Followers

Translate

Tuesday, December 18, 2012

Apa ada dengan Arkeologi Lenggong

Bermulalah perjalan ke Lenggong. Jakun tengok awan cantek. Pastu yang bestnya, jalan raya menuju Muzium Lenggong dipenuhi tahi lembu. Tapi seko lembu pun aku tak jumpa. Explorace mengelak tahi lembu.


Sesampai dikawasan yang diberi nama tanah Lenggong, maka tercetuskan fenomena alam yang sangat indah di mata aku. Kalau tangkap gambar banyak macam mana pun tak adakan dapat lawan dengan melihat sendiri ciptaan Allah. Apa yang indah ialah gabungan warna bukit bukau atau banjaran bercantum dengan awan. Subhanallah. Payah nak dapat pemandangan macam ni kalau duduk bandar. Dan sangat disaran agar tidak menggunakan econ sebab udara rasa sejuk. Macam duduk kawasan tanah tinggi.


Ini tangga menuju puncak pelantar. Dari sana akan dapat lihat pemandangan yang sangat indah. Disebabkan aku naik seorang jadi aku bergerak separuh puncak sahaja. Tak berani naik sampai atas. Geng sume tak mahu naik. Separuh puncak pun dah cantek apatah lagi kat atas tu kan?


Kat sini ada kolesi jenis batu. Belah kanan atas tu pemandangan yang aku nak korang tengok. Serta gelagat geng masa dalam muzium. Buat macam studio sendiri. Pastu ada video tengkorak kat belakang tu. Sesuailah..haha..


Kalau tak tangkap gambar dengan tengkorak bukan namanya pergi muzium arkeologi. Ini antara tengkorak manusia purba yang dipamerkan. Masa ni PerakMan tak bawa balik Lenggong lagi. Katanya masih ada di Muzium Negara.


Ini ada abu Gunung Berapi Toba yang di jumpai di Lenggong. Ini termasuk kajian arkeologi tapi di jumpai semasa pembinaan jalan raya. Ini sahaja abu yang dapat diselamatkan. Ada juga abu di kawasan lain Lenggong tetapi telah melalui proses fosil mungkin(yang duk tindih daun/tanah). Aku nak sebut istilah ni bukan reti sangat tapi ada rasanya dalam kajian.


Apa lagi menembak haiwan la. Ingat senang nak jumpa haiwan cantek-cantek macam ni. Peluang ada tak akan dilepaskan. Cantek bukan hidupan alam ni. Nampak segar je. Banyak lagi benda menarik. Jujurnya gamba ini aku edit kasi cantik atau aku perlu menyimpan gambar yang lebih cantek untuk kami terbitkan buku nanti insyaAllah. Jadi kena la tapis-tapis gambar yang cantek tu untuk Dr Fatimah yang bersungguh-sungguh buat projek tu. Abislah aku sebab tadi dia secara tidak rasmi melantik aku sebagai jurufoto. So apa-apa lepas ni, projek geran ni aku kena pergi walaupun bukan tajuk Dr aku gayanya. Dr Fatimah!!!! saya takut pacat!!! Untuk ekspidisi seterusya mungkin akan naik 5-8 lata sehingga ke kawasan bangkai kapal terbang. Cam ne nk kawan dengan pacat ni?


Aku bukan nak korang borink dengar cerita pasal projek kami tapi aku dah niat nak tolong promote tempat ni kat dunia kalau boleh. Lenggong ni menarik. Banyak sangat sejarah yang mampu mengubah tinta dalam buku sejarah dunia. Zaman sekolah lagi dah belajar Bukit Bunuhkan? Disebabkan kita tak berapa celik atau tak sedar banyak sejarah bermula di Tanah Melayu ini. Kalau baca buku tamadun China,Arab dll ada sahaja tercatat nama Malaysia dalam sejarah mereka. Tapi kita yang duduk kat Malaysia menutup sebelah mata. Apa pun inilah Lenggong, Perak. Nanti aku cerita lagi korang baca k.

No comments:

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi