Followers

Google+ Followers

Translate

Friday, October 7, 2011

dah berpunya ke belum?

Assalamualaikum w.t.h. apa khabar sahabat ku semua. Aku doakan kalian semua selalu dilindungi rahmat dari Nya. Baru balik dari menghantar borang minta kerja di Kulai. Jauh juga perjalanan kami. Bonda Zainab menemaniku. Sekali lagi aku mahu berkarya secara santai. Topik kali ini, tercetus dalam fikiran ku apabila seorang sahabat bertanyakan ''dah berpunya ke belum?''

hahaha..nak tergelak pun ada, soalan nauty juga boleh dikatakan. Biasalah kot orang tanya macam ni kan bagi pandangan korang. If korang dah ada kekasih hati pasti korang akan jawab 'DAH' dan jika belum pasti korang tau kan pasti jawab 'BELUM'. emm bagi aku pula, tidak kira la ditanya secara serius atau saja-saja pasti jawapan ku sejak dari dahulu adalah 'SENTIASA BERPUNYA @ SELALU DIPUNYAI'. Pasti korang pelik dengan jawapan yang korang dengar ini bukan. 

Walaupun hakikatnya aku memang belum mempunyai kekasih hati dan bukan malu untuk berkata belum, tetapi sebenarnya aku lebih selesa menjawab sentiasa dimiliki. Bukan niat aku hendak jawab secara main-main orang kata. Tapi aku lebih suka, lebih selesa dengan jawapan yang aku berikan itu.

Pasti korang nak tanya 'sentiasa?'. Means? hahaha....aku pun tak tahu kenapa aku suka jawab macam ni sejak dari dulu lagi. Korang nak tahu kenapa. Aku tak tahu kenapa aku jawab macam tu secara automatik setiap kali di tanya soalan ini. Ada 3 sebab aku jawab begitu.

Pertamanya sebab aku rasa aku sentiasa dimiliki oleh Allah S.W.T. Aku hanyalah pinjaman dari Allah untuk hidup di muka bumi ini. Aku milik Allah. Jika Allah berkehendakkan sesuatu maka Dia akan mengambilku pergi (meninggal). Maka secara automatik aku sentiasa dimilik oleh Allah. Aku inginkan selalu cinta dari Allah. 

Keduanya aku sentiasa dimiliki oleh orang-orang yang telah membesarkan aku sejak dari kecil iaitu kedua ibu bapa ku. Meraka sangat berhak keatas diri ku. Jika meraka arah begitu, begitu lah aku perlu turuti, jika begini, beginilah aku perlu buat. Sekali lagi aku sentiasa dimiliki dan dicintai oleh kedua ibu bapa ku. Aku juga sangat mencintai kedua ibu bapaku.

Sebab ketiga pula aku bakal sentiasa dimiliki oleh bakal suami ku satu hari nanti, walaupun aku tidak tahu siapa jodoh yang Allah telah tetapkan buat ku sejak dari luh mahfuz lagi. InsyaAllah seseorang yang bakal membimbing aku kearah kebaikan dunia dan akhirat. Sekali lagi aku bakal dimiliki, dicintai oleh seseorang yang bergelar suami. Actually takut gak nak bercinta ni...haha...cinta lepas kahwen kot lagi best. 

haha....tau sudah bukan kenapa aku jawab demikian. Tak payah pelik lagi la kalau aku jawab macam ni yer. Bukan nak tunjuk baik atau sebaliknya. Aku pun tak tahu macam mana aku terlintas jawab macam ni kalau orang bertanya...hahaha..

Apa pun ''AKU SENTIASA DIMILIKI''

2 comments:

HIDAYAH said...

nice entry...:-)..i love it...hehehe

yayashimano said...

tq2..hihi

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi