Assalamualaikum w.t.h. Topik kali ini mungkin agak serius bunyinya. Tapi itulah hakikat kematian yang kita semua tidak dapat elak baik pun mempercepatkan atau melambatkan walau sesaat.
Waktu kematian itu pasti akan tiba walaupun kita tidak mengundangnya. Apabila tiba detik kematian itu pasti semua yag kita ada di dunia ini ditinggalkan.
Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W. daripada Abu Hurairah yang bermaksud:"Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa dari anaknya yang salih"(Hadis Riwayat Muslim).

