Followers

Google+ Followers

Translate

Thursday, January 3, 2013

M.E.N.A.N.G.I.S.


Hari ni rasa nak menagis je rasa..tapi tak terdaya nak kuarkan air mata...
Sekejap je Allah tarik nikmat kesihatan kita, terus kita rasa sedih..
Bukan sedih sebab itu je tapi sedih aku melibatkan semua pihak dan banyak perkara..
Perkara yang dirancang tak semestinya akan tercapai semuanya..
Kita hanya mampu merancang namun Allah lebih mengetahui..

Memang lama dah hidung aku ni kering dan luka berdarah..
Makin hari makin kerap lak berdarah sampaikan aku bersin pun ada darah kat tangan aku ni..
Esoknya aku sakit tekak, konon minum air asam jawa boleh baik..
Esoknya makin teruk adalah..
Kahak pun ada darah sekali..
Minum air asam jawa pun tak berkesan..
Degil tak nak jumpa doktor, ye ar sebab keje banyak tau..
Sekali kontrak habis dah tak boleh pergi Pusat Sejahtera USM..

Gi Klinik Kesihatan Sungai Dua dia siap habaq kami tak ada ubat itu ubat ini..
Aku mintak antibiotik pun dia tak bagi..
Dah la ku demam berbalik-balik..
Habis je 4 jam ubat tu aku demam la balik..
Xpe2, sabar Allah bagi dugaan..
Masuk esok 6 hari la aku tak sehat..
Suara tak ada dah ni, makan ubat pun tak tido mlm tadi..
Batuk dan terus batuk sampai ke subuh..

Pas anta sample kahak kat klinik tadi terus gi keje..
Naik fobia nak pergi kerja sebenarnya..
Tapi tak tahu nak pergi mana..
Dokter kata tak ley duduk dalam ekon selalu..
Badan kering dan kena banyak minum air..
Memang terus jadi fobis dengan econ dan kipas..

Dulu masa kat UPM pun aku ada masalah yang sama..
Berulang alik la ke Pusat Kesihatan UPM..
Memang tak ada ubat cume boleh kurangkan je..
Biasala duduk studio ekon dari pagi pai malam..
Main masuk bengkel besi ngn kayu yang sampah halus tak nampak..
Tak tahu nak sorokkan diri kat mana nak lari dari kipas..
Nak lari dari habuk dan segala bendasing..

Balik rumah kemas tempat tidur..
Sapu sampah sebab fobia..
Mop lantai walaupun sakit dada batuk..semua sebab fobia..
Fobia kat habuk..
Fobia kat minyak pada lantai..
Fobia nak buka kipas..
Masuk bilik air sejuk kat dapo pun sama..
Arghhh.. tak ada tempat nak lari la..

Yang paling tak syok adalah aku cancel percutian keluarga..
Sori sangat kat adik tercinta..
Along dah cuba sedaya upaya untuk sehat..
Tapi tak ada rezki la kot nak sehat esok..
Tahu sangat semua mengharap dan dah buat persiapan..
Along pun dah ready nak bawa balik kopi kedah dan mr bean kat kete tu
Tak saba nak tengok bantal baru yang adik belikan untuk eyqn..
Sori sangat kat mak ayah yang agak teruja untuk bercuti..

Sori kat semua la..
Sori kat romate sebab dah lama tak teman tido..
Tapi masih sudi sapukan minyak panas kat belakang badan..
Sori kat kengkawan sebab buat kerja lambat..

Sok nak anta sample kahak lagi kat klinik..
Harapnya tak adalah memudaratkan..
Orang kata kesakitan itu penghapus dosa..
Moga esok aku lebih sehat dan
Jalani kehidupan macam biasa..

No comments:

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi