Followers

Google+ Followers

Translate

Monday, February 1, 2016

Sudah Tiba Waktunya Saya Pulang

2012
Aku meminta izin berkelana,
Keluar meneroka dunia luar,
Saat itu aku juga keliru,
Keliru memilih jalan yang mula bercabang-cabang,
Nekad yang aku buat mungkin di luar pemikiran,
Berjanji berikan aku peluang 5 tahun untuk mengembara,
Sehingga aku terdampar di sebuah pulau,
Memulakan tugas sebagai pembantu penyelidik dengan gaji harian.

2013
Kontrak kerja disambung lagi,
Selangkah aku memulakan penulisan,
Kisah Homestay Lenggong Perak,
2 tahun lenggong menjadi rumah kedua,
Mendaki banjaran titiwangsa mencari bangkai kapal terbang,
Bertemu tapak kaki sang belang,
Berbot kehulu dan kehilir sungai Perak,
Menjejak masjid-masjid lama untuk kajian motif rekaan,
Memegang debu gugung berapi dari indonesia,
Menjejak mitos dan segala bentuk gua yang ada kisahnya,
Batu-batuan meteor yang terdambar membentuk kawah,
Tapak Perak Man dan penemuan kulit siput di atas gunung,
Air terjun dan segala lata beriramakan bunyi unggas dan burung,
Hijau yang mendamaikan apatah lagi musim buah-buahan,
Tok Penghulu segala mukim kita dating,
Sehinggalah terhasil sebuah buku keluaran DBP,
8 bulan mengarang dan memerah minda serta tenaga,
Akhirnya aku terdampar tak bermaya untuk meneruskan pengajian,
Penyelidikan yang tidak mampu aku habiskan hingga penghujung,
Namun masih diperlukan dalam kajian kerana masih banyak yang belum selesai.

2014
Tiada alasan kukuh untuk aku tinggal di pulau ini,
Kerana aku temui sesuatu yang indah dalam hidup aku,
Ini sebenarnya kenapa aku masih di pulau ini,
Inilah sebabnya aku nekad menyambung pengajian,
Bukan dalam impian untuk mengambil ijazah,
Mengajar bukan bidang aku,
Tapi aku sayang untuk tinggalkan kelas-kelas yang telah aku mula cinta,
Cinta sedalam-dalamnya,
Semua kelas talaqi, kelas tajwid, kelas asas quran, kelas perbandingan agama,
Jalan yang aku nampak hanya daftar belajar,
Supaya aku ada alasan masih disini,
Agar juga tahun 2015 aku dapat pergi mengadapNYA dengan tenang hati,

2015
Masa diberi mengaji 2 tahun,
Alhamdulillah dapat diselesaikan dalam masa setahun setengah,
Bantuan Allah beri depan belakang kiri kanan atas bawah tanpa henti,
Saat rasa terjatuh bertimpa-timpa, ada yang datang menghulur tangan dan kaki,
Suntik menyuntik sesama sendiri kerana belajar itu bukan mudah,
Sampaikan penyelia lelah memiliki anak murid seperti aku,
"awak seorang yang slow leaner, tapi awak ada usaha, saya bukan nak lihat awak sekarang tapi saya nak lihat akhirannya"
Apabila tersenarai dalam 4 nama KIV,
Membuatkan aku lebih tabah dan semakin kental,
Sekali aku sudah membawa 1 kaki ini, aku akan bawa kaki kedua hingga penamat,
Sama seperti aku memulakan dan menghabiskan larian,
Sampaikan marathon pun aku pakai baju terbalik,
Nampak tak lelahnya belajar ini?,
Semua itu menjadikan aku lebih dan lebih bermotivasi,
Alhamdulillah orang petama yang hantar thesis lengkap,
"mana awak belajar buat method dan analisis tu?"
"siapa ajar awak", "saya nak guna analisis awak untuk kelas saya, boleh?"
"Dr. juga kata, ilmu tiada dalam satu buku sahaja"
"Inilah akhiran yang saya mahu, awak faham, lepas ni boleh ajar orang lain, puas hati?"
"Sangat puas hati Dr."
Tiada apa yang sia-sia dalam hidup ini kerana semua adalah proses pembelajaran,
Alhamdulillah kelas-kelas agama yang aku masuk juga berjalan lancar, lulus cemerlang,
Selari dengan pengajian ijazah, cuma satu je,
Panggilan bertemuNYA aku tangguhkan lagi buat kali kedua,
Saat itu aku rasa keputusan yang paling payah dalam hidup ini,
Allah sebaik-baik perancang, Aku bukan orang terpilih tahun itu,
Orang lain berebut -berebut untuk dijemput,
Tapi aku menangguhkan lagi setelah penangguhan pertama 2007,
Ada hikmahnya yang aku sendiri tidak tahu,

2016
Tahun terakhir aku mengembara,
Tahun yang lebih mematangkan,
Tahun yang lebih mengembirakan,
Tahun yang mengharapkan rezeki yang lebih barokah,
Tahun yang punya impian lebih nyata,
Tahun yang lebih bersemangat dari sebelum-belumnya,
Tahun yang bukan sebarang tahun,
Tahun yang mendidik diri sendiri,
Tahun yang bakal berakhir sekelip mata,
Namun berusahalah umpama anda akan mati esok harinya,
Aku akan terus melangkah, meneroka, berkongsi dan menikmati ciptaanMU,
Terima Kasih Allah atas segala nikmat yang Kau pinjamkan ini,
Dengan nama Mu aku ingin hidup,
Dengan nama Mu aku ingin mati.
















No comments:

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi