Followers

Google+ Followers

Translate

Friday, February 24, 2012

Tersesat lagi

Hahahahaha....rasa nak gelak pun ada, geram pun ada. Semalam aku tersesat lagi. Mungkin disebabkan kepadatan tetamu awam yang sesak menggunakan rapid 301 aku terlepas stesen yang sepatutnya aku turun. Sudah la laluan 301 lebih jauh dari 303 jadinya menapak la dengan penuh syahdu dan tersenyum sendiri akibat kegagalan turun di tempat yang sepatutnya. Tak pasal aku kena berjalan hampir 35 minit. naik bus baru 15 minit. Menapak pun seronok juga sebab terjumpa meow warna oren. Sudah la tu berbulu panjang. Giler comel.
Memang tidak dinafikan suasana sekarang sangat berbeza. Walaupun hidup dalam rumah kotak yang tinggi dengan kawalan ketat pengawal namun untuk sampai aku perlu melalui sebuah kampung di tengah kesesakan kota. Jumpa kambing,ayam, meow...memang brutallah kampung ni. Seronok walaupun penat menapak setiap hari. Hari ni balik lambat so saing dengan budak balik sekolah. Terjumpa budak-budak main gasing,main kejar-kejar dan macam-macam lagi gelagat. Ramai member kat sini(ikan kelisa). Geram je rasa...
Apapun aku belajar sesuatu dari kesesatan perjalanan ku hari ini. Orang lain tidak dapat baca apa yang kita fikirkan melainkan kita meluahkan dengan kata-kata atau perbuatan. Maka bertanyalah atau tekan loceng jika sudah tersesat jalan....
Harap tidak tersesat lagi hari ni wahai khairiah...

No comments:

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi