Followers

Google+ Followers

Translate

Monday, February 25, 2013

Nak datang lagi Taman Negara Penang dengan d90

Pengalaman ketiga mendaki kononnya ke Taman Negara Penang. Disebabkan memang bukan jenis hiking. Jadinya pengalaman pertama mendaki Bukit Jambul telah memberikan ekspresi bahawa hiking ini tidak menyeronokkan. Penat. Sangat menjatuhkan semangat.  Dengan keadaan bongkah batu yang besar, monyet yang banyak, sesat jalan  dalam hutan, puncak dakian yang hampir 70 %.

Hiking kali kedua di Banjaran Bintang, lenggong bertujuan melihat bangkai kapal terbang british yang terhempas. Yang ini lagi sangat mencabar, dengan laluan yang baru diterokai oleh kami. Pacat sehat dan segar belaka. Pacat cantek berwarna-warni, hijau ada, oren ada, belang-belang pun ada menanti kami disetiap lokasi. Kalau bukan kerana kerja tak akan sampaila. Bunyi air bukit sepanjang perjalanan yang dapat menyejutkan hati yang gundah dengan haiwan kecil yang comel itu. Kesejukan air gunung membuat terlupa pada semua kelellahan mendaki. Teruja melihat buah-buahan hutan, pokok yang sangat besar, pokok yang bedaun merah, pokok yang mempunyai bau kemenyan, serpihan bangkai kapal terbang apatah lagi tapak kaki harimau.

Kali ke tiga hiking di Taman Negara Penang. Lagi sangat-sangat santai. Rasanya main badminton atau skuash sejam lebih penat dan lencun. Boleh aku katakan baju tak sempat nak basah. Tetapi sesuatu yang menarik dan pasti akan datang lagi untuk merakam keindahan ciptaan Allah. Walaupun kita berada dibawah langit yang sama tetapi keindahannya berbeza. Pantai yang bersih. Kononnya kami tak mahu basah/ mandi tetapi akhirnya basah juga di dalam bot akibat ombak yang sangat ganas. Tidak seganas hujan di laut sabah pernah aku lalui, tidak setenang ombak di Langkawi aku jelajahi. Yang ini memang mencabar dan lasak. BEST! kalau korang datang mesti cuba naik bot ni. Tapi kena booking siap2 sebelum naik hiking. 1 bot rm 80, kami pergi 10 orang. Dan paling best disanalah kami kenal each other. Lagi sekali la aku rasa aku menyebok atau menyelit dikalangan orang hebat. Hebat dalam pelajaran, hebat dalam pekerjaan, merancang keluar negara untuk belajar. Sedikit sebanyak memberi impak dalam life aku.











  Salam perkenalan buat korang semua, nnt kalau jumpa kat luar@dalam usm boleh la tegur-tegur.

terima kasih







Terima kasih semua yang mengajak diri ini dan memberi ruang pada diri ini untuk mendekati agama islam yang dicintai. Aku bukan kaki masjid apatah lagi ke majlis-majlis agama. Bermula dengan hanya memenuhi ajakan rakan-rakan, sambil mengisi masa lapang yang terluang. Rupanya terselit secubit keinsafan. Ajakan demi ajakan diikuti memenuhi program keislaman.

Betapa hati ini telah jauh dan leka dengan limpahan dunia.
Betapa hati ini terluka kerana nafas kurang untuk melontarkan kalimah-kalimah indah Al-Quran.
Betapa hati bersyukur kerana disedarkan dari mimpi indah dunia.
Betapa hati ini rasa kerdil duduk dikalangan rakan-rakan yang dilimpahi kesucian islam
Batapa hati ini menjerit tidak dapat melontarkan makhraj huruf seelok mereka.
Betapa hati ini menangis tidak memahami maksud disebalik surah Al-Fathihah.
Betapa hati ini gembira dipertemukan dengan rakan-rakan yang mengajak kearah kebaikan

Rahmat Mu YaAllah aku mohon
Hidayah Mu YaAllah aku nantikan
Barakah Mu YaAllah aku inginkan
Pimpinan Mu YaAllah aku impikan
Petunjuk Mu YaAllah aku dambarkan

Terima kasih YaAllah mengurniakan aku rakan-rakan yang mengheret aku ke jalan yang lebih baik dari dahulu. Agar aku tidak keseorangan dan tersasar dari kemewahan dunia yang sementara ini.
(Gambar diatas adalah sebahagian rakan-rakan tersebut, tapi ramai lagi. Namun ia bermula dengan program "bidadari syurga di C08,usm, bermula titiktolak qolbu ku ini-tq:NIAD & DSR)

Tuesday, February 19, 2013

makcik minta sabar dan tak malas

Mengantuk dalam kelas waktu petang itu perkara biasa. Sibuklah aku menggosok mata,main telefon menguap berpuluh kali, belek nota makin mengantuk. Aku letakkan kaca mata ditepi sambil jari dilalukan di mata kiri dan kanan. Perasan makcik sebelah merenung aku agak lama mungkin perasan aku mengantuk dan membaca nota. Sekadar berbasi-basi memulakan perbualan sementara tunggu guru datang. Ilang juga pedih mata ku menahan ngantok. Kelas pun bermula dengan agak lewat petang itu.

Usai kelas makcik menambah perbualan. Kami berkongsi banyak perkara, perbualan rancak menjejak angka 7 malam. Bekas pensyarah Farmasi. Sudah berpencen. Aku utarakan untuk panggil Dr atau Prof. "Panggil makcik muda, sebab cucu kecik lagi" secara berseloroh. Perkongsian yang agak menarik dan merendah diri walaupun perkenalan singkat. Mungkin kita boleh jadi geng dalam kelas ni.

Antara kata-kata makcik yang buat aku boleh serap jadikan motivasi adalah
1) Jika rasa apa yang kita buat tu betul, teruskan sahaja. Sekurang-kurangnya kita mencuba dari kita berserah bulat-bulat begitu sahaja.
2) Sifat sabar itu sangat penting dalam apa jua kerja. Sabar itu menentukan  kejayaan. Dimana kita atasi masalah yang wujud, dalam kerja, dalam belajar, dalam pergaulan waima dalam membuat keputusan.
3) Rata-rata orang melayu sifat MALAS sangat besar. Kena simpan dalam diri bahawa kena rajin tak kira dalam apa jua kerja terutamanya dalam ibadah harian kita.
4) Kalau kita selalu dekat-dekat dengan orang baik, kita juga akan dapat serpihan ilmu menjadi baik. Bermulalah dari sekarang(muda) kerana kelak kita akan sia-siakan usia muda itu sendiri tanpa sedar.

Walaupun makcik macam mak-mak atau orang berumur, cara teguran tu aku rasa seperti kawan-kawan yang lepak-lepak bersama je. Sporting la makcik. Panjang umur kita jumpa next kelas ye makcik.


Monday, February 18, 2013

tentang 3 perkara sebagai bekalan akhirat


Bertemu dengan makcik yang berkerja sangat keras. keras sangat. Tanpa disedari telah berlalu usia remajanya kerana sibuk bekerja. Walaupun tidak berkahwin namun tetap bekerja dengan keras. Saya pun bertanya pada makcik. Kenapa bekerja dengan sangat keras, untuk siapa harta yang banyak ini untuk diwariskan nanti. Makcik menjawab " kalau boleh makcik nak cari harta banyak-banyak supaya makcik boleh bayar zakat harta,zakat itu nanti akan di berikan pada orang yang berhak, ini semua milik Allah. Makcik pula tidak berkahwen apatah lagi memiliki anak''. saya tercengang tanda kurang faham. Makcik menyambung perbualan, " Kalau boleh makcik hendak jadi peniaga, dengan cara itu sahaja makcik boleh jadi sangat kaya, maka makcik boleh keluar zakat dengan banyak". Makcik bercerita mengenai zakat dengan sangat berkobar-kobar.

Sebelum berlalu pergi, makcik berbisik." Makcik tak punya apa-apa untuk di tinggal seperti orang lain yang ada 3 perkara. Makcik telah kekurangan satu bantuan, jadinya dengan harapan 2 yang tinggal ini dapat membantu makcik nanti ye nak ". Aku bertanya, "apakah yang 3 itu makcik?"

" ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan doa anak yang soleh." Makcik berlalu pergi. 

1) makcik ajar saya kepentingan menjadi kaya untuk saya infakkan harta kearah kebaikan
2) makcik mengajar saya bahawa dengan berniaga adalah cabang rezki yang islam galakkan (9/10)
3) makcik bersedekah dengan belanja saya makan
4) walaupun saya bukan anak makcik, tapi sebagai saudara islam saya mendoakan kesejahteraan makcik dunia akhirat

p/s: Cerita ini adalah benar tetapi telah saya olah sedikit untuk menyampaikan 3 perkara yang menjadi bekalan kita di akhirat sana apabila kita telah menutup mata untuk selamanya. Sekadadar perkongsian ikhlas. Memandangkan saya juga belum berkahwen maka saya meniru azam dan cita-cita makcik, sebab saya sendiri tidak tahu bila ajal saya akan diambil,minggu depan, esok atau sekejap lagi. 

Thursday, February 14, 2013

anda klik anda dapat love

Bila buka blog sendiri hari ni..klik2 kuar love bebanyak.eh rosak kena virus ke ni. Pastu klik punya kelik. jadi juga. Siap restart laptop lagi. Eh keluar juga love2 ni. Masa edit kat hari tu elok je tak ada apa-apa. Untuk mensahihkan apa telah terjadi pada blog sediri, aku pun paksa la budak opis buka blog aku.haha. Sah memang ada love2 ni terbang. Adoi. Gugurl sangat. Nak buang tak reti. Mungkin template sedia ada. Jadi dari stress tak tahu cara nak buang. Aku tukar jadi sengeh je la. Cinta pada semua yang mengarah kebaikan. Cinta pada pencipta yang utama. Cinta pada rasul. Cinta pada ibu bapa. Cinta pada diri sendiri. Cinta pada pekerjaan sekarang. Cinta pada tajuk kerja sekarang. Cinta pada semua yang meletakkan hati ni untuk terus mencintai Islam. Dah tu join lak program baitulmuslim.





## Sampai sekarang masih tersengeh seorang diri.(+++ teringat perbualan dengan seseorang malam tadi >>> semuanya kebetulan mungkin)

Monday, February 11, 2013

hari-hari cek tekanan darah

Kat rumah sekarang sudah ada mesin tekanan darah. Sejak mak tidak sehat hari tu, dan disahkan mempunyai tekanan darah tinggi. Ayah memang sudah lama ada penyakit itu tetapi faham sebab penyakit keturunan. Ayah kata penyakit ni tak berjangkit yer.

Jadinya hari-hari aku kacau mak ayah cek tekanan darah. Hari ini ayah gelak bacaan darah aku. Tau la dulu aku ni tekanan darah rendah. Kalau tak, tak kan lah dulu bertahun-tahun aku bergantung pada ubat. Sekarang aku jaga pemakanan je. Makan ubat ada kesan tak makan ubat pun ada kesan. Jadinya lebih baik tidak bergantung pada ubat bukan. Aku tak ingat nama tapi warna coklat, diambil setiap hari.


P/s : kepada empunya blog, silalah jaga pemakanan anda. Hahaha. Wajiblah jaga sebab tak mahu bergantung pada ubat sepanjang hayat. yeah :) [adakepatutnasihatpadadirisendiri~takadaorangnaknasihatselalu]


Wednesday, February 6, 2013

pelik je rasa

dupdapdupdapdupdap
tetibe berperasaan pelik
pelik sangat sangat
macam manalah keadaannya
apa akan mereka buat yer
betul ke tak ada apa-apa
cuba buat-buat cool

ok now tiba sudah giliran
selamat ke tidak ni
tak selesa jom duduk luar
takut tak nampak apa-apa
pushpush kena simbah
memang tak duduk diam
risau macam mereka nak apa-apakan je
ok..dah ada buih-buih putih
makin banyak tangan yang menyentuh

terasa sangat tidak selesa
rasa macam kena raba je
makin lama makin banyak jari-jemari
menyentuh tubuh itu
arhhh...
ramainya masuk secara bergilir-gilir
macam kena cabul je..
oh no...tak rela
maafkan kerana membenarkan semua
tangan-tangan kasar itu menyentuh mu
terasa sedih dan gusar kerana
engkau telah di ceroboh
lebih-lebih kesemua lelaki asing itu

disebabkan kesuntukan masa aku terpaksa
aku akan cuba sedaya upaya
meluangkan masa bersama mu
akan selalu belai kamu
akan selalu mencuci kamu
akan selalu membersihkan kamu
aku akan sedaya upaya menjaga kamu
terutama disentuh oleh meraka yang tidak sayangkan kamu

walaupun kamu dah bersih
tapi aku tetap teringat situasi tadi
kamu kereta ku yang tersayang
bernama eyqn
maafkan aku sebagai tuan

Tuesday, February 5, 2013

sedang mula bercinta


Sudah mula berkenalan
Sudah mula untuk jatuh cinta
dan berusaha untuk terus bercinta
Saya akan belajar untuk jatuh cinta
pada buah hati saya yang baru iaitu
HOMESTAY
Moga cinta saya kekal sampai tamat

Monday, February 4, 2013

Relakan

fizikal keras hati jelly
tutur kasar nasihat sayang
hakikat rela dalaman sepi
kerana belajar pergilah korang

walau bertemu terasa jauh
inikan pula terpisah terus
sudah lumrah adat berpaut
sampai masa dibawa arus

jangan diajak bermain sama
kerana takut menyimpan memori
andai sudah begitu jadinya
hanya doa mengiringi

tangan tak sampai untuk menghalang
apatah lagi diriku yang pendek ini
moga sukses dan cemerlang
ingat!! jatuh bangun dan bangun lagi

memerhati jauh biarkan berlari
jangan takut,aku tak buang korang
cuma tak mampu berdiri sunyi
kerana ukhwah dan kasih sayang

nak say papai mulai sekarang ini
agar tidak ternitis air dipipi
aku sayang korang bak famili
datang ziarah ye bila aku mati

Friday, February 1, 2013

hadiah dari semua insan tersayang








kali ni biar gambar bercerita...sebab banyak sangat membebel penat looo...pada semua yang terlibat pada hari bahagia dan bagi aku kenangan untuk aku kenang sampai akhir hayat

Serta semua kasih sayang yang tidak ternilai untuk saya balas di dunia ini.
Sebagai saudara islam saya sentiasa mendoakan kesejahteraan semua.

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi