Assalamualaikum w.t.h. Apa khabar kalian semua? Diharap sehat dan dilindungi rahmat selalu. InsyaAllah. Kesihatan ku kurang memberangsangkan sejak raya pertama lagi. Hari ini semakin melarat jadinya. Sudah lama rasanya aku tidak berkarya kerana menyambut lebaran di kampung ku,Teluk Anson atau lebih dikenali sebagai Teluk Intan,Perak. Tidak terlambat rasanya untuk aku mengucapkan Salam Aidil Fitri pada semua umat islam di dunia ini. Minta ampun dan maaf jika sepanjang berkarya ini ada yang menyinggung perasaan kalian.
Mungkin kalian tertanya-tanya apa kaitan rokok vs syawal yang ingin aku sampaikan dalam ruangan kali ini. Seperti yang kita semua sedia maklum,rata-rata perokok adalah terdiri daripada lelaki. Namun dewasa ini ia sudah menjadi sebahagian daripada trend bagi golongan wanita pula menjadi perokok. Saya harap anda bukan orang yang saya maksudkan. Anda bebas dari menghisap rokok tapi anda kena ingat bahawa anda tidak dapat bebas dari asap rokok waima lelaki atau perempuan mahupun orang tua dan kanak-kanak.

Ada lagi satu yang aku ingin kongsikan disini. Korang tahu tak bahawa untuk memasuki negara Singapura korang tidak boleh membawa kotak rokok dalam keadaan penuh. Korang boleh ditangkap kerana menyeludup rokok. Patutlah ada segelintir perokok akan mensedekahkan rokok apabla membeli. Malaysia ada ke buat macam tu. Bagi bawa masuk bercarton-carton lagi adalah. Bagus juga dia sedekah,dari 10 batang dia akan hisap 8 batang sahaja.
Kepada perokok tegar,kurang-kurangkan lah merokok tu,banyak keburukan dari manfaatnya tu. Pada yang tak merokok pandai-pandailah bawa diri menjauhi asap rokok tu. Pada yang ada niat nk mencuba tu lupakan lah terus,banyak lagi benda lain yang kalian boleh cuba.
No comments:
Post a Comment