Followers

Translate

Wednesday, June 6, 2012

Kita Tidak Mampu Buat Semua Perkara

Kita mungkin nampak besar tapi sebenarnya tenaga kita kerdil.
Kita selalu nampak 'gah' di mata orang tetapi kita lemah banyak perkara.
Kita berbual banyak perkara tapi sebenarnya banyak lagi kita tak tahu.
Kita menyusur pelbagai lebuh raya tapi lurah dan belukar perlu diterokai juga.
Kita menari gembira kerana berjaya namun terlupa bersyukur padaNya.
Kita mengeluh ditimpa bencana tapi lupa bencana itu hadiah indah buat kita.
Kita ego boleh buat semua kerja tapi kita lebih hina jika malu meminta pertolongan.
Kita marah di timpa musibah tapi sebenarnya Allah sangat sayang pada kita.
Kita kata pandai banyak perkara sedangkan ia sebenarnya terlalu sedikit untuk kita.
Kita kononnya sudah buat banyak kebajikan sedangan tak cukup lagi nak bawa pergi syurga.

Jangan anggap apa yang kita tahu atau fikir, 
semua orang akan tahu dan jangan anggap apa yang kita tak tahu, semua orang juga tidak tahu. 

Kerana kehidupan ini saling perlu melengkapi,
memerlukan dan tutup-menutupi kelemahan.

Jangan jadi manusia yang ego dalam banyak perkara kerana sedikit pun tidak menguntungkan diri kita.

Jika kita jatuh, maka bangkitlah dengan gigih.

Jika terputus panduan, maka berenanglah ke jalan asal

Jika buta penglihatan, maka celiklah dengan mata hati.

Jika sesat meneroka, carilah Al-quran sebagai kompas mengembara.

Ingatlah kita hamba yang tidak mampu berbuat semua perkara tanpa pertolongan,
sekurang-kurangnya janganlah ego memintan didoakan kebaikan untuk diri kita.

Mari sama-sama perbaiki diri menjadi Hamba Allah yang Ikhlas Hidup dimuka bumi dengan oksigen yang percuma telah Allah kurniakan
InsyaAllah 
Amin

No comments:

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi