila dpt makanan xd slere pulak

Kadang2 hati kata nak cuba sesuatu yang baru tapi banyak sangat tapinya

Kadang2 rasa xd sapa yang sayang kita sedangkan famili betul2 ambil berat

Kadang2 kite tgh gelak ketawa tapi sbnrnye kita tak happy pun

Kadang2 kita rasa dah ramai kawan tapi mana semua kawan2 kita ni

Kadang2 rasa kecewa sangat kalau gagal padahal baru dugaan kecil

Kadang2 rasa kitalah yg paling betul tapi owg laen kata ''ni sume ko punya pasal''

Kadang2 rasa dh doa banyak tapi tak juga makbul2......

Sapalah diri ini utk menuding jari sapa salah sapa benar

Sapalah diri ini utk menjadi kawan baek kalian

Sapalah diri ini utk disayangi dan didampingi

Sapalah diri ini utk mendabik dada membangga diri

KENAPA?

Semua ini bermula dari hati

Setiap insan memiliki hati untuk dididik

Diberi ilmu secukupnya, diberi makan sekenyangnya

Untuk berkenalan dengan Islam,bercinta dengan Islam

Sanggup berkorban apa saja demi Islam

Terus jatuh cinta dengan Allah,berkasih selawat pada nabi

Berkelana memuji kebesaranNya

Bertahmid,munajad mengingatiNya

Segala-galaya bermula dari HATI

HIDUPkan kembali HATI yang telah MATI itu

Semaikan kembali hati dengan ilmu Islam

Bajai hati dengan ayat Al Quran

Supaya hati tenang mengingati

Supaya hati gembira beribadah

Supaya hati kuat bercinta

Supaya hati kekal rindu

hati oh hati...

cinta hati


Thursday, December 16, 2010

KURSUS PRA PERKAHWINAN

KURSUS PRA PERKAHWINAN NEGERI JOHOR
KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT!
Saudara/saudari boleh print terus borang ini dan bawa ke lokasi kursus

TEMPAT ADALAH TERHAD

HANYA RM120 SEORANG
(kemungkinan harga akan dinaikkan tahun 2011)

Boleh call/sms NAMA dan IC untuk pendaftaran tempat dengan segera

Sila bawa sekeping gambar berukuran pasport dan salinan kad pengenalan

Sebarang pertanyaan sila hubungi ;

Ustaz Hashim Abd Rahman - 013 765 4117

Noor Khairiah Ismail - 012 741 2455

Friday, December 3, 2010

meow oh meow

Assalamualaikum.
Apa khabar semua. Harap kalian semua berada dalam keadaan sejahtera dibawah lindunganNya. Lama juga tidak berkarya. Hari aku nak bercerita mengenai kucing-kucing di rumah aku. Macam-macam ragam. Kalau ada sesiapa yang berkongsi minat yang sama dengan aku pasti sudah tahu apa yang akan aku ceritakan.

Apabila berbicara topik KUCING.ha pasti pelbagai cerita akan keluar. Kucing pun boleh jadi topik kite berbual.Betul tak ? Sejak berpindah rumah baru ni, aku cuma bawa 2 ekor saja dari rumah lama. Yang lain-lain kami hantar kat pasar harap mereke masih hidup dan sehat hingga hari ini. Nak dijadikan cerita seekor mati dilanggar kereta. Tinggallah jantan seekor. Kami panggil Si Tam atau Abang. Dia ni senang je jaga. Tak banyak ragam. Siang tidur bangun mintak makan bising-bising di dapur, kalau lambat layan nanti Abang merajuk. Abang suka makan ikan selar kuning mentah. Tapi nasi pun dia makan juga. Abang ni macho. Kalau dia gaduh tak ingat lain. Terkam kejar tak bagi lepas. Hero la katakan. Suka tido atas katil. Badan dia memang besar. Luka-luka kesan gaduh memang banyak tapi dia tetap comel. Tak tau ar kekurangan atau kelebihan,Abang ni jari ada banyak. Sebab tu macam sedap je kalau dia tampar masa gaduh. Tapi dia fail klu bab panjat. Mungkin gak sebab badan dia berat. Satu lagi Abang ni cool je.

Kemudian datang lah kucing terbiar tu. Nak dijadikan cerita aku baru dapat 5 anak buah baru. Sekarang kat rumah aku ada 10 ekor.wah banyaknye. Sikit hari lagi pasti akan membebel bila anak-anak tu dah pandai berjalan-jalan. Sebenarnya aku bela 3ekor tapi yang datang tanpa diundang tu yang membuatkan jadi 10 ekor sekarang.

Mangga dan Oren ni pun anak pendatang. Masa kecik-kecik selalu sakit, tapi dah besar ni ok nampaknya. Si Mangga ni si cerdik. Dia suka tengok tv. Aku pun tak tau dia faham ker tak. Nanti sibuk lah duduk depan tv kemudian tangan sibuk capai gambar yag bergerak dalam tv. Kadang-kadang geram sebab macam dia sowang je nak tengok tv. Nyebok jekn.(tp suka tgk gelagat dia walaupun mulut bebel2..hehe)Kalau aku ngadap laptop pun sama. Sibuk nak menaip sekali. Lagi satu dia ni suke gigit jari kaki dan tangan manusia. Tu tanda minta makan ler.

Oren ni dari kecik suka panjat. Terjun sana sini. Tu yang kaki dia tak berapa kuat. Sampai besar pun dia memang suka lari sana sini. Sampai terseret-seret. puuuuk jatuh badan. Oren lak suka tido tempat pelik-pelik. Atas almarilah, dalam kotaklah,atas peti ais,dalam kasut,kalau nasib tak baik dia akan tido dlm tibunan baju yang belum berlipat tu.

kontot ngn ibu baru beranak...adik aku bagi nama upin,ipin.kiki.lala dan nama merah ayah yang bagi. Upin,ipin,kiki dan lala kecik lagi, letak dlm sangkar. Merah dh besar,dah pandai lari2,main2 tapi kesian tak ada kawan.Merah comel sangat, memang warna kucing idaman aku,warna oren bulunya. Merah anak abang.sebab jari kaki ada banyak. Depan ada 7 belakang ada 6,badan besar,jantan,mata biru.kalau lari terkedek2.

seronok dapat main2 dengan meow,bagi mereke makan,tengok mereke sehat membesar,kadng2 syok membebel kat meow sbb dia tak boleh balsa apa yang kita bebelkan..hehe..aman dunia..meow oh meow..di mana juga ko pasti ada...

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi