Followers

Translate

Thursday, April 25, 2013

Berkongsilah walaupun sedikit wahai saudaraku

Niat yang baik, terbukti Allah sangat membantu. Setelah seharian berseminar di Sungai Dua, konon lari dari perasaan tertekan dengan situasi ketika itu. Mengikut seminar sekadar ikut-ikut namun intipatinya memberi kesan mendalam hati kecil ku.

Sejak itu tertumbuh dengan pesat dalam lubuk hati untuk membantu tidak kira dalam apa jua yang terdaya. Sedar diri ini tidak sempurna, tidak berharta apatah lagi hidup mewah. Namun aku punya kudrat tulang empat kerat. Rupanya ramai lagi sahabat sekeliling sendiri yang perlu dibantu. InsyaAllah akan ligat saya fikirkan untuk bantu, lagi-lagi yang sedang menuntut ilmu.

Selagi kita berkongsi rezeki insyaAllah rezeki itu sentiasa ada. Memang serius mencari, google, tanya rakan-rakan. Saya mula mendaftar mana-mana badan sukarelawan di internet. Tak tahu kenapa hati ini merontan untuk berbuat sesuatu. Orang susah memang ramai, tapi kalau susah sebab malas berusaha, itu tak payah tolong.

Terus mencari dan mencari mana-mana sumber yang boleh saya salurkan kudrat saya ini. Kadang-kadang kesusahan itu akan buat kita insaf. Syukur, masuk hari ketiga, pencarian berakhir di Fb. Berkenalan                                                          
dan mengatur program. Mudahnya Allah mengatur dan melancarkan segala yang dirancang. Setelah 3 hari berbincang maka Rumah Permata Kasih menjadi pilihan. Ini semua idea kak yasmin. Tak kenal pun beliau ni dan jumpa buat pertama kali semasa di Rumah Permata Kasih.

Sudah mula yakin untuk teruskan niat menyertai lawatan ke rumah anak yatim tersebut. Pada asalnya memang malu untuk bercerita yang kita sedang mencari sumbangan dari rakan-rakan. Nanti dikatakan untuk menunjuk atau tipu meraka. Alhamdulilah niat yang baik sekali lagi Allah tolong.                                                                                            
Pelbagai sumbangan termasuk pakain terpakai. Duit
yang dapat kami kumpul kami belikan barang keperluan. Alhamdulilah dan syukur. Terima kasih pada semua yang sudi menyumbang.

Semuanya berlaku selang 3 hari. Perjalanan pun Allah mudahkan. Pada hari penetapan lokasi mana yang akan dikunjungi, berkenalan dengan seorang Dr xxxxxxx dalam sebuah mesyuarat. Perkenalan berlarutan hingga ke bilik Dr. Agak pelik juga baru berkenalan banyak perkara yang agak peribadi diceritakan. Termasuk kisah hidup beliau yang baru naik bercuti akibat penyakit yang sangat ditakuti oleh semua wanita iaitu kanser rahim.

Nikmat dan hidayah Allah itu kalau nak dapat bila-bila masa Allah berikan. Jika Allah nak tarik pun, bila-bila masa Allah kehendaki. Terlalu banyak perkara yang menyentuh hati. Terlalu banyak akhirnya menitis jua air jernih di pipi. Bukan kisah Dr tidak dapat kesekolah seperti orang lain seusianya, bukan juga sebab penyakitnya, bukan juga sebab kepayahan mengambil PHD setelah 14 tahun bersabar kerana masih ramai adik-adik yang perlu mengaji. Tetapi air mata ini tumpah sebab masih ada student USM yang bekerja menyelongkar tong sampah dan kawasan kontraktor mencari besi untuk menampung kehidupan di USM.

Tidak berkocak ke hati kalian mendengar? Saya bukan hendak meminta simpati tapi mahu terdetik sedikit kesedaran dan kesyukuran dengan nikmat yang sedang kita miliki sekarang ini. Apa lagi nak. Bersyukurlah pada Allah. Diizin Allah saya ingin berkenalan dengan student tersebut. Jangan salahkan ibubapa tidak mendidik atau bertanggungjawab, jangan salahkan universiti tidak ambil tahu, jangan salahkan pihak pentadbiran Malaysia. Student tersebut mencari wang tambahan untuk menyambung PHD. kerje basuh pinggan di kantin-kantin sedangkan ada Master. Betapa sukarnya mencari sesuap nasi.

Selamat kembali bertugas Dr. Moga Dr sihat dan ceria memulakan hari-hari yang Allah telah beri peluang ini. Ingatlah ajal maut, jodoh rezki semua di tangan Allah. Tidak salah mengejar pangkat atau nama, namun saham akhirat jua yang akan kita bawa mengadap Yang Esa.

Saya juga insan biasa dan banyak silapnya. Tegur dan bimbinglah jika saya tersesat atau lemah dalam melalui  nafas-nafas di muka bumi ini. MasyaAllah, Allah yang bijak mengatur segala apa yang terjadi pada saya kebelakangan ini. Apa yang penting adalah niat.

Teringat dialong dalam teater Sultan Muhamad Al Fateh semalam di Panggung Budaya USM:

(situasi sibuk berperang)
"kenapa kau tidak bunuh aku?"
"tadi aku hendak bunuh kau kerana Allah, tetapi setelah kau ludah muka aku, aku menjadi marah. Aku tidak mahu membunuh kau kerana kemarahan ku. Sertailah agama kami dan kau akan bebas hidup dalam kerajaan kami"(sempat lagi berdakwah).
"argh aku  tidak mahu"
"maka aku akan bunuh kau kerana Allah"

# betapa niat itu perlu diletakkan pada tempat yang paling tinggi, apatah lagi niat kerana Allah dalam melakukan sesuatu#

Dikongsikan web alamat blog Rumah Permata Kasih, Moga Allah detikkan hati anada yang membaca untuk menyumbang pada saudara islam kita yang memerlukan bantuan ini. Berkongsilah rezeki yang dimiliki, insyaAllah barakahnya ada nanti.
http://rumahpermatakasih.blogspot.com/

No comments:

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi