Followers

Google+ Followers

Translate

Friday, December 3, 2010

meow oh meow

Assalamualaikum.
Apa khabar semua. Harap kalian semua berada dalam keadaan sejahtera dibawah lindunganNya. Lama juga tidak berkarya. Hari aku nak bercerita mengenai kucing-kucing di rumah aku. Macam-macam ragam. Kalau ada sesiapa yang berkongsi minat yang sama dengan aku pasti sudah tahu apa yang akan aku ceritakan.

Apabila berbicara topik KUCING.ha pasti pelbagai cerita akan keluar. Kucing pun boleh jadi topik kite berbual.Betul tak ? Sejak berpindah rumah baru ni, aku cuma bawa 2 ekor saja dari rumah lama. Yang lain-lain kami hantar kat pasar harap mereke masih hidup dan sehat hingga hari ini. Nak dijadikan cerita seekor mati dilanggar kereta. Tinggallah jantan seekor. Kami panggil Si Tam atau Abang. Dia ni senang je jaga. Tak banyak ragam. Siang tidur bangun mintak makan bising-bising di dapur, kalau lambat layan nanti Abang merajuk. Abang suka makan ikan selar kuning mentah. Tapi nasi pun dia makan juga. Abang ni macho. Kalau dia gaduh tak ingat lain. Terkam kejar tak bagi lepas. Hero la katakan. Suka tido atas katil. Badan dia memang besar. Luka-luka kesan gaduh memang banyak tapi dia tetap comel. Tak tau ar kekurangan atau kelebihan,Abang ni jari ada banyak. Sebab tu macam sedap je kalau dia tampar masa gaduh. Tapi dia fail klu bab panjat. Mungkin gak sebab badan dia berat. Satu lagi Abang ni cool je.

Kemudian datang lah kucing terbiar tu. Nak dijadikan cerita aku baru dapat 5 anak buah baru. Sekarang kat rumah aku ada 10 ekor.wah banyaknye. Sikit hari lagi pasti akan membebel bila anak-anak tu dah pandai berjalan-jalan. Sebenarnya aku bela 3ekor tapi yang datang tanpa diundang tu yang membuatkan jadi 10 ekor sekarang.

Mangga dan Oren ni pun anak pendatang. Masa kecik-kecik selalu sakit, tapi dah besar ni ok nampaknya. Si Mangga ni si cerdik. Dia suka tengok tv. Aku pun tak tau dia faham ker tak. Nanti sibuk lah duduk depan tv kemudian tangan sibuk capai gambar yag bergerak dalam tv. Kadang-kadang geram sebab macam dia sowang je nak tengok tv. Nyebok jekn.(tp suka tgk gelagat dia walaupun mulut bebel2..hehe)Kalau aku ngadap laptop pun sama. Sibuk nak menaip sekali. Lagi satu dia ni suke gigit jari kaki dan tangan manusia. Tu tanda minta makan ler.

Oren ni dari kecik suka panjat. Terjun sana sini. Tu yang kaki dia tak berapa kuat. Sampai besar pun dia memang suka lari sana sini. Sampai terseret-seret. puuuuk jatuh badan. Oren lak suka tido tempat pelik-pelik. Atas almarilah, dalam kotaklah,atas peti ais,dalam kasut,kalau nasib tak baik dia akan tido dlm tibunan baju yang belum berlipat tu.

kontot ngn ibu baru beranak...adik aku bagi nama upin,ipin.kiki.lala dan nama merah ayah yang bagi. Upin,ipin,kiki dan lala kecik lagi, letak dlm sangkar. Merah dh besar,dah pandai lari2,main2 tapi kesian tak ada kawan.Merah comel sangat, memang warna kucing idaman aku,warna oren bulunya. Merah anak abang.sebab jari kaki ada banyak. Depan ada 7 belakang ada 6,badan besar,jantan,mata biru.kalau lari terkedek2.

seronok dapat main2 dengan meow,bagi mereke makan,tengok mereke sehat membesar,kadng2 syok membebel kat meow sbb dia tak boleh balsa apa yang kita bebelkan..hehe..aman dunia..meow oh meow..di mana juga ko pasti ada...

No comments:

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi