Setelah berhenti kerja di PTP aku dah tak pergi lagi taman tempat biasa aku lepak-lepak. Lma jugalah dekat 2 bulan lebih. Semalam dengan terujanya aku pergi menaiki basikal berbekalkan beberapa kepig roti buat kawan-kawan ku....
Memang agak teruja. Sebelum tu pam tayar dahulu. Apa tah malang rantai basikal tercabut 2 kali. Kotor tangan aku membetulkannya. Kira lewat juga aku bertolak. Dalam perjalanan tu ada kemalangan di simpang 4 berhampiran Seri Orkid. Sesak sikit jalan tetapi nasib aku naik basikal, aku mahu cepat sebab tak sabar jumpa kawan-kawan. Sesampai saja di pintu masuk sekali lagi kesesakan berlaku. Kalau pergi menaiki kereta kompem tak ada paking. Wahhhh..orang terlalu ramai, macam lautan terutama di bahagian playground yang baru siap tu. Aku teruskan kayuhan dengan perlahan kerana orang terlalu ramai. Takut nanti ada yang kena langgar dengan shimanoku.
