Followers

Translate

Thursday, February 2, 2012

hari ni aku bangun dengan kekecewaan

Selamat pagi...aku macam tak ada mood nak menulis tapi tak tau nak cerita kat sapa apa yang hati aku rasa...cerita-cerita pun lum dapat keputusan. Pikiran dengan hati aku ni tengah berat memikirkan sesuatu..mungkin ada juga yang telah tau mungkin ada yang tidak..

Aku dapat tawaran kerja di belah utara sana. Gaji tak ada la besar, tolak2 sewa rumah,makan minum cukup untuk diri sendiri ar juga tapi peluang meningkatkan diri tu lebih besar. Aku tak pernah terfikir pun akan untuk sambung belajar. Tapi kalau ada peluang nanti bolehla bekerja sambil belajar. Yang mengusutkan hati aku adalah penguasaan bahasa inggeris aku. Sebab nanti sume kerja aku dalam bahasa inggeris. Kawan aku kata ini lah masa untuk aku meningkatkan penguasaan bahasa aku. Memang aku akui sebab bi aku ni lah aku kurang yakin cari kerja besar di pihak swasta.

Dalam masa yang sama dipanggil bekerja di flextronik ptp.Kerani.Memang la kat jb je..swasta.Kalau pergi ni mesti aku dah kekal terus kat sana. Jadi kerani boleh naik-naik pangkat lagi ker?nak sangat kerje kilang kan dah dapat. besar gak kilang ni..sapa tak kenal kilang ni kan..hari yang sama aku dapat 2 tawaran kerja.

2 hari dah berlalu. Tapi tiada keputusan. Aku mengharapkan Allah memberi petunjuk sepanjang nyawaku dicabut seketika malam tadi tapi malangnya aku tidur dengan sangat nyenyak. Mungkin sebab fikiran aku terlalu berat menyebabkan badan aku letih sangat. Bangun dengan kecewa kerana tiada sebarang petunjuk.wawawawawa...macam mana ni...korang doakanlah aku..Ya Allah bagilah panduan pada hambamu ini membuat keputusan yang terbaik..

Mak ayah juga semakin meningkat usia. Ayah la nampak tak sihatnya. Dah makan ubat pun sakit juga. Walaupun aku punya tempat kerja sekarang dekat tapi tetap wisau bila ayah sesorang kat umah. Ayah tu kalau sakit diam je..mak yang akan kejut aku jom anta ayah g spital. Nanti aku tak ada sapa nak drive kete. Adik memanglah kerja dekat sekarang tapi kerjanya sibuk juga...pagi keluar malam baru balik..kerja jaga pembinaan kilang. Jurutera dah adik aku. Semalam dia mula tapak baru. Besar gak kawasan tu sebab aku yang bawa pergi servey. ha umur aku pun dah tua gak tapi still tak dapat kerja yang ok dan tetap. Kerja kilang tu mungkin tetap dan tak akan berubah,yang kat utara tu kontrak tapi ada peluang meningkatkan diri. mana eh korang rasa. Kalau pergi mungkin 2/3 atau juga 4/5 tahun then baru boleh balik jb.wah time tu umur dah berapa,senangke nak cari kerja..huhu..alamaknya tak kawen la aku walaupun dah tua.haha...selalu aku fikir negatif je..tapi bila ila kata yang dh berumur lebih 30 pun masih mencari kerja kalau yang kerja kontrak.bos hisham lak kata rezki Allah beri tak banyak sikit pasti ada,percaya itu. Bos azizun dan cek yan kata buat je keputusan ikut rasa hati dan keizinan keluarga.

mak macam dah bagi.sebab dia tanya sapa nak antar,bantal tilam sapa nak anta...aku kata tak apa..mula2 tumpang rumah makcik nanti aku usaha la cari rumah dekat-dekat. ayah je yang diam...aku tau ayah tak akan hantar sebab jauh. Nanti sapa nak drive balik jb.nak g dalam masa terdekat ni tak ada la sebab makcik g oversea lak..harap bila dia dah balik nanti aku pun dah ada keputusan. Kental ke hati aku nak pergi ni. Kalau aku rasa tak boleh hidup kat sana nanti aku balik la jb...Tapi harapnya aku ok la.wah nak g ke tak...sedangkan tono tu merantau juah dr endon ke malaysia...

lagi satu...hatiku telah dicuri..nak kena tangkap owang ni sebab dah jadi pencuri...haha...xpe jangan tangkap. Aku dah maafkan. Biarlah. Pencuri tu tak bersalah sebab dia tak tau pun dah tercuri hati aku...tu la sapa suh dia 'jahat' sangat kan pai tercuri hati aku ni dengan kebaikan dia...say goodbye kt sini boleh tak supaya aku tak sedih. t kantoi lak aku sedih..haha...sebab rasanya aku nak sangat pergi utara sana. Ayah tolognlah bagi jawapan......

Jika rezeki ku masih di langit Kau turunkanlah
Jika rezeki ku masih di dalam bumi kau keluarkanlah



2 comments:

miss young said...

personal opinion tau : STAY JB
Mungkin rezeki lebih mencurah dengan adanya mak and ayah coz lari jauh tidak menjauhkan masalah tu (lain-lain) sbnrnye... better stay in JB, even kalau kerani....
once da gain xpirience leh jd HR exec, then... tmbh2 ngn knowledge management ISO ke... so lepas setahun or dua tahun leh promote diri jd exec... after 5 years xpirience leh jadi HR manager.... hihihihi... sambil tu try sambung MBA xpn management course.

HIDAYAH_MUTIARAKU said...

sbr la kak noli..mai nk komen mcm miss young pon mai xbrani...sbb mai xd pnglmn kuat dlm bidg keje...stkt doa n smangt je yg mmpu mai brikn...klau hti akk kuat nk ke utra...pegi la kak..cube dlu...tbhkn hti...mai prcye akk bole...huu...

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi