Followers

Google+ Followers

Translate

Tuesday, July 26, 2011

maki tak hagak2

Mungkin apa yang aku tulis ni memang tidak sedap di dengar tapi aku nak tulis gak..aku nak pahatkan dalam ingatan aku mungkin tak dapat kekal la, jadinya kalau aku tulis disini ia akan kekal lebih lama mungkin.

Lagi dan lagi dan lagi bos aku suka maki hamun walaupun kesalahan itu kecil. Aku bukan tak faham atau nak memburukkan bos aku sendiri tapi mungkin tak faham cara dia. Mungkin juga aku dibesarkan atau dikelilingi orang yang jarang mengamuk maki hamun guna perkataan lucah. Aku yang dengar jadi malu tapi bos aku yang keluarkan perkataan @$%&*$#@ dari mulut macam tak ada apa-apa perasaan. Atau aku sowang sahaja yang terasa dengan herdikan bos. Sebab aku sowang sahaja staf perempuan di tapak projek jadi bos tak malu berkata perkataan kotor. Atau aku sahaja yang terasa diri, terkecil hati sendiri, termakan hati atau terlebih-lebih layan perasaan atau hati aku terlampau lembut. Ceit apa pun aku dah tak boleh nk sabar lagi.

Kalau datang je mesti ada je nak cari pasal nak maki hamun. Dia aje yang betul. Walaupun kerja tu betul, tapi kalau tak sependapat dengan dia pasti kena gak maki. Lagi satu,projek ada banyak tempat. Kalau dia dah hangin maki kat tempat lain, dia akan bawa maki hamun dia kat projek lain, walaupun projek lain tu tiada masalah. Dia pasti akan cari kesalahan walaupun kecil untuk dia sambung maki hamun kat tapak projek lain. Mula-mula mungkin boleh tahan, tapi kesabaran aku dah terlebih idung dah. Macam pepatah kata kerana nyamuk habis kelambu dibakarnya. Hari-hari kena maki semangat nak kerja pun hilanglah. Sikit punya hal pun nak bising2. Bukan kami duk diam tak buat kerja, kerja tgh buat la cuma belum siap.

Aku ingat lagi kot seminggu aku baru masuk keje. Masa tu kerja tengah banyak sangat rasanya. aku pun agak tak berapa nak faham dan belajar untuk memahami kerja-kerja itu semua. Ada satu hari tu dia mengamuk kat owg yang pasang bumbung. Kontraktor lain yang pasang tapi habis semua kena maki. Dia siap tumbuk dinding kabin. Lekuk jadinya. Marah je keje bos aku ni. Pastu dia ajak la engineer meting skali kat cafe. Dia maki2 lagi. Perit gak telinga. Sebab engineer aku dh pesan bos mengamuk ni awak kena tahan telinga. Tahan je la, tapi akhirnya dah kena herdik2 tu titis gak air mata ni sebab dia kata nak tumbuk muka aku tak kira aku ni lelaki ke perempuan. oiii. Ayah aku pun tak pernah cakap nak tumbuk muka aku walaupun aku kadang-kadang tak dengar cakap dia. Saba lagi sebab aku rasa ini cabaran baru bermula. Segan gak tersedu sedan kat cafe yang ramai orang tengah makan tengah hari masa tu.

Kemudiannya ada juga salah seorang staf ptp berpangkat tinggi yang mencabar aku kerja lebih lama. Dia kata staf company aku ni selalu tukar orang, kejap keje dah behenti, sebab tak tahan dengan bos aku. Ok. Aku sahut cabaran tu. Aku pun tak faham macam mana aku boleh bertahan kerja dengan makanan maki hamun bos aku, mungkin juga sebab cabaran staf PTP tu atau aku yang masih mampu untuk bersabar. Pukimak kau, pantat, main pompuan, selak bulu, pegang batang, batang tegak, batang bengkok, lancap siang malam mana nak larat keje, cibai, bodoh, bangak, main bontot, sial, lancau, otak tak d, dan macam-macam lagi kot yang tercapai oleh akal aku untuk mengingat benda tak elok tu.

Kot semalam tu tahap kemarahan bos memuncak sangat sebab sikit punya hal dia boleh cakap semua orang ANAK HARAM. Perghhh pedih kot hati aku. Kalau aku lelaki dah aku tumbuk muka bos. Sesedap mulut je nak panggil kami anak haram. Ko tu yang anak haram agaknya. Sibuk cerita main pompuan sana sini, sentiasa bawa kondom ko tu. Mak ayah aku pun tak pernah panggil aku dan kami anak haram la. Dengan makcik kantin yg di panggil kak pah pun dia boleh ada nafsu kalau makcik tu amek order air. Salah kak pah tu jugak kot lenggang lenggok sangat masa berjalan. Giler gak ye nafsu lelaki ni. Aku tak tahu lah orang lain. Kadang-kadang aku faham tetapi selalu aku buat-buat tak faham. Lantaklah nak cerita apa pun. Kalau tak ada kaitan dengan kerja memang laju je masuk telingan kanan kuar telinga kiri. Tak ada tapis-tapis.

Aku tak tau lah bos tempat lain macam mana. Mungkin gak la jiwa aku tak sekental lelaki untuk dimaki hamun diherdik, dicaci macam layaknya binatang. Aku pun da perasaan gak. Suruh aku buat repot tapi ada ko bagi aku komputer, ada ko bayar bil internet umah aku. No hp aku pun dah tak ada priversi sebab dah jadi macam no publicfon, semua PTP dh tau. Suruh aku tangkap gambar, pun guna hp aku gak. Hp aku banyak kali jatuh terhempas kat site, rosak, ada ko keysah? yang ko tau repot anta, kerja siap, pekerja ada. Ko tak fikir yang pekerja ni semua tak mahir. Yang ko tau asal ada pekerja, projek mesti jalan, duit ko masuk. Lori company rosak ada ko keysah, dengan tak ada hon, double signal, baket roboh. Ko kata masih boleh pakai jalan, guna jer. Nak suruh jaga barang elok-elok. Ko tengok la site opis yang ko bagi tu. Dah layak panggil rumah sampah tau tak? Dari aku masuk kerja ko kata nak bagi opis baru, sampai sekarang bayang kabin baru pun tak ada. Bukan macam tongkang pecah lagi memang tongkang dah pecah la. Kalau nak cari satu barang kena selongkar semua tempat. Giler ar. Akibat bumbung bocor dan sampai runtuh pun, lantai apatah lagi. Dalam kabin tu air bertakung jer kalau hujan. Macam neraka kot walaupun aku tak pernah tengok neraka lagi.hehe. Kalau syarikat lain kabin ada econ, barang tersusun, masa rehat boleh berehat di kabin. Ni staf ko rehat dah macam pelarian. Asal boleh je orang kata. Lagi satu ko masih juga nak simpan pekerja yang aku boleh kategorikan penjenayah. Nama memang dah terang-terang kena senaraihitam dengan polis.

Aku pun hairan macam mana ko boleh je selalu menang tender,sedangkan pekerja tak cukup, barang tak lengkap dan tiada kepakaran. Satu hari ada staf DHL berbual dengan aku,''pas ni saya tak mahu panggil company awak buat projek dengan saya. Tengoklah buat keje tak sempurna''. Saya tanya kenapa,dia pun jawab''bos awak masuk tender harga rendah,awak menang tapi kerja buat tak sempurna, bebaloi dengan harga awak masuk lah''.terus aku terdiam.
Selama ni aku hormat ko sebab ko bos aku, aku tak keysah pun ko maki hamun sebab itu hak ko sebagai bos, aku kerja dengan engkau sebab ko syarikat melayu, aku suka kerja dengan orang melayu senang aku nak solat, sebab aku pasti kau faham. Aku hormat ko juga sebab ko orang tua, sebab ko orang islam walaupun perkataan ko tajam macam perbuatan israel. Disebabkan kelancangan mulut dengan sesedap rasa memanggil kami anak haram, telah menyebabkan aku hilang hormat pada kau. Aku pun malas nak subahat pasal pekerje-pekerja penjenayah yang ko masih nak simpan tu, malas nak terlibat dengan tak puasa nanti sebab ko juga yang galakkan, asalkn projek ko siapkn.

Secara rasminya aku meletak jawatan sebagai kerani tapak disebabkan ketajaman perkataan anak haram yang ko sesedap sebut itu seperti orang tidak beriman apabila berkata-kata. Pada projek manager yang selalu sahaja buat kerja separuh jalan, pada engineer yang selalu hilang g tidur, pada kawan-kawan staf lain terutama anak buah saya yang selalu kena bebel dengan saya pasal kerja atau safety, saya minta maaf, minta halal dunia akhirat. Pada bos pula saya tak tahulah. Masih pertimbangkan untuk dimaafkan walaupun dah selalu sangat berdarahkan hati saya.

1 comment:

Akmal said...

Biasa laa tu.. memang bos keje nyer sound.. apa2 pun saba je laa

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi