Followers

Google+ Followers

Translate

Tuesday, November 20, 2012

MAHA 2012 kembali lagi

http://www.maha.gov.my/2012/

Ini ada link untuk bakal pengunjung MAHA 2012

Sedang sibuk bercerita dan mencari gambar MAHA 2010 dan 2008 yang pernah aku pergi terjumpa pulak gambar kacak ni

Opis ayah..kalau aku tak keje atau tak ada kelas ni la keje aku.Pepagi teman ayah gi opis di hari minggu. Kalau  tempat kerja dia duk sibuk nak ada majlis ke meeting ke, ayah memang busy, sebab nk approve itu ini. Khemah la, makan meje sume. Nanti ada je orang datang minta tandatangan dia. Aku duk boring main game xpun tgk tv jer. Biasa lepas solat zohor baliklah. Itu pun sebab lapar.Ayah ajak teman supaya dia tak borink..al maklumlah opis pun keras siang-siang hari. Hospital lah katakan. Sekarang ayah duk umah je layan meow2.

 Ini majlis kecik je dalam kawasan wad. Aku datang nyebok sekali sebab ayah yang rasmikan majlis.huhu
Inilah bekas tempat kerja mak dan ayah dulu-dulu. Sekrang dah beroperasi ditempat lain dengan keadaan yang lebih moden dan strategik.
Ni pulak bonda ajak lepak-lepak makan. Rindunyalah hai. Kalaulah bonda tau apa jadi kat along sekarang ni mesti bonda bebel panjang. Tapi jangan risau. Along dh gi jumpa doktor pagi tadi. Nanti ok lah tu. Ni la akibat terlalu stress atau kerisauan yang melampau.
Ha..ni la my bro..kacakkan..blueekk..haha..emm sory la lama tak balik. Nanti try balik gak masa bufday eh. Tapi hadiah tak beli lagi. huhu.

Ok...dah sangat melalut sebab cari gambar nak gi MAHA punya pasal. Apapun nak cakap MAHA tu best sangat. Semua benda berasaskan pertanian dan penternakan. Besar sangat kawasan tu. 1 hall untuk pertanian. 1 hall untuk penyelidikan. 1 hall untuk produk makanan. Pameran jentera pertanian punyalah besar. gedabak-gedabak mesin. Kalau korang tak berniat nak beli dinasihatkan pergilah hall atau kawasan lain. Agar korang tak penat buang masa jalan kat jentera. Tempat jual buah-buahan, sayur atau bunga kawasan lain. Nak tengok binatang kacukan pun boleh. Nak naik kuda pun boleh.

Kalau ada rezeki boleh tengok RODEO. Rodeo tu show tangkap lembu atau kerbau macam cowboy. Cuma gi MAHA ni panas sket. Bawalah air lebih dan payung. Tempat sangatlah besar. Kalau tak larak naik je trem. Oh ye memula sekali kalau korang datang. Korang pi mintak peta kat kaunter pertanyaan. Disebabkan tempat terlalu berar eloklah korang pilih mana yang korang suka.










Nak gi tengok ladang ternakan pun boleh. Nak gi tengok sawah ke. Nak gi tengok orang lelong anak kambing, anak lembu, anak kuda. Anak ayam pun ada rasanya. Cuma anak orang je tak ada lelong yer. Setiap rumah juga ada tema tersendiri. Kat sini memang kena kuatlah berjalan. Surau tandas suma ada. Siap ada orang azan dan solat berjemaah lagi. Macam-macam lah ada.ternak lintah, ternak keli. Bentuk buah pelik-pelik dan saiz yang sangat besar. Kalau jadi apa-apa. Polis atau keselamatan merata ada. Pepun jagalah barang berharga. Nasihat gak korang pakai kasut paling selesa sebab korang akan pergi mengembara dari satu tempat ke satu tempat. Jangan salah naik trem yer.huhu.

Sejujurnya pertama kali aku pergi MAHA 2008. Aku pergi 3 hari berturut-turut. Sebab memang dah tak ada kelas masa tu. Hari pertama pergi jalan kaki. Hari kedua guna bus percuma yang ada di komuter serdang. Konon cuba kemudahan awam. Hari last aku naik basikal. Masa naik basikal je aku ajak kawan sebab dah mahir jalan kat MAHA tu. MAHA tu terletak kat tengah-tengah. Walaupun paking jauh.Trem ada boleh ambil. Lokasi terletak di tengah-tengah Serdang-UPM-MARDI-Putrajaya. Sempadan je sume tu. Kalau korang pandai masuklah ikut UPM. Tak adalah jem teruk sangat.

Selamat berkunjung pada MAHA 2012 yang akan bermula 23 nov - 2 Dis 2012.

No comments:

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi