Followers

Google+ Followers

Translate

Thursday, April 5, 2012

jangan memberi dan jangan menerima...INGAT!!!

Selalunya kita mendengar dari setiap sudut bahawa tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima bukan? tetapi hari ini saya ingin berkongsi bahawa jangan sesekali memberi dan menerima. Bukan sahaja salah, malah haram dan tidak dapat sama sekali disamak dengan air tanah. Kalau boleh pun tang mana nak disamknya. Cuba teka apa yang saya ingin sampaikan. Topik kali ini saya ingin kongsikan setelah membaca sebuah buku ilmiah terbitan telaga biru.

Dah habis fikir? RASUAH dan RIBAK. Ini antara yang remeh diperkatakan terutama dikalangan umat islam. Kalau bercerita topik B*B* atau A****G pasti semua tahu bahawa hukumnya apa, namun bagaimana dengan rasuah dan ribak. Kalau tersentuh haiwan atau seangkatannya kita boleh menyamak bukan? Kadangkala kita tidak nampak hukum kerana kita sudah terbiasa buat sampai tak sedar telah buat salah dalam ribak dan rasuah.

Nampak tak yang memberi dan menerima ini tidak patut sesekali terjadi. Ini akan sangat memberikan kesan buruk dalam hidup kita. Mereka yang memberi dan menerima sudah mengetahui yang perkara ini tidak baik tetapi masih melakukannya kerana sudah terbiasa. Jika sudah sedar pun perlu ke disamak hati, tangan yang memberi nak menerima, samak bibir yang memakan hasil ribak dan rasuah ini. Cuba anda fikirkan. bertahun-tahun bergelumang dengan gaya hidup begitu memberi dan menerima?

Setiap titik darah terjadi dari apa yang kita makan. Namun sudahkan anda pastikan bahawa yang masuk ke dalam mulut kita dan ahli keluarga kita itu puncanya halal. Makanan memang halal tapi mana punca duitnya. Pada ketua keluarga tu beringatlah mana punca rezeki anda. Kerana disini peranan anda memberi kepada keluarga amatlah berkesan. Yang menjadi punca sumber makanan. Jangan di salahkan jika anak isteri dan ahli keluarga tidak mendengar kata, degil, bermusuhan dan sebagainya. Persefahaman dan kebahagiaan itu terletak di hati, namun jika sumber makanan hati juga dari perkara yang kurang enak, bagaimana hendak mendapatkan yang terbaik. Oleh itu mari kita semak punca semua ini terjadi. Biarlah sedikit wang atau makanan atau jauh dari kemewahan tapi berkat dan barakahnya Allah telah janjikan. Jangan biarkan hati, jiwa, kehidupan kita terus dibelenggu dengan perkara yang tidak mampu disamak dengan apa cara sekali pun. Sekadar perkongsian...

No comments:

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi