Followers

Google+ Followers

Translate

Wednesday, April 25, 2012

sampai termimpi-mimpi

Selepas sahaja meeting untuk tugas di Lenggong pada jumaat lepas (20 april 2012), aku membuat panggilan telefon ke rumah dan ayah menjawab salam. Aku meminta izin dan menyatakan bahawa aku akan membuat kerja luar di Lenggong, Perak. Sambil meneruskan perjalanan kaki balik ke opis di HBP dari STRC nun di bukit tu, aku membuat panggilan telefon pula ke kampung Kluang untuk bertanya khabar pada mak ngah. Dengan suara yang gembira beliau menyambut salam aku.

Seperti biasa bertanya khabar kerana agak lama tidak menziarah kerana bertugas jauh. Aku siap menceritakan bahawa akan bertugas di luar kawasan dan dengan senang hati beliau memberikan beberapa tips dan adat di kampung orang sebagai pesanan.

Sesampai di sana, aku aplikasikan apa yang dipesan. Almaklumlah aku ni jenis kasar. Kena la cakap dan senyum manis pada orang kampung. Malam pertama di sana aku bermimpi yang mak ngah ajak aku menunaikan umrah. Aku tahu makngah ada hajad nak pergi umrah dengan sedara rapat 2 tahun lepas tetapi mengenangkan sudah tidak bekerja, duit simpanan yang ada pun untuk tanggung sara hidup sampai hari tua. Terpaksalah mak ngah menunda hajadnya.

Aku pun tak tahu apa makna mimpi aku tu. Tapi kalau korang baca blog dan facebook aku , aku memang sangat berhajad menunaikan umrah sebelum umur 28. Entah kenapa aku pilih umur itu. Tengah berusaha simpan duit tapi belum secara serius nak fikir sebab kewangan belum secukupnya ready. Tapi tu la dalam mimpi mak ngah ajak pergi bulan depan. Masa tu bulan 12 tau. Maksudnya bulan depan dah Januari dan umur aku bakal mencecah 28 tahun. Oleh yang demikian aku sangat teruja untuk menemani mak ngah. Sayangnya aku terjaga dan tidak tahu apa kesimpulan yang aku harus buat. Simpanan yang ada aku kumpul untuk pergi menunaikan haji yang entah tahun bila. Agak-agak perlu tak aku cerita kat ayah mimpi dan niat aku ini. Memanglah aku tidak bersedia. Orang kata nak pergi tanah suci ini kena banyak bertaubat, banyak bersihkan diri dan tambah amalan.

Apa pun aku sekadar meluahkan disini setakat ini apa yang aku mimpi dan hajad aku sebelum umur 28. Tak tahulah terlaksana atau tidak. Jika tidak terlaksana atau tidak panjang umur, diharap ada saudara mara yang membaca blog ini menyampaikan hajad aku ini kepada mak ayah aku. Dengan keizinan aku meminta jasa baik membuatkan aku haji dan umrah dengan simpanan yang aku telah asingkan untuk haji dan umrah serta hutang kereta dan PTPTN jika satu hari aku telah tiada di muka bumi ini lagi. Itu pun jika telah selesai hutang atau proses mengurus aku nanti.

Sekali lagi hajad aku kalau boleh nak menunaikan umrah sebelum umur 28. Disebabkan tidak berkahwin lagi dengan mana-mana lelaki yang sudi jadikan aku peneman hidup, jadi aku perlu memikirkan siapa yang aku perlu bawa sebagai peneman muhrim ku di sana. YaAllah bantulah hamba Mu ini membuat keputusan selari dengan keupayaan, kemampuan dan keinginan ku kerana Kau Maha Mengetahui mana yang lebih baik buat hamba Mu ini. Amin

No comments:

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi