Followers

Google+ Followers

Translate

Tuesday, February 18, 2014

KISAH AKU MASUK SEKOLAH

Keterujaan perasaan mendaftar sebagai pelajar untuk sekian kalinya dalam hidup aku memang bercampur baur. Antara keadaan gembira, terharu, kental, melompat, meraung, sadis, teruja, gendar, semuanya bergaul sebati. Semuanya aku lakukan dalam masa satu minggu. Bayar yuran, aktifkan emel, medical check up dan print slip yuran serta sediakan semua dokumen yang diperlukan untuk membolehkan aku mendaftar secara sah sebagai pelajar.

Walaupun setelah yuran dibayar pada petang khamis, aku masih terlambat untuk menerima hakikat bahawa aku telah melangkah setapak menjadi pelajar. Hari-hari yang berlalu membuat aku tidak dapat tidur nyenyak. Kemungkinan juga kesan ubat yang aku makan atau keadaan cuaca yang panas serta nyamuk yang banyak kebelakangan ini buat aku terjaga setiap jam tanpa henti walaupun aku baru sahaja tidur setengah jam yang lalu.

Terlalu berfikir bukan-bukan dan kerisauan yang ketara. Mulut juga teresa pahit payau seperti di gam-gam tidak mahu dibuka. Makan ala kadar agar perut aku tidak sakit. Sedangkan beberapa hari dijamu dengan makanan yang enak. Jamuan BBQ anjuran budak opis di HBP, makcik yang belanja makan de BEN'S Gurney sempena hari ulangtahun aku yang sudah lepas dan tanda meraikan penyertaan kami sebagai peserta DBKL heritage trail di Winter Warmer Queensbay Penang. Entah betul entah tidak nama restoran yang aku tulis ni. Apa pun ia makanan western.

Hari pendaftaran pada 15 Feb 2014 kebetulan sama tarikh dengan hari ulangtahun ayahanda tercinta, Haji Ismail Bin Abd Hamid. Selamat hari ulangtahun melihat dunia ayahanda. Sedih juga tanpa familil disisi. Memanglah sudah besar, namun ia sebahagian dari hari penting dalam hidup aku membuat keputusan. Pujuklah akak roomate aka bau2 bacang dengan sepupu aku. Padahal kami baru kenal. Anggap Kak Lia sebahagian dari keluarga dan sebagai pengganti mak ayah menghantar anak daftar sekolah. huhu. Serius aku berdebar. Sampaikan nak tangkap gambar untuk buat nama pun aku suruh kak lia heret tangan aku.

Sebenarnya dalam masa yang sama ada 3 berita yang kurang enak dek perut untuk aku lalui keadaan itu. Semua orang ini akan pergi meninggalkan aku dengan jarak yang agak jauh. Tim dapat masuk asrama. Kak Lia pun dapat masuk asrama. Dia dah angkut barang dia sikit-sikit. Tinggal sarung cadar je dia tak angkut lagi. Kak lia dah start tidur asrama malam ni. Wawa pun dah balik terengganu malam ni juga. Wawa nak berangkat ke scotland hujung bulan 3 ni. Tim saja tengah tunggu masa untuk hijrah bersama.

Hari ini juga merupakan hari pertama aku masuk kelas. Pergi sekolah la katakan. Siap nak suruh orang antakan masuk sampai kelas. Terukkan aku ni. haha. Apapun aku dah lalui hari ini dengan perasaan yang sukar di imejkan dengan kata-kata. Awal-awal aku dah buat pertanyaan. Almaklumlah bukan semua term aku faham. dan Dr akan tanya aku setiap term yang dia gunakan samaada aku faham atau tidak. Classmate aku dah la pensyarah semunya. Moga-moga aku mendapat lebih banyak ilmu dengan memasuki kelas. Bak kata wawa, ikhlaskan apa jua yang berlaku. Aku cuba dengan berdoa bersungguh-sungguh serta merelakan keadaan ini berlaku dengan serentak.

Bak kata wawa lagi, dia pun tidak pernah terfikir yang meninggalkan sahabat-sahabat ini akan memberi kesan kepada sahabat-sahabat. Ingatkan orang yang pergi akan merindui keadaan ini. Rupanya terkesan juga pada yang ditinggalkan. Alhamdulilah setelah solat hajad malam semalam, kegusaran kian berkurang disulami dengan zikir dan ayat quran tanpa henti hingga ke pagi. Alhamdulilah kat sekolah tadi semuanya berjalan lancar. Tak ramai, kami bertiga saja, mungkin esok aku akan ada classmate baru.

Orang pertama yang aku cerita pasal pengalaman aku dalam 1st day kelas aku adalah pada Kak Lia, sebab aku dah cakap nak cerita kat dia.haha. Kesian dia kena tadah telinga tengah hari tadi. Memang berkejar-kejar untuk aku ke kelas petang. Now baru terasa perasaan bila tak sempat makan sebab jadual kelas pack. Pastu aku msg wawa pasal pengalaman aku jadi student. Hampir semua yang aku jumpa semua menanyakan macam mana kelas pertama aku hari ini. Bebudak opis, terima kasih sangat beri sokongan kat aku.

Memang agak kelakar la dengan tertinggal nametag, berpeluh-peluh nerves. siap basuh kasut hari sabtu. hari ni pakai kemeja baru lagi. Siap melompat-lompat kat rumah dan opis sebelum ke kelas tadi nak hilangkan gemuruh. Teruk betul perangai aku ni kan..haha..budak baru masuk sekolah.

Buat tim yang nak masuk asrama, akak doakan agar penghijrahan ini akan sangat membuka peluang kamu menyiapkan thesis dalam masa yang kamu inginkan. tak ada orang lagi la nak hantar akak pi sungai nibong lepas ini. walaupun kamu adik, ketegasan kamu adakala mengatasi kewarasan akak untuk membuat keputusan. cepat habis belajar, cepat kerja, cepat kahwen ye.

Untuk Kak Lia yang tersayang, tak ada geng lagi la saya nak gaduh kat rumah ni. Lain sume sibuk keje kan. Terima kasih ambil berat dan ringan kalau saya sakit, kalau saya muka masam. Terasa sangat macam ada kakak. Dah la rajin sapu rumah.huhu. Arigato sebab sudi solat jemaah dan ngaji bersama. Tak kan lupa sebab anta saya gi daftar sebagai pelajar. nanti akak konvo jangan lupa jemput saya. serius tak ada niat nak gaduh hari-hari.haha. Jangan malas makan ye akak.

Untuk insan yang paling banyak ajak aku buat macam-macam aktiviti yang aku tak pernah buat sebelum ini. nak je sedut semua aura positif yang ada pada kamu wahai wawa. walaupun baru kenal, dah ajak pi makan berdua je lak tu.tak tahu la kamu ingat lagi ke tidak. ajak tengok teater, gi hiking, ajak masuk marathon baik yang dekat ataupun yang besar seperti 10 km penang bridge. termasuk larian milo yang jauh gedebak kat kl tu. Datang kl semata-mata untuk lari. Semua makanan nak try. Benda yang negatif seboleh-boleh kamu tukar sebagai positif. Kamu sangat memahami akak. Moga Allah mudahkan urusan kamu untuk sambung phd di luar negara. Harap kamu suka hadiah yang tak seberapa itu. Bawalah pi belajar dan moga ia menjadi pegangan yang tak akan kamu tinggalkan.

Aku pasti akan merindui korang semua. Moga kita semua dapat mengecapi apa yang kita inginkan. InsyaAllah setiap kepayahan ada nikmatnya di penghujung nanti. Moga hari-hari mendatang aku akan dikurniakan orang-orang yang mendorong kearah kebaikan dunia dan akhirat. Buat masa terdekat ini, boleh tak aku nak cop jap, harapnya jangan ada yang pergi meninggalkan aku.

No comments:

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi