Followers

Google+ Followers

Translate

Friday, June 22, 2012

bila mak berkata-kata

Keterbatasan masa dan jarak yang sangat jauh membuatkan aku gelisah sekian lama tidak bertemu keluarga di johor bahru. Ada saja halangan atau tugasan yang membantutkan langkahku pulang ke Johor. Sebagai ganti dan pengubat kerinduan kerap kali la juga mendail no telefon rumah. Apabila panggilan disambut dengan suara yang merdu sehat, terus tenang seluruh jiwa ini. Syukur mak ayah sihat walaupun melalui suara.

Sekian kali juga aku meminta maaf kerana tidak dapat kerap pulang ke rumah. Walaupun mereak faham tapi aku dapat merasakan perasaan kerinduan berjauhan. Emak terutamanya kerap berpesan keje elok dan pandai-pandai berjimat.''tak payah lah hantar duit kat mak ayah, simpan untuk awak belanja" sayu terharu semua bercampur baur.

Aku kata tak apalah sementara gaji sekarang tengah besar tak macam dulu2 ratus2 je gaji aku, bape keping je aku bagi kat mak ayah. Sekarang ni aku bagi separuh dari gaji aku. Lepas untuk aku baya sewa rumah dan makan minum cukuplah. Aku tahu sebab apa mak kata macam tu,dia tak perlukan duit yang aku bagi tapi mereka memerlukan aku disisi mereka. ia lah ,celah gigi je kot apa yang aku bagi pada mak ayah tu.tak terbalas rasnya jasa mereka.

Kat sini aku belajar macam-macam perangai orang dan liku2 simpang siur. Semua kena buat sendiri. Semua kena fikir sendiri. Ada masalah pun kena selesai sendiri. Tak mahu mak ayah risau. InsyaAllah segala pesanan akan terus tergam dalam fikiran aku ni. Terima kasih kerana mendidik aku dari kecil dan aku akan cuba aplikasikan dalam kehidupan dunia yang penuh mencabar sekarang ini. Mak doakan along dapat keje yang lebih baik dari sekarang yer. mak jangan risau sebab nasihat mak ayah semua dalam poket along. Kawan2 along pun baik2. Apapun along ikhlas dan harap mak sudi terima walaupun sedikit duit gaji along tu.sayang mak ayah dan my bro fuad.


No comments:

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi