Followers

Translate

Wednesday, November 9, 2011

''apa yang yaya ada, nikmatilah''

Perkenalan yang baru sahaja membuatkan aku memandang dia sebelah mata. Memperkecil-kecilkan kebolehan dia, selalu gaduh dengan dia, tapi itulah manusia yang lemah seperti aku yang menilai manusia dari sudut negatif sahaja sedangkan pepatah ada menyatakan jangan pandang orang dari luaran sahaja. Maafkan kerana memandang rendah pada kamu wahai sahabatku.

Mungkin disebabkan sering bertikam lidah tanpa sebab kadang-kadang telah menjadaikan hubungan kami semakin bersahabat baik. Pernah satu hari dia meluah rasa bukan pasal cinta ye tetapi pasal pengalaman diri dia sejak kecil. Kenapa aku yang dipilih untuk dia bercerita sedangkan kami sering bertikam lidah. Aku selalu emo memang. Itulah orang kata tak tahu maka tak kenal, then aku dah kenal dia sikit-sikit. Ku dengarkan sahaja apa sahaja yang ingin dia kongsi atau luahkan pada aku, aku pun tak tahu kenapa Allah pilih aku bertemu dengan dia. Dan aku tahu akan dapat belajar sesuatu dari dia. 

Luahan kata yang laju muncul dari mulut dia membuatkan aku rasa dia begitu jujur dan insaf dengan apa yang telah dia lakukan selama ini. Tapi bagi aku dia tetap perlu bersyukur kerana telah sedar dan insaf. Allah telah bukakan pintu hatinya untuk sedar walaupun telah terlambat katanya. Banyak iktibar yang aku boleh ambil dari perkongsian cerita kami. Kalau Allah izinkan aku pasti akan menolong dia sekadar yang aku mampu. Aku sedang yakinkan dia untuk terus bersemangat meneruskan hidup walaupun dia rasa hidup ini tiada maknanya lagi. Aku bukanlah pandai mahu menasihati orang tetapi sejak dari bangku sekolah aku memang akan menjadi kaunselor tak bertauliah. Kebanyakan adik angkat yang aku ada bermula dengan perkongsian cerita seperti ini la. Yang lari dari rumah yang nak bunuh diri yang nak behenti sekolah sebab tak mampu bayar yuran dan macam-macam lagi. Alhamdulilah adik-adik ku majoriti sudah ada life yang sempurna sekarang. Walaupun aku tak dapat nak tolong kamu buat masa ini tetapi aku rasa telinga yang aku berikan untuk mendengar luahannya dapat membantu dia lebih lega mungkin.

Semalam dia meluahkan perasaan sesalan yang lebih menjerut hati ku, ternampak matanya berkaca-kaca walaupun aku lihat dari pantulan cermin hadapan. Aku turut terkesima dengan apa yang dia kata, kami turut berkongsi cerita sehingga aku hampir menitiskan air mata tetapi disebabkan keadaan yang kurang mengizinkan masing-masing menahan sebak. Walaupun seorang lelaki ego dengan air matanya tetapi aku tahu sesalan dan kesedihan dalam hatinya yang tidak digambarkan dengan riak wajahnya. Tak tahu bagaimana kami boleh tercerita perkara-perkara begitu. Apa yang pasti aku nak dia rasa yang hidup ini mesti  diteruskan dengan penuh bersemangat, biarlah apa orang nak kata. Kamu mesti kuat wahai sahabatku. Aku tak tahu bagaiamana mahu menolong kamu tapi aku akan berdoa selalu agar Allah tetap dalam hati mu.

Aku jadi manusia paling bangga kerana kamu telah mendapat hidayah Allah untuk sedar walaupun kamu rasa sudah terlambat. Walaupun kita masih tercari-cari jalan hidup kita ini. Selagi aku punya kudrat, kamu tetap akan aku bantu jika kamu memerlukan aku sebagai sahabat. Walaupun sekadar mahu meminjam telingaku dan mendengar bebelan dari aku. Ingatlah wahai sahabatku walaupun kamu berasa sunyi macam mana sekali pun, Allah tetap ada sepanjang masa bersama mu. Sekali kamu melangkah mendekati Allah nescaya Allah akan lari mendekati mu. 

Mungkin semalam merupakan seperti hari terakhir kami dapat berborak bersama jadi ruang waktu yang ada itu kami bercerita banyak perkara. Mungkin lepas ini tiada lagi waktu sepercuma itu. Walaupun aku tidak sekuat mana untuk menyokong kamu meneruskan kehidupan ini, namun aku tetap akan sokong apa sahaja yang kamu buat yang terbaik dalam hidup kamu itu. Kamu adalah saudara islam aku dan ingatlah aku sering memarahi kamu sebab aku saudara islam kamu. Aku ambil berat pasal kamu. Maafkan aku kerana pernah memandang rendah pada kamu satu ketika dahulu kerana menilai kamu dari sudut luaran. Terima kasih kerana memilih aku menjadi pendengar cerita kamu yang sangat mahal itu. Terima kasih juga kerana buat aku insaf dan buat aku sebak semalam. Aku doakan kamu berjaya mencapai apa yang kamu ingin dalam hidup ini. Aku mahu satu hari nanti bila kita berjumpa lagi, kamu akan kata kamu sangat bahagia sekarang dan senyuman di bibir kamu bukan lagi plastik.

Akhir sekali nasihat yang aku dah cakap pada kamu tapi kamu memandang enteng adalah :
jika kamu rasa ada tanggungjawab, kamu akan rasa sendiri segala yang ada dalam hidup kamu betapa nikmatnya. Sebab tiada rasa itu kamu akan terus berkata hidup ini tiada apa-apa. 

3 perkara yang akan kekal walaupun kita sudah mati yang Allah janjikan
1> sedekah dan amal jariah
2> ilmu yang bermanfaat
3> doa anak yang soleh
*kalau tak faham 3 ini  nanti kita open table story k

Kata terakhir yang buat aku terkesima
 ''So, apa yang yaya ada, nikmatilah'', 
dan aku membalas 
''ko pun sama tau''.

No comments:

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi