Followers

Google+ Followers

Translate

Friday, May 4, 2012

doakan moody aku cepat berubah untuk beberapa jam ni dengan segera

Serius aku tak tahu kenapa dengan diri aku ni
memanglah kalau Allah bagi cuti mood aku berubah
Tapi inikan berubah giler-giler
Apa yang aku fikirkan sangat ni
Kawan aku kata aku mungkin stress??
Nak stress pasai apa..atoyai..
Standartlah keje banyak...
sok aku nak gi lenggong aku sangat wisau mood aku tak kembali normal
nak intibui orang kena la kita ceria baru la mudah buat kerja.
tolonglah doakan mood aku kembali ok
malam tadi pun aku tak dapat tidur..
Aku tak tahu kenapa
tido kat ruang tamu pun tak nyenyak
masuk bilik tidor kat lantai pun tah pukul berapa aku terlena
sebab jam 2 aku masih bergolek-golek atas lantai
apa sebenarnya yang membuatkan hati aku tak tenang/gelisah ni?
Ampunkanlah dosa aku YaAllah
Kembalikanlah keceriaan dan ketenangan dalam hati hambamu ini
Jangan biarkan hambamu ini tewas dengan kegusaran hati
sok aku nak jalan jauh..
sekali lagi aku minta maaf salah silap aku kat semua
tolonglah doakan aku kembali tenang & ceria

Thursday, May 3, 2012

Bilik doktor

Hari ini seharian buat kerja di bilik Doktor
Macam biasa pemandangan memang penuh dengan kertas dan buku yang banyak
Fail bersepah kat lantai tu memang kerja yang diberi untuk aku keyin dalam sistem
Date line kerja punyalah banyak berderet kat papan putih
Busy betul doktor aku berapa kali dia keluar masuk bilik ini entah la
aku sekadar senyum dan meneruskan kerja sebab dia kata buat je kerja awak tu
Tak faham tanya esok doktor tak ada pergi Kuala Lumpur
Dalam satu hari macam-macam dia buat
Meeting, Kelas,Vaivar,Intibiu
kat sini tengah sibuk intibiu untuk budak masuk bulan 9 nanti
pepagi dah masuk ofis nanti petang kul 5 balik
tak pernah dengan dia merungut, kalau ada pun jarang sangat
Moga hidup doktor lebih ceria kerana dapat memberi manfaat pada semua orang
doktor dah keluar so aku main blog jap sebab ngantok

Tuesday, May 1, 2012

bUAT aYAH

Secara tidak formal 
hajad saya adalah untuk 
menunaikan umrah sebelum umur 28 
dan sedang berusaha mengushar untuk membeli rumah. 
Rumah flat pun tak apa la. 
Saja nak buat aset. 
Doakan hajad saya terlaksana. 
Dan ayah tolonglah jangan jual eyqn saya, 
itu kereta idaman saya sejak saya tingkatan 3. 
Harap ayah memahami, 
walaupun saya tahu ayah hendak beri yang terbaik untuk kami.
SAYANG AYAH,BONDA & ADINDA.

mamat kain pelekat cakap jepun

Buat pertama kalinya aku naik bus balik ke johor malam itu. Tawakal sahaja walaupun ada sedikit gerun di hati. Aku memang buat keputusan mengejut macam kawan aku kata la. Kalau yakin buat sahaja bagi aku. Tak payah fikir panjang nanti aku boleh berubah keputusan.

Dalam bus ada lebih kurang 3 orang sahaja gurl. Dah la rami kulit hitam. Mamat kanan aku cina muda tapi dia tidur je dengan seluar pendek dia tu. Giler tebal kulit dia..haha..Mamat Sebelah kiri yang duduk single seat tu muka nampak macam melayu, macam endon pun ada. Sebab dia makan rempeyek aku assume dia orang Malaysia. Pakaian smart la, berjaket hitam, rambut tersisir rapi dengan beg laptop dia, berkasut hitam bertutup. Berpakaian keje agaknya terus naik bus. Dah malam tak ada la aku nak tegur dia. Kot orang USM ke kan. Then bila di keluarkan kain pelekat untuk jadi selimut dan aku sangat yakin dia orang melayu....hahaha...mamat sebelah ni apa la..hilang macho pakai dah smart sekali kuar kain pelekat..apa orang kata, itulah diari diakan. kembali kepada fitrah manusia.

pagi tukan aku dah jaga la sebab matahari dah silau kat mata aku..atoyai..mamat ni tak tarik langsir lak..lagipun dah biasa bangun pagi dan tak dapat la nak tido lagi. subuh aku pun terlepas tapi mak kata kadak je kat rumah. Mamat tu bangun tau, serabai dah rambut dia tak macam malam tadi...haha..adat la baru bangun tido..Yang baling best dia tel cakap bahasa jepun kot..perghhhh...hebat la...tabit spring...pas dia letak tel terus rasa cam nak tegur cakap encik boleh cakap bahasa jepun...mesti mamat ni educated atau dia kerja duta. Tapi disebabkan dia pasang la pulak mp3 kat telinga dengan agak kuat, mcm sengaja tak nak bagi aku tanya so hampa lah aku. Dah la guna sama jenis mp3 yang aku ada, yang Doktor bagi kat aku. Dan disebakan dah nak sampai aku pun malas nak tegur. Bila aku turun sibuk pula tengok dari ceh rmin tingkap bus kan ..haha tu la kalau tegur tadi dah boleh jadi kawan..hahaha...apapun kagum sebab dia cakap jepun....tu je..

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi