Followers

Google+ Followers

Translate

Tuesday, April 10, 2012

janganlah terlalu sayang(rapat) atau terlalu tak sayang(jauh)

assalamualaikum..korang sehat?Aku nampak je sehat padahal dekat 10 kali buang air besar. Tah dimana silap makannya.Ok aku nak olah satu topik tentang jangan terlalu sayang. Boleh di katakan sayang terlampau la. +200 % gitu.

Sifat sayang ni terlalu subjektif untuk diukur. Tidak kira pada sesiapa malah kepada haiwan juga kita akan rasa sayang. Bila kita sayang akan sesuatu, kita pasti akan jaga dengan baik namun bagaimana jika kita terlalu sayang? Kecewa jika rosak,terpurus,pecah, hilang dan sebagainya. Sayang boleh tetapi jangan berlebih-lebih. Nanti pasti anda tidak nampak apa yang tersirat berlaku. Mesti anda membantah apa yang aku cuba sampaikan. Pendapat masing-masing la kan.

Aku bagi contoh mudah. Korang pi pegang sebatang pen dengan jarak yang selesa. Korang akan dapat melihat sifat fizikal pen itu siap dengan jenamanya sekali. Cuba korang rapatkan betul-betul hampir pada mata korang. Korang nampak ke lagi sifat fizikal pen itu? Pasti tidak bukan. Begitulah yang aku ingin sampaikan pada korang agar jangan terlalu rapat dan jangan juga terlalu jauh kerana pasti kesalahan itu akan korang pandang sebelah mata.

Pada diri aku sendiri pun aku pernah terlalu sayang pada seekor kucing bernama merah. Pada waktu kecil pandai berak dalam tandas tetapi setelah semakin remaja semakin degil jadinya. Selalu berak belakang meje televisyen di ruang tamu setiap hari setiap pagi. Disebabklan terlalu sayang, aku tutup sahaja sebelah mata kesalahan si merah itu. Tanpa marah tanpa merungut dengan rela hati akan membersihkan sisa buangan si merah tu. Sikit pun aku tak rasa terbeban dengan keadaan itu malah sangat rela hati. Akibat terlalu sayang sampai kesalahan berak pada tempat yang tidak sepatutnya aku abaikan tanpa sedikit marah @ dendam. Sekian si Merah yang telah pergi buat selamanya setelah ditahan di icu selama 4 hari terkena penyakit virus kucing.

So janganlah terlalu sayang(rapat) atau terlalu tak sayang(jauh)

No comments:

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi