Followers

Google+ Followers

Translate

Friday, December 28, 2012

Kelas tambahan budak universiti

Dulu masa zaman sekolah, ingat lagi tak kita ada kelas kemahiran hidup. Setuju tak jika saya katakan bahawa semua itu sangat berguna dalam kehidupan kita hari ni. Bertukang, menjahit, memasak, berkebun tu semua kita ada belajar tapi kita lupa nak aplikasikan pada umur kita yang dah dewasa ni.

Alangkah canteknya kalau budaya, amalan atau pelajaran itu di gunakan walaupun pada pelajaran peringkat universiti. Bukan nak kata orang lain, tapi diri sendiri ni pun sama. Mana reti memasak, berkemas, berkebun. Sebab ilmu ni semua tak ada dalam buku. Ia lebih kepada praktikal. Kena selalu buat. Mungkin kita duduk rumah flat tak ada tanah nak berkebun. Mungkin sebab keje rumah ada orang gaji yang buat. Makayah pula tak kasi masuk dapur sebab takut anak-anak main api masa diorang gi keje. Tul tak? Bukan juga nak salahkan makayah. Tapi serius pendapat aku benda ni tak ada dalam buku. Aku istilahkan ilmu ini 'terdidik secara semula jadi'.

Faham tak istilah yang aku bagi tu? Aku bagi contoh lain seperti, dulu masa kecik-kecik makayah selalu pesan agar balik main sebelum 6 setengah petang kan atau sebelum maghrib. So secara automatik sampai dewasa ini kita akan pulang atau berada dirumah sebelum maghrib. Betul tak. Ada ke mana-mana buku yang tulis fakta suruh balik rumah sebelum 7 malam.(kalau ada kerja atau ada hal tu lain cerita la kan) Tak ada kan???

Berbalik pada cerita kelas masak atau menjahit tu. Menjahit tu mungkin sukar sket la sebab banyak nak kena belajar. Tapi kalau memasak tu rasa memang wajib. Tak ada orang kat dunia ni tak makan la. Andai kata universiti buka kelas seminggu sekali pun ok. Habis satu semesta mungkin pelajar dapat rasa dan belajar semua masakan popular setiap negeri. 14 negeri, 14 minggu lebih kurang 3 bulan. Wah cepatnya pandai memasak. Bila cuti boleh masak untuk famili kat rumah. Masak ni tak payah fikir dan hafal macam belajar dalam buku tu yang kita pergi kelas tiap hari tu. Yang perlu hanyalah praktis. Pastu paling best bila habis belajar, kerje dan kahwin. Ha kan dah pandai masak. Scroll dapat, kerje dapat, kahwen dapat, pandai masak pun dapat. So apa kata kelab-kelab kat dalam universiti ni buatlah kelas memasak seminggu sekali.

Lepas konvo sambil cari keje dulu. Aku 'dipaksa' pergi kelas menjahit. Dapatlah hasilkan 4 baju kurung. 2 untuk aku, 2 lagi aku buatkan untuk cousen2 aku yang kecik molek tu, serta sempat siapkan beberapa jenis seluar termasuk seluar tido..haha..Kelas masak aku tak join sebab nak potong bawang pun tak reti. Ni sume anjuran KEMAS. Kat taman-taman tu yang ramai makcik-makcik datang tu. Mak aku gi kalau menu yang diajar tu best. haha.. syoklah kami kat rumah jadi tester masakan mak, ayam percik la, ayam panggang la, pizza la, ikan 3 rasa la, kek la dan macam-macam lagi.

Percayalah apa aku kata, "sehebat mana kita di mata dunia, kita kena belajar ilmu asas kehidupan yang tak ada dalam mana-mana buku".


No comments:

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi