Followers

Google+ Followers

Translate

Sunday, June 26, 2011

MERAH TERSAYANG

Wajah-wajah comel Merah

Keasyikan tidur yang tidak boleh diganggu. Boleh bawa kendong kemana-mana pasti tidak terjaga.

NAMAMU MERAH,PADA LANG MERAH....lalalalala..lagu yang ada menyebut nama merah dari de gep c.....Meow warna oren tu lah merah. Tinggal kenangan je..dia tengah bermain dengan ibunya. Merah suka gigit ibunya. Adik beradik lain mati kerana digigit kucing jantan.Merah anak sulung kontot. Kontot ni kucing pendatang. Kami adabawa kucing pindah sini 2 ekor. Cici mati kerana langgar kereta yang si Abang yang berwarna belang hitam tidak tahu kemana menghilang. Abang sangat mudah dijaga, abang juga ada banyak jari.





Merah mengalami masalah pembuangan najis. Dijangkiti penyakit cacing semasa kecil
Tidak meragam langsung semasa berjumpa doktor.
sian merah sakit bontotTerlalu baik jadinya si merah ni



Syoknya tidur
Tidur sepanjang perjalanan balik kampung

Setelah terlampau penat bermain di rumah nenek yang sangat besar

Masa untuk bermain-main



Keistimewaan jari yang ada pada merah iaitu 23 jari


Merah dengan aunt orennya. Tidur memang tak boleh dikacau

Merah ni komfem anak abang sebab merah ada 23 jari. Merah ni abnormal la kiranya.
Dia sangat suka bermain kejar-kejar. Ada sahaja benda bergerak pasti dia kejar termasuk kaki kami. Aku memang teruja sangat dengan merah sebab dia warna oren. Dari dulu aku memang nak sangat kucing warna oren. Akhirnya dapat tapi sayang umur tidak panjang. Istimewanya merah ni, dia juga ada banyak jari macam abang. Sekarang kami sudah tiada baka kucing jari banyak.




Memang kompem anak abangkan.

Merah ini dari kecil memang tidur didalam rumah. Dia akan berak dibilik air. Ayahlah yang akan menjadi mangsa untuk bersihkan setiap pagi. Terima kasih ayah. Lagi satu perangai buruk dia adalah kuat tidur. Goncang la macam mana pun, dia akan gerak sikit kemudian sambung tidur semula. Kebiasaannya merah akan tidur dari petang dan akan terjaga lewat malam. Siap la kami. Pasti sengsara dengar dia bermain bersama kontot. Merah ni tidur bawah katilku. Sudah pastinya langsirku menjadi tempat mereka bermain sembunyi-sembunyi. Kalau bising pasti ayah marah. Bergayut langsir,bunyi macam nak bergaduh,bunyi terhantuk pintu. Macam-macam kerenah dia. Kalau aku jahat, aku akan kejutkan dia pada waktu magrib tu. Tapi macam biasalah, kejap je bangun kemudian tidur semula. Mak kata biarlah,tengah nak membesar memang kuat tidur. Sampai kami buatkan mainan agar dia bermain dan akan tidur apabila sudah malam.
Setelah mengenjak remaja. Merah sudah pandai keluar rumah. Tetapi yang hairannya, dia tetap berak dalam rumah. Semenjak sudah bermain di luar,dia kena tidur diluar. Tetapi setiap kali masuk dalam rumah diawal pagi pasti dia akan memberikan kami kerja. iaitu dia akan berakkkk.....Sudah semestinya mak lah yang akan palig bising sekali. Tetapi saya sedikit pun tidak akan marah merah. Tidak tahulah mengapa. Mungkin sebab saya terlalu sayangkan merah. Memang akan dengan rela hati membuang, membersih kawasan yang merah berak itu. Begitu juga dengan ayah dan adikku.

Semenjak dia ada adik baru, merah selalu duduk di garaj. Bermain bersama adiknya. lahir 3 ekor ,seekor mati seekor hilang. Nasib sama juga seperti merah. Kesepian. warna tompok putih kuning yang kuberi nama nengneng. Asyik bising saja. Tetapi setelah kuborak dengan nengneng bahawa abang merah sudah tiada barulah dia diam, seakan-akan faham bahawa kawannya sudah tiada. ''nengneng,abg dh tak de,nengneng jangan nakal-nakal yer. Jangan main jauh-jauh.
MERAH@CEK KIAH@MAKHLUK PEROSAK@EYAH adalah nama timangan ikut sedap mulut aku nak panggil. Pasti dia akan datang. Kini hanya tinggal gambar-gambar kenangan sahaja. Ku bahasakan diriku along bila berborak dengan merah.''merah pergi rehat ye.nanti suatu masa kita akan bertemu jua. Along sayang merah sangat''

Setelah 4 hari di masukkan ke icu,akhirya merah kembali pada penciptanya pada 25.6.2011


No comments:

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi