Followers

Translate

Saturday, December 24, 2011

SELAMAT HARI ULANGTAHUN MOHD FUAD BIN HJ ISMAIL

Adik aku encem

Aku ada sorang adik. Nama dia Mohd fuad Bin Ismail. Aku panggil dia adik, dah nama pun adik aku kan.haha...Hari ini Hari ulangtahun dia,jadi aku nak abadikan nama dia dalam blog aku yang kusut ni. Nanti dah tua kalau panjang umur boleh baca lagi. Meh along nayanyikan walaupun tak sedap... 
Allah selamat kan kamu x2.......
Allah selamatkan Mohd Fuad Ismail........
Allah selamat kan kamu .......
Jemput makan

Umur adik aku ni beza setahun je tapi kami macam jauh 2 tahun sebab aku lahir bulan 1 dia lahir bulan 12. Apa pun kami sambut serentak hampir setiap tahun. Kalau masa kecik dulu mak akan buatkan majlis untuk adik sekali je ngn aku, tapi aku tak keysah pun sebab aku dah besar adik kecik lagi. Sampai sekarang pun sambut sama-sama, kalau dapat hadiah pun mak ayah bagi sama-sama. Kadang-kadang kek beli 2 biji sambut sama-sama.

K.A.M.I

Aku dah tanya nak hadiah apa tahun ni. Mungkin sebab dia dah keje, aku tak nampak apa lagi barang yang dia tiada. Selalu dia akan sebut barang apa yang dia tiada macam seluar ke,beg belajar ke, kasut ke. So aku belikan dia gelang kulit jer.murah2 jer. hahaha....tapi gelang tu besar. Tapi dia kata tak apa, tapi kalau aku modified gelang tu ngam ngn tangan dia, dia akan sangat suka hadiah tu jadi hadiah buyday dia hari ni. Mungkin gelang tu aku kena jahit. Nanti along buatkan yer. Fuad panggil aku along. Tapi kan aku suka orang panggil aku akk sebab aku rasa dah besar.hahaha...(yang paling best adik aku kena panggil aku akk kalau aku merajuk,sesekali panggil lagi best kot)

Adik aku dah keje bagus, baru je konvo, dan ada awek comey n happy go lucky.hehe...miss kelip-kelip mesti tau....(jelous kot dengan semua yang dia ada ni). Adik aku ni kuat man bola. 1 Malaysia dia dah pusing,Sabah Sarawak mana dia tak pergi wakil UTHM dia tu. Cuma luar negara je la yang tak pernah pergi lagi. Dia la juga yang bertanggungjawab mempengaruhi aku suka bola...haha...Aku sokong Skuad Malaysia ngan Brazil je. Sebabnya aku akan jadi mangsa dia teman g mamak tengok bola. Almaklum la rumah tak ada astro. Kalau dulu aku keje malam, fuad amik terus gi tengok bola. Dulu aku benci bola. Apa la kejar bola sejibik opppsss sebijik ramai-ramai tengah padang. Tapi lama-lama aku jadi layan. Dari adik aku melepak buat benda tak senonoh lagi payah. Macam ayat ayah aku, aku duplicate letak kat sini..hihi...

Apa yang penting adik aku ni tak merokok. Adik aku hencen cuma dia gelap sikit sebab main bola kot. Kepala dia pun pernah kena jahit sebab main bola. Masa kemalangan moto dulu kaki dia kena jahit kat urat keting tu, aku la buka jahitan dan jaga dia. Hari-hari dia cakap wisau dah tak dapat main bola. Tapi tgk sekarang dia main bola. Dulu main futsal pun aku ikut teman, tu pun kalau mak ayah tiada kat umah. Kecik-kecik dulu memang kerap gaduh ngan adik aku ni...hahaha....gaduh pasal tv,pasal barang mainan ke.....tapi sekarang tak ada gaduh2 la. Dah besar kan. Tapi adik aku ni jenis penyabar gak, tapi kalau marah dia dah sampai 100 darjah celsius ada gak yang kena parang kan. Aku tak pernah tengok tapi ayah pernah cakap...hahaha...tak tau la klu lakonan semata-mata. Adik oh adik.

Kite orang tak ada rahsia. Tapi sebab keterbatasan belajar dan bekerja kami jarang ada masa berbual sama. Aku balik keje dia dah tido,begitulah sebaliknya. Adik aku giler g bundle. Tiap kali keluar ada je baju yang akan dibelinya, seperti biasa aku la yang akan setia menunggu di bilik persalinan untuk memberi komen. Mula-mula aku memang la geram gak, tapi sebenarnya kat bundle tu bukan semua barang buruk ada gak barang baru cuma rosak sikit. Macam adik aku cakap kena pandai pilih la along. Yang paling best aku tau awek dia pun layan bundle..kelip-kelip oh kelip...tolong nasihatkan dia almari tu dah penuh, jangan beli baju lagi.

Buat adindaku ang tersayang:
'' Walaupun kita kadang-kadang bertikam lidah @ kurang memahami. Ko tetap adik aku dunia akhirat. Walaupun along ada ramai sangat adik angkat tak sama dengan adik sendiri. Kalau ko sedih along pun sedih. Kalau ko gembira along pun happy. Kalau ko d masalah along tetap akan berada dibelakang ko setiap masa walaupun ko tak pinta. Walaupun ko cakap tak ada masalah tapi kalau ko yang ajak along keluar malam-malam tu along tau ko ada benda nak cerita walaupun kita hanya duduk dalam kereta pusing-pusing kat bandar tu. Along doakan ko berjaya dunia akhirat. Along bangga dengan azam baru ko. Kalau kelip-kelip tau pun mesti dia bangga. Kelip-kelip meh along bagi tau apa dia:fuad berazam solat waktu di masjid. Tak rugi kalau dia jadi imam kamu satu nanti, along doakan..hehe..jangan marah ye kelip-kelip..

Tak ingat sapa punya bufday dan umur berapa...tapi dah masuk dalam lipatan sejarah

3 comments:

HIDAYAH_MUTIARAKU said...

hehe oke 1stly...mai nk ckp yg kte b'2 mgkn ad yg sme...sbb mai pon ske klau org pggl mai "akk"...yg ke-2...xtau nape...bce part abg yg nk solt kt msjd 2 mai ase sebk...waaaaaa....hehehe..apepon...d best entry u...like it...

yayashimano said...

haha...akak mai..ye la dulu kecik2 rajin ikut ayah g masjid bila dh besar2 ni masa solat jumaat jer...pesal nk sebak gak ni..angah ngn deris pun rajin g masjid apa...

HIDAYAH_MUTIARAKU said...

hehe dorg time solt rye,solt jumat ke..2 yg dorg g time solt wktu kt umh je...kdg anh jd imamnya..adk suh jd imam..malu la apela...sush skt sorg ni...apepon...pksa tiada ne..kte nsiht bia dorg yg pk sndri...:-)

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi