Followers

Google+ Followers

Translate

Wednesday, February 22, 2012

aku tersesat jalan

Aku tersesat jalan.tah mana-mana jalan aku lalui kat lorong tu setelah turun dari bus 301..selaluny aaku naik 303.yakin je.Masa hari pertama dengan kedua aku di bantu oleh seorang makcik yang kebetulan melalui jalan yang sama ingin aku tuju. Alhamdulilah Allah permudahkan urusan ku.
Sayangnya hari ini aku tersesat. Temui jalan mati dan banyak anjing. Lalu tepi kubur lagi.Selalunya aku naik bus dalam 10 min je dan jalan kaki dalam 20 min. Hari ini penat aku bertambah kerana berjalan kaki lebih 30 min.
Tapi yang seronok jalan kaki sesat tu aku jumpa banyak meow kat rumah-rumah tu.Aku kan giler meow, so berbunga-bungalah hati. Dah tu dalam kerisauan jalan mana yang harus aku tuju, aku mengangkat tangan pada seorang makcik dan dia menyapa ''baru balik ker''?. Aku membalas ''yer  makcik. Bertemu pula dengan kanak-kanak dalam umur 7/8 tahun menolak basikal. Aku cuba tersenyum. Yela takut tetap ada. Sudah la melalui kampung orang. Hilang sedikit kerisauan dan keletihan tatkala budak itu membalas senyuman ku.
Sungguh terasa diri ini tidak keseorangan di tengah-tengah kawasan yang sangat asing bagi ku. Harap aku tak sesat lagi esok...;)

No comments:

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi