Followers

Translate

Tuesday, March 27, 2012

stress giler tahap meow2..

Setelah beberapa bulan berkelana berjauhan dengan keluarga. Baru terasa kerinduan dan tahap kesengsaraan kerana semua perkara perlu dilakukan sendiri. Itulah yang dinamakan cabaran dalam kehidupan. Mak selalu berpesan selalulah jaga diri, tingkah laku, jangan balik lewat, makan tu jangan sembarangan nanti sakit perut. Maklah yang paling banyak susunan nasihatnya. Kalau ayah senang je, apa khabar, buat apa, keje ok? dah makan ke dan paling best kalau tak ada duit bagi tau...haha..aku tak akan minta kot..Ayah memang selalu macam tu. Suka sangat bagi duit dan sering kali juga aku menolak. Bukan apa saja memang nak merasa kesusahan, tak nak bermewah sangat. Tapikan relex2 je..berjimat cermat, usaha sendiri, baru kita tahu bagaimanakah perjalanan sebuah kehidupan. Kalau tak dulu kat rumah semua makayah dah sediakan. Sayang dan rindu kat mak ayah..haha sian kat adik aku, terlupa kat dia..mestilah ingat sebab dia janji nak topupkn tiap bulan. Jadilah. Rm 10 @ 30, dapat gak aku berjimat.

Apapun aku rindu kot meow2 aku. Rasa cam guling-guling jer rindu kat meow. Rindu kat orang boleh dengar suara walaupun tak jumpa. Rindu kat meow nak buat macam mana. huhu.. Tengok gambar meow lain la tak pun mana-mana meow pun kalau jumpa bolehlah di belai. Sifat meow ni boleh buat hilang stress. Pada adik kelip-kelip yang tak bape nak percaya kaedah ni..cube la try..pasti berkesan..
Apa pun aku menulis ni sebab rasa strees gak dengan keje membaca ni..gaga..7 buah buku yang tinggi ni..nasib lom pai masa muntah hijau la..kalau dah muntah hijau tu dah jadi ingredible hark..(orang badan hijau tu)
 (gambar ni pernah aku hantar peraduan "si comelku sayang" dan mendapat hadiah pemenang mingguan dengan hadiah makanan meow yang pelbagai jenis berjenama smarthard,jimatlah beli makanan meow selama 3 bulan)

Dan yang paling penting petang ni aku nak g teroka kolam yang ada kat sini untuk aku lepak tengok dan bagi makan ikan. Itu pun sebahagian aktiviti aku untuk menghilangkan stress sebab satu masa dulu aku pernah bekerja dengan keadaan sangat strees. Dan setiap hari akan beli roti semata-mata untuk lepak di kolam sambil memberi ikan makan. Untung sabut jumpa juga haiwan lain. Apa yang paling penting kenapa kita akan merasa tenang bila melihat haiwan adalah kerana haiwan itu akan sentiasa berzikir. Mungkin secara tidak langsung kedamaian itu meresap dalam diri kita yang menikmati keindahan ciptaan Allah itu.

jumpa lagi..
meowmeowmeowmeowmeowmeowmeowmeowmeowmeowmeowmeowmeowmeowmeowmeow

Sunday, February 26, 2012

Berdating di stadium.

Intan oh intan. Jejauh aku datang nak jumpa ko, ko bawak aku berdating di stadium. Dalam banyak-banyak tempat kat UTM tu stadium juga ko ajak aku berdating...haha..kelakar pun ada, tapi seronok juga kan. Ingat janji kite untuk next lokasi dating nanti insyaAllah.

Seronok la dapat bercerita dan tahniah kerana telah menjadi student. Ingat, jangan sesekali ko berputus asa walau segunung mana cabaran yang akan ko lalui. Terima kasih kerana telah meluangkan masa bersama dan aku sangat hargai. Melalui masa-masa yang sangat suntuk tetapi kurasakan sungguh bermanfaat. Bercengkerama di stadium, kemudian berpoye-poye di pasar malam. Yang paling aku hargai menemani dan membantu ibu. Sory kerana mencuri masa ko terlalu lama kurasakan.

Friday, February 24, 2012

Tersesat lagi

Hahahahaha....rasa nak gelak pun ada, geram pun ada. Semalam aku tersesat lagi. Mungkin disebabkan kepadatan tetamu awam yang sesak menggunakan rapid 301 aku terlepas stesen yang sepatutnya aku turun. Sudah la laluan 301 lebih jauh dari 303 jadinya menapak la dengan penuh syahdu dan tersenyum sendiri akibat kegagalan turun di tempat yang sepatutnya. Tak pasal aku kena berjalan hampir 35 minit. naik bus baru 15 minit. Menapak pun seronok juga sebab terjumpa meow warna oren. Sudah la tu berbulu panjang. Giler comel.
Memang tidak dinafikan suasana sekarang sangat berbeza. Walaupun hidup dalam rumah kotak yang tinggi dengan kawalan ketat pengawal namun untuk sampai aku perlu melalui sebuah kampung di tengah kesesakan kota. Jumpa kambing,ayam, meow...memang brutallah kampung ni. Seronok walaupun penat menapak setiap hari. Hari ni balik lambat so saing dengan budak balik sekolah. Terjumpa budak-budak main gasing,main kejar-kejar dan macam-macam lagi gelagat. Ramai member kat sini(ikan kelisa). Geram je rasa...
Apapun aku belajar sesuatu dari kesesatan perjalanan ku hari ini. Orang lain tidak dapat baca apa yang kita fikirkan melainkan kita meluahkan dengan kata-kata atau perbuatan. Maka bertanyalah atau tekan loceng jika sudah tersesat jalan....
Harap tidak tersesat lagi hari ni wahai khairiah...

Wednesday, February 22, 2012

aku tersesat jalan

Aku tersesat jalan.tah mana-mana jalan aku lalui kat lorong tu setelah turun dari bus 301..selaluny aaku naik 303.yakin je.Masa hari pertama dengan kedua aku di bantu oleh seorang makcik yang kebetulan melalui jalan yang sama ingin aku tuju. Alhamdulilah Allah permudahkan urusan ku.
Sayangnya hari ini aku tersesat. Temui jalan mati dan banyak anjing. Lalu tepi kubur lagi.Selalunya aku naik bus dalam 10 min je dan jalan kaki dalam 20 min. Hari ini penat aku bertambah kerana berjalan kaki lebih 30 min.
Tapi yang seronok jalan kaki sesat tu aku jumpa banyak meow kat rumah-rumah tu.Aku kan giler meow, so berbunga-bungalah hati. Dah tu dalam kerisauan jalan mana yang harus aku tuju, aku mengangkat tangan pada seorang makcik dan dia menyapa ''baru balik ker''?. Aku membalas ''yer  makcik. Bertemu pula dengan kanak-kanak dalam umur 7/8 tahun menolak basikal. Aku cuba tersenyum. Yela takut tetap ada. Sudah la melalui kampung orang. Hilang sedikit kerisauan dan keletihan tatkala budak itu membalas senyuman ku.
Sungguh terasa diri ini tidak keseorangan di tengah-tengah kawasan yang sangat asing bagi ku. Harap aku tak sesat lagi esok...;)

Tuesday, February 21, 2012

Bila ada A.G.A.M.A........

Bila ada agama, kerje biasa pun dia akan gigih dan tak akan putus asa, amanah kerje halal.
Bila ada agama, miskin pun tetap bahagia sebab saling sayang dan anak2 pun sayang.
Bila ada agama, anak2 terbela terdidik Allah akan beri rezeki ikut cara lain.
Bila ada agama, kalau gaduh pun tak lama.
Bila ada agama, tenang ja sentiasa.
Tu sbb pentingnya agama.
Kalau ada rupa harta kaya kerjaya status pangkat tanpa agama, memang tak dak makna........
Tak bahagia

* pandangan dari seorang sahabat yang aku ceduk dan sisipkan disini dengan keizinannya untuk aku letak di blog aku. Terima kasih atas perkongsian dan pendapat yang hebat itu. Letakkanlah AGAMA ditempat yang tertinggi,insyaAllah DIA menjanjikan sesuatu yang istimewa dalam hidup ini.

Thursday, February 16, 2012

wawawa...dah berapa hari tangan ni tak pegang rubik....

rubik buat teman tido jer..
wat pandang2 jer.
sekarang ni kitaran hidup aku dah jadi lain..
sangat-sangat berbeza.
aku pun tak pasti apa yang aku buat ini keputusan yang tepat atau tidak.
semuanya baru dan sangat berbeza.
 wah cabaran dah pun bermula..korang yang membaca blog aku yang merepek terus ni..
doakan la aku dapat buat keputusan yang betul.
ditabahkan hati dengan sekental-kentalnya,
jika telah membuat keputusan ditetapkan hati,
jika belum dipandu untuk membuat keputusan yang betul,
dipermudahkan segala urusan,
dilimpahkan rezeki halal seluas-luasnya,
 di ukhuwahkan dengan semua sahabat ditempat baru yang sangat asing bagi aku
ditetapkan iman serta kesihatan yang berpanjangan..
terima kasih kerana mendoakan aku..
terima kasih kepada saudara syed putra yang telah menjebakkan aku..
selalu duk marah aku keje dah siap ke belum..haha..
aku rindu kat orang johor....
waawawawawawawa....
wawawawawawa...
wawawawa...
wawawa...
wawa..
wa..

Sunday, February 5, 2012

CUBE RUBIK AKU DAH SIAP......HOOOOREEEYYYY

HIPHIPHOREEEYYYY........................
Akhirnya cube rubik yang aku pening kepala buat selama ni siap juga....nampak tak kotak putih dan biru kat atas tu bukti dah siap. Mula-mula memang ego la main je tapi jadi stress bila orang asyik tanya bila nak siap atau boleh ke buat. Akhirnya aku tengok la kat utube. Tapi nak buat yang last layer tu memang susah gak. Tengok dalam utube memang la senang.. cer try buat...haha terkial-kial. Tapi siap gak....melompat-lompat tunjuk kat adik mak n sms kt kwn....huhu....mak kata berapa lama awak buat,siap gak. Sebelum tu ada share kisah menarik dengan adik semasa makan malam. Selesai makan malam main rubik dan mision complete. Bahagia. Harap terus bahagia dihari mendatang.

So sekarang dah tak ada mainan lagi...aku ada 6 jenis mainan rubik cume belum tercapai hajad nak cari yang bulat.....Kalau korang tau ada kat mana jual bagi tau yer...dalam hati dah tak nak main lagi rubik wat masa ni sebab tau rubik bulat susah nak cari...if terjumpa suatu hari nanti baru on balik main rubik. Kawan keje aku kata masa kecik aku tak bahagia sebab tak puas main. Sebab tu dah besar masih mein-main lagi. Terpulanglah nak cakap apa, mainan ni mahal so tak berbaloi kalau aku mintak makayah belikan,baik beli makanan atau barang sekolah masa kecik dulu. Selain tak kena bebel. hehe... Aku mula simpan kerete pun selepas PMR, memang kumpul duit sendiri baru beli. Mainan rubik yang aku ada ni  memang la nampak biasa tapi ada yang mencecah RM 80 sebuah..Yang murah pun aku layan beli kat kedai runcit je rm 6...Aku main saje nak menggerakkan minda. Mungkin ni cara aku hiburkan diri....Tak perlu nak bercuti jauh-jauh,tak perlu nak berkaroke mahal-mahal, mainan pun menghiburkan selain tengok kartun...

CUBE RUBIKS
SETI TIGA RUBIK
SILINDER RUBIKS
SNAKE RUBIKS
TWIST RUBIKS
RUBIKS 360 DARJAH;
:
:
:
:
BALL RUBIKS
?
?
?
?
SATU HARI NANTI

siaaaaaan bossss rindu kat mak diaaaaaa....

Huhuhuhuhu....bos buat puisi. ayat macam d masalah jer besar je..bila ditanya rindu kat mak katanya.hohohoho..rupa-rupanya masalah rindu kat mak...sian bos aku rindu kat mak dia..sabo eh...sket lagi kan nak balik kampung...ni aku tangkap gambo and tolong post kat blog. Kot nanti mak bos kat kampung beronline boleh la baca. Mula-mula ingatkan bos nak anta kat majalah ujang ke apa ke..ye le sebab buat aku gelak baca bila bos guna ayat SENGSORANG. Perosak bahasa betul...hahaha...

Thursday, February 2, 2012

hari ni aku bangun dengan kekecewaan

Selamat pagi...aku macam tak ada mood nak menulis tapi tak tau nak cerita kat sapa apa yang hati aku rasa...cerita-cerita pun lum dapat keputusan. Pikiran dengan hati aku ni tengah berat memikirkan sesuatu..mungkin ada juga yang telah tau mungkin ada yang tidak..

Monday, January 30, 2012

nanti aku cerita..korang baca

aku ni dh mula mencintai mainan semula....nnt aku cerita..sebab  aku blur baru blik intibiu ni...nnt aku cerita....sambung....

Sunday, January 15, 2012

kehidupan ni macam rubiks

Wahai sekalian rakyat jelata...Ada satu pengumuman yang aku nak buat pada korang sume...nak tau tak apa dia..ha..aku dah giler...giler main rubiks....fall in love with rubiks....

Thursday, January 5, 2012

tak ada apa nak tulis

sebenarnya banyak sangat nak tulis
nak kasi lontar dari hati dan fikiran aku ni
tapi ia tak dapat digambar dengan kata-kata atau tulisan
biarlah aku simpan rapi di sisi pengalamn hidup ini

sebenarnya banyak sangat nak tulis
tapi semua karya dah berganti dengan air mata
dah berstory dengan kekasih hati dalam sujudku
adalah sedikit kelongaran dalam jiwa

sebenarnya banyak sangat nak tulis
tapi takut makin terguris dan terkikis
biarlah hatiku sahaja yang menangis
asal yang lain gembira tersenyum manis

sebenarnya banyak sangat nak tulis
entah sampai bila atau sudah tertulis
kerana Allah tu Maha Mengetahui
titipkanlah semangat dalam hati hambamu yang kerdil ini

sebenarnya banyak sangat nak tulis
tulis-tulis pun keadaan tak akan berubah
apa salah mereka dan aku entahlah
kejamnya dunia ni ke aku yang kejam?

sebenarnya banyak sangat nak tulis
dari dulu keadaan jarang nak berubah
lama kot...27 tahun sudah aku hidup..tapi syukur
emm tah la...asalkan mereka bahagia walaupun aku tak rela

sebenarnya banyak sangat nak tulis
walaupun rasa diikat dan terikat
tapi itulah hakikat dan sudah tersurat
dah tak boleh nak melompat-lompat

sebenarnya banyak sangat nak tulis
dah tak terlawan dek kudrat
terima jelah apa nak buat
mungkin ada yang tersiratkan

sebenarnya banyak sangat nak tulis
terima kasihlah atas semua pengorbanan
dicurahkan dengan kemewahan
mulut dikunci tanpa alasan

sebenarnya banyak sangat nak tulis
arggh senak dah fikiran aku
biarlah masa berlalu begitu
kerana keputusan sudah dibuat

sebenarnya banyak sangat nak tulis
kerana aku seorang wanita
lebih indah dipanggil anak dara
terima dengan hati terbuka+terluka

sebenarnya banyak sangat nak tulis
udah la tu,fikir yang baik belaka
jangan difikir nanti merana
keep smiling n life must go on

gogogo....
(tetiba teringat lagu got to go by najwa mahiaddin)

Saturday, December 31, 2011

Buletin 2011

Oleh kerana teralu lama tidak berkarya akibat kerosakan internet membuatkan hidupku jadi kaku seperti mayat tidak bernyawa. Banyak yang membeku terus di benak fikiran aku. Menjadi tidak keruan akibat luahan termendap di dasar hati. Lalu ingin ku gabungkan segenap suka duka sepanjang 2011 yang mungkin sebahagiannya adalah rahsia hidup yang tidak pernah aku coretkan dimana-mana. Eksklusif gitu. Dan nak buat korang muntah membaca.....hahahaha...

Sambutan awal tahun 2011 sebagai seorang penganggur dirumah. Kemudian diterima masuk bekerja di

Famarsi D’Apotic sebagai hadiah ulangtahun kelahiran ku. Seketika cuma, reti pula aku nak bermakeup2 ni. Kemudian diterima masuk sebagai kerani tapak di Gelang Patah namun memonopoli tugas di Pelabuhan Tanjung Pelepas(PTP). Turun naik lori tu perkara biasa la. Maki hamun tu dah jadi makanan setiap hari. Telefon bimbit adalah nyawa terpenting. Nak order barang, nak cari pekerja buat keje kat mana, nak minta kunci pintu dari pegawai PTP, kena sentiasa berkredit. Ada saja kerosakan menjerit-jerit la telefon aku tu nanti. Bayangkanlah satu pelabuhan tu aku cover, dapat aduan kerosakan, telefon anak buah pula untuk arahkan mereka ke lokasi dan selesaikan kerosakan. Muka aku memang muka tandas sebab masa aku masuk keje, company aku tengah kontrak repair tandas. Sebab tu aku jaga 1 pelabuhan kerana dimana ada tandas disitu ada muka aku termasuk juga me’repair’ pintu. Untung juga kerana semua tempat aku boleh masuk termasuk la bilik ceo PTP ditemani pegawai polis, tandas pegawai tinggi, kantin, gudang-gudang serta mana-mana tempat yang tersumbat. Pernah pecahkan tandas sebab mahu keluarkan bangkai ular, tandas tersumbat akibat seluar dan baju dalam. Bergelumang dengan najis setiap hari dan semakin hitam kerana jaga projek cat dan membuat jalan disekitar pelabuhan. Akhirnya aku jadi pandai menukar paip dirumah ku sendiri. Termasuk juga menampal sink bocor di rumah nenek. Perkara yang aku tak akan lupa apabila bos memaki hamun kami dengan perkataan ‘anak haram’ telah membuatkan aku meletak jawatan 24 jam. Muka aku memang ‘wanted’ sebabnya aku perempuan yang keje outdoor, pernah kena ‘stop work’ dengan bomba selama 3 jam kena ceramah sebab guna wayar nampak timah, masa tu baru je 4 hari aku bekerja dan yang paling aku tak akan lupa adalah kes dadah pekerja aku buat sampai tebal muka keluar masuk balai mengadap pegawai polis. 2 kali kena rush nasibla aku tak kena buat urine test skali. Sampai sekarang anak buah aku ni semua rajin call aku tanya khabar. Mungkin sebab aku rajin teman mereka buat keje dan sangat kuat membebel jika mereka main-main.hahaha…

Semasa bekerja di PTP aku memberanikan diri dengan menebalkan muka menyertai perlawanan badminton dan berkenalan dengan seorang staf selaku beregu dan kami telah mendapat tempat ke-4. Pasangan aku bernama kak asmah dari department workshop. Hadiah medal dan duit yang aku dapat aku belanja family sebab masa itu adalah hari ibu. Berkenalan juga dengan seseorang di fb iaitu Syed Hussin yang telah membawa aku kembali ke gelanggang badminton yang telah aku lupakan sejak tamat pengajian. Syed,zali dan kawan sepermainan,bila lagi kita ada masa masuk gelanggang bersama ye? Rindu nak main badminton dengan korang di ‘DJ SPORT’.

Mendapat hadiah sebuah beg yang tertera gambar ku sendiri. Terharu giler, sapa lagi punya kerja. Adik-adikku la Razanah Aini dan Rahila. Nak dijadikan cerita aku ni satu tempat kerja dengan Razanah Aini. Dia ni sangat la penyabar dan pendiam dan aku akan selalu buli dia. Kami selalu solat jemaah bersama jika ada masa rehat sama. Ada sesuatu dalam diri dia yang telah buat aku berubah, kalau korang penah baca blog aku korang tau la apa dia. Aku pun penah menyemak tangkap gambar masa along dia kawen. Macam dah kenal satu keluarga. Keluarga aku pun dah kenal keluarga mereka. Mak aku pun dah jadi kawan dengan ibu Fatimah. Ibu tengah berlawan dengan penyakit kanser. Yaya harap ibu kuat dan boleh sembuh serta ceria kembali. Yang lawaknya tah macam mana aku boleh berkawan dengan akak kepada Bruangcola ni. Hahaha..aku panggil aini bruangcola sebab dia memang kuat tido. Akaknya tu la dia si gadis manis Rahila. Kuat semangat ni orangnya tapi ada keras kepala sikit. Masa bruangcola masuk matrik ada la juga beberapa kali aku melawat dia,siap berpoye-poye ke Melaka lagi. Bila bruangcola gi sambung belajar tu yang aku jadi lebih rapat pada Ila. Semua orang pelik macam mana aku boleh kawan dengan dia sebab kami bukan sebaya,bukan satu sekolah, tapi tu la kawasan Tampoi kan. Penah dia teman aku g kenduri kawen, kawan-kawan tanya muka macam kenal,budak kempas kan,macam mana boleh kawan dengan aku..haha..kecikkan dunia ni…Mungkin kawan sekolah agama dia,sek rendah dia. Itulah persahabatan yang aku kira pelik tapi kenyataan benar.

Pada penghujung bulan januari, rumah nenek di kluang dinaiki air sehingga mak ngah terpaksa dipindahkan. Aku menghadiri kenduri kahwin sabahatku Wahida di Batu Pahat dan berkenalan dengan Helmi Anuar di dalam bas. Hujan lebat berterusan membuatkan aku dan fuad membuat keputusan bermalam di kampung namun keesokannya kami ‘dihalau’ balik selepas zohor oleh mak ngah kerana di khuatiri kereta kami terperangkap dalam banjir. Setibanya di johor berita air mula naik dihidu oleh kami dan selepas isyak mak ngah telah di pindahkan ke sekolah berhampiran. Pada Helmi Anuar saya minta maaf kerana tidak menjawab panggilan dan membalas sms awak walaupun sehingga hari ini awak masih tidak putus asa menghubungi saya hampir setiap hari. Saya takut ada yang berharap dan saya tak mahu memberi harapan. Awak baik dan saya berdoa agar awak bertemu dengan ‘orang rumah’ yang akan menemani awak di rumah yang baru awak beli itu.

Impian untuk berbasikal pusing perling juga telah tercapai sejauh 15 km melalui Bukit Indah, Jalan Rawa dan sampai ke Perling Mall, naik jambatan perling pusing ke Tan Sri Yaacob dan pulang kerumah di Bandar Selesa Jaya. Shimanoku telah berganti seat jenama WTB, semasa UTM mengadakan Giant UTM Mountain Bike Quest 2011, aku datang jadi penyokong dan jumpa kawan-kawan basikal dari KL jer..hihi Dan yang paling best dapat pinjam dan cuba basikal Off Road yang bernilai ribuan ringgit. Nampak macam berat je tapi ringan macam kapas. Terbaiklah.

Pada 25 Jun meow kesayangan aku telah kembali menemui penciptaNya. 4 hari di masukkan ke ICU di Pet World Nusa Bestari akibat terkena virus kucing. Panggilan dari doctor pagi sabtu menyatakan merah telah tenat membuatkan aku yang berada di Melaka kerana menghadiri majlis perkahwinan sepupuku jadi tidak menentu. Dengan alasan fuad ada latihan bola aku dan fuad bergerak balik ke johor namun tidak sempat bertemu merah. Terlepas dari tangan air zamzam yang ku bawa apabila pekerja di situ kata merah sudah mati. Keesokan harinya baru merah dibawa pulang kerana ayah sendiri ingin menanamnya. Tunggu mak ayah pulang dari Melaka. Sunyi sangat hari tu,duduk rumah terasa sangat kehilangan, fuad pula telah bertolak untuk latihan bola. Terima kasih ayah kerana sanggup berkorban demi merah kerana rawatanya mencecah RM 563.30.  Pada saudara dikampung, kami minta maaf kerana terpaksa ‘menipu’ untuk pulang ke johor. Kalau kami pulang sebab kucing sakit mesti korang nak cakap ‘hek eleh kucing sakit’. ‘Merah’ dalam kenangan. Ayah yang bagi nama merah sedangkan dia berwarna oren.  Aku memang gila kucing warna oren, entah tak tahu kenapa dan akhirnya aku dapat gak meow warna oren yang sangat istimewa kerana ada 21 jari, anak ‘abang’, meow jantan yang aku bawa pindah dari Permai. Peneman tidur aku dan suka berak dalam rumah semestinya dengan rela hati membersihkan kerana terlalu sayang pada si erah. Si erah meow pertama yang kami hantar berjumpa doctor kerana cirit-birit dan doctor kata kena penyakit cacing semasa kecil. Mr rabit seekor anak patung kecil yang mempunyai loceng adalah mainan merah yang aku ikat pada tali. Memang sangat aktif bermain. Pernah kehilangan merah kerana terlupa masukkan dalam rumah untuk tidur malam. Seharian aku mencari dari pagi hingga senja dengan menaiki basikal sekitar perumahan. Entah berapa kali air mataku tumpah sepanjang hari. Mr rabit sebagai peneman dan jika ada yang hampir sama aku cuba memanggil menggunakan mr rabit namun hampa. Merah bila duduk kakinya nampak besar/kembang. Oleh kerana masjid sudah memperdengarkan bacaan ayat suci tanda hampir masuk waktu maghrib aku bertekad membuat pusingan terakhir dan berserah pada Allah. Pusingan keramat aku terserempak dengan si erah yang sedang menguap-nguap seperti baru bangun tidur. Lantas mr rabit ku capai dan ternyata dia datang. Sah la merah aku temui selang beberapa rumah dari rumah aku. Merah oh merah.

Tahun ini juga merupakan tahun yang membuat aku beraya tanpa nenda. Tiada lagi panggilan opah itu dalam hidup ku. Opah telah kembali menemui penciptanya pada ........Terlalu banyak suka duka yang tak akan aku lupai. Berapa derita, kesabaran keluarga, kacau bilau, pahit manis apatah lagi rutin harian serta makanan kegemaran yang harus dibelikan setiap balik kerja khas untuk arwah opah sepanjang arwah tinggal bersama kami. Mana yang indah aku akan simpan sampai mati, mana yang kurang baik tu aku campak jauh-jauh. Dan tunjukkanlah kejalan yang benar buat kami sekeluarga. Pepatah ''air dicincang tidak akan putus''. Aku harap begitulah keluarga kami semua.

Begitu juga tiada lagi panggilan Pak Ngah dalam kamus hidup ku. Telah pergi buat selamanya pada bulan Nov. Tiada sakit tiada tanda hanya jatuh dan pergi dengan tenang. Semua tinggal kenangan. Masa kita nanti tak tahu lagi macam mana keadaannya. 

Dipaksa memiliki Digital Single Lense Reflex. Dalam erti kata lain DSLR. Dipaksa dan akhirnya aku dengan rela hati menerima walaupun pemberian itu aku rasakan belum bersedia. Sibuk kesana kemari mencari model apa yang aku sesuai. Memang tebal muka tetapi alhamdulilah,rakan-rakan di fb yang menceburi bidang fotografi banyak membantu dah akhirnya bermadulah My Alex (Panasonic compact Lx-1) dengan Nikon D90. Pada sapa-sapa yang duk sibuk nak korek aku pakai kamera apa ..ni ha secara rasmi aku nak umumkan ni aku guna D90 cuma aku belum dapat nama tuk madu My Alex ni. Kot korang d idea boleh la suggest kat aku yer.hehehe...

Apa lagi melaram lah D90 masa raya hari tu, apatah lagi digunakan semasa adindaku berkonvo pada 31 oktober. Adik aku pun dah dapat keje bagus. 4 kali ganda gaji aku sekarang.Oh ye aku ni dah hilang hp sony yang aku beli guna duit gaji keje badan. 5 Bulan kot aku kumpul. Lama aku kumpul dan buat pertama kalinya aku beli sendiri hp guna duit aku. RM 670. Kalau tak ayah la yang belikan atau guna pakai owg punya bila ada yang beli baru. Tertinggal kat tempat wuduk Masjid Kampung Gajah,Perak. Banyak jasa hp tu sebab semua projek PTP ada dalam tu. Masa tu aku nak sms jemput penyelia aku yang kebetulan sekampung tok datang kenduri arwah opah kat umah. Tapi sebab belum taip habis aku bwk turun kereta. Dan padan muka dah tertinggal. Lagipun tempat wuduk tu gelap. Kunfaykun. Redho je lah. Kat adik-adik angkat aku kat teluk intan si ecah n ira tu sory tak datang raya rumah sbb hp ilang. Segan nak redah rumah korang. Kawan-kawan yang kat perak yang aku janji nak jumpa sebab aku balik kampung lama pun sory la ye kat penyelia aku pun sory la tak dapat raya umah bos....semua gara-gara hp ilang.

Pekerjaan aku sekarang pun buat aku tak sangka aku akan berada disitu. Tak terlintas langsung aku masih bertahan disitu. Kerja ok,kawan pun ok. Tapi aku nak pergi gak kerja tempat lain nanti. Kalau ada keje kosong tempat korang mai la panggil aku yer. Memang gemok la aku keje situ. Duduk jer. Dah tu penyelia aku ni kuat makan tapi badan dia kurus je. Mr Zul dengan Tono ngn kawan2 share beli makanan macam-macam. Dan selalu juga aku akan jadi mangsa dipaksa makan ok. Ada 1 hari tu siap ada notes atas bubur cendawan Pizza Hut tulis to yaya, sila makan, tq. Terharu giler. Sapa lagi,keje penyelia aku la tu. Penyelia aku ni bukan saja kuat makan tapi siap pandai masak. Mr Zul ni penah masak sambal sotong ngn rendang daging bagi aku makan. Sedap, serius aku pun tak reti masak macam tu. Ada aku post pasal sambal sotong tu kat entry sebelum ni...haha..Serius gemok dah ni. Asyik ada orang belanje jer. Sejak keje situ, KFC,MCD,PIZZA,burger dah makanan rutin dalam sebulan. Kalau kat rumah setahun sekali pun lum tentu kami makan fastfood sebab mak ayah tak galakkan. Sampai mak sound ''aik.hari-hari d owg belanje, baru hari tu makan burger''. Nak tak nak sekarang hari2 dalam poket aku kena ada cash money sebab dah segan asyik d owg belanje.hahaha...Tapi ada satu aku nak share. D 1 bulan tu aku keje 29/30 hari tapi gaji aku dikire macam rm3 sehari...sedih sangat masa tu. Aku percaya tu semua rezeki Allah, Allah tarik sikit mungkin sebab aku murka..

Setelah mengetahui ada pembaca setia kat blog aku ni,jadinya makin rancak aku menulis. Sapa lagi kalau bukan sepupuku Siti NorHidayah Ismail. Nama kami sama tapi ayah lain yer. Dia pun dah terjebak dalam dunia blog ni. Tq kat mai sebab setia membaca blog aku ni. Pada semua sepupuku yang mungkin satu masa kita berjauhan, tetapi disebabkan kita telah menjadi semakin rapat dengan adanya FB. Penangan FB sangat kuat. Ingin jua aku akui bahawa aku telah membuat satu lagi Fb untuk kurus preperkahwinan secara sembunyi...

Tahun 2011 ni pun telah cipta sejarah aku suka kat seseorang. hahahaha...Ingat senang aku nak suka kat seseorang yang boleh dikatakan someone special. Tapi someone special tu tak tahu pun aku suka kat dia...hahaha..dan aku pun tak akan cakap aku suka dia..Kalau aku cakap memang aku giler..hahaha....Setelah bertahun-tahun aku keras hati tunggu seseorang,sapa lagi Mr R la. Dah terbiasa. Mr R nak kawen tahun depan, relex,kiteowang tetap sahabat la. 4 tahun juga i cant talk about this. Opppss yang ini aku mmg shy la nak cite..biar aku simpan dalam lipatan kain batik elok2 dalam gerobok..hahaha....

Akhir sekali aku nak cerita pasal kereta kelisa aku la..apa lagi buah hati aku la. Aku panggil 'ikan' tapi aku dah dapat nama baru ''EYQN''. Pada bulan 11 hari tu sambutlah 2nd aniversary dengan eyqn. Ayah belanje sportrim. Sejak adik keje dia bawa eyqn aku tu. Sekali dapat bawak perghhhh...rindu ooo...kat kerete pun aku boleh windu...sian eyqn yer...Pada Ila akk bukan tak nak cakap akak dah tukar sport rim tapi akak takut kamu terluka. Kak dah tak nak kamu terluka lagi. Akak tak tau apa2 pun alih2 fuad dan ayah bawa balik dan bertukar jadi transformer ehh bukan,rim baru. Banyk sangat meragam eyqn bulan ni. exzos patah welding pun patah lagi kena tukar baru. Roadtax pun mati. dah tu leaking air masuk kena tukar getah cermin lastly bateri kong. Dan dalam bulan yang sama serbis kilometer sudah sampai waktunya. Terduduk juga dengan eyqn ni. Nasib la ada ayah support. Eyqn ni kete idaman ak sejak lepas exam PMR. Akhirnya aku dapat gak. Sayang punya pasal, apa pun along akan buat. Tq pada ayahanda Ismail yang banyak berkorban poket,pada Bonda Zainab yang banyak beri nasihat, pada adinda Fuad yang sering meminjamkan telinga padaku.

Akhir sekali,eh banyk no akhir . Aku nak story pasal azam aku. Pergh nak kena masukkan azam kurangkan berat badan sebab dan eheemehem....gemoooook tau..nafas dah pendek...Aku nak keja yang lebih baik sebab aku wisau ayah dah pencen, aku kena lebih rajin cari duit,kumpul, panjang umur nak bawa family aku g umrah SEBELUM 2013. Tahun 2013 tu dah nak sampai dan aku rasa tak boleh ditangguhkan lagi sebab kami dah buat penangguhan 3 tahun. Aku ada 1 tahun je lagi ni. Beli eyqn 10 tahun punya angan2 baru dapat. So sekrang aku berangan nak beli rumah. Tah tahun bila akan dapat beli. Berazam gak nak cari pasangan hidupsemati. Open my heart to fall in love with some one yang tak tau sapa lagi. Ada rezeki boleh la bawa pergi bersama 2013 nanti. Berazam nak jadi makmum pada seseorang yang sudi jadi imamku seumur hidup...boleh gitu....

Pada semua yang terlibat secara langsung atau tidak yang tercuri nama letak dalam blog aku ni,terbaca karya aku yang tak best ni,tergelak guling-guling macam dalam cite hindustan tu, yang muntah hijau dan juling mata baca ayat-ayat jiwang,eee jiwang ke aku....kalau ada tersalah bahasa ,terbusuk kata, terjatuh tangga ataupun terjatuh hati pada karya aku yang semerbak wangi ni aku dahulukan dengan big clap sebab korang dah jadi sebahagian dalam hidup aku. Aku tak reti nak ungkap melalui kata-kata tapi boleh melalui penulisan dan perbuatan. Semuanya mantol keluar dari lubuk hati yang ikhlas. Macam sepupu aku kata dah macam baca diari aku. Apapun sepuluh jari ku susun mohon maaf. Andai ini yang terakhir buat kalian membacanya. Jumpa lagi tahun depan. 

Ingat 
Bila kali terakhir kamu solat jemaah
Bila kali terakhir kamu makan bersama keluarga
Bila kali terakhir kamu bersedekah
Ingat bila pertama kali kita berjumpa
dan
ingat
bila terakhir kali kita berjumpa

Selamat tahun baru 
Salam sayang dari saya
Noor Khairiah Binti Ismail




Saturday, December 24, 2011

SELAMAT HARI ULANGTAHUN MOHD FUAD BIN HJ ISMAIL

Adik aku encem

Aku ada sorang adik. Nama dia Mohd fuad Bin Ismail. Aku panggil dia adik, dah nama pun adik aku kan.haha...Hari ini Hari ulangtahun dia,jadi aku nak abadikan nama dia dalam blog aku yang kusut ni. Nanti dah tua kalau panjang umur boleh baca lagi. Meh along nayanyikan walaupun tak sedap... 
Allah selamat kan kamu x2.......
Allah selamatkan Mohd Fuad Ismail........
Allah selamat kan kamu .......
Jemput makan

Tuesday, December 20, 2011

Diperkenalkan dengan seseorang oleh seseorang-aku bukan nak mengatai

Ehemehemehem....Bukan tak ada cerita tapi sengaja nak simpan sejarah dalam blog aku ni. Bukan nak mengatal tapi entahlah. Diperkenalkan dengan seseorang oleh seseorang. Macam mana aku boleh setuju. Aku pun kurang pasti keputusan yang aku buat ni. Otak aku masih berpaksi tegak,emm tah la....

Sunday, November 13, 2011

Bubur Merah

Bubur Merah dalam hidup aku adalah sangat istimewa. Paling istimewa kerana dibuat oleh orang yang istimewa dalam hidup aku. Tetapi pasti aku tidak akan dapat merasa bubur merah ini kerana orang yang istimewa itu telah kembali mengadapNya. Yang tinggal adalah kenangan bersamanya yang tidak akan aku lupa sampai akhir hayat aku iaitu arwah nendaku Fatimah Binti Abu Bakar. Alfathihah.

Wednesday, November 9, 2011

''apa yang yaya ada, nikmatilah''

Perkenalan yang baru sahaja membuatkan aku memandang dia sebelah mata. Memperkecil-kecilkan kebolehan dia, selalu gaduh dengan dia, tapi itulah manusia yang lemah seperti aku yang menilai manusia dari sudut negatif sahaja sedangkan pepatah ada menyatakan jangan pandang orang dari luaran sahaja. Maafkan kerana memandang rendah pada kamu wahai sahabatku.

Tuesday, November 8, 2011

Kali Pertama Aku....

Kali pertama aku mengenali sakit gigi...wah dah macam nanyian lagu si black pula. Ini merupakan kali pertama salam sejarah hidup aku sakit gigi. Selama ini aku hanya mendengar orang sakit gigi. Orang paling dekat yang pernah terkena penyakit ini adalah adik aku. Memang nampak sengsara,nak tidur pun payah. Nah sekarang aku pula yang merasakannya.

Kali pertama aku kena sakit gigi. Sejak ramadhan lagi aku sudah merasa kurang selesa pada setiap pagi apabila bangun tidur. Tapi pada hari itu,

Sunday, October 30, 2011

Bila aku suka seseorang.....shyyyy



Bila aku suka seseorang
Aku suka buat dia marah
Sebab aku tak nak dia tahu yang aku suka dia...hahaha..jahat tak aku...

Bila aku suka seseorang
Aku suka buat perangai jahat
Supaya dia nampak aku ni buruk perangai....hahahaha...nakal tak aku

Bila aku suka seseorang
Aku suka buli dia selalu
Agar dia tahu yang aku ni tak baik dan suka membuli

Bila aku suka seseorang
aku suka uji kesabaran dia
sebab dia akan marah-marah dan tak suka aku

Bila aku suka seseorang
Aku suka jauhkan diri dari dia
supaya hubungan kami tidak terlalu rapat

Bila aku suka seseorang
Aku akan keraskan hati macam batu
Sebab aku takut terjatuh cinta kat dia...hahahaha

Kenapa aku buat macam ni
Sebab dulu aku tunggu seseorang tu
Aku setia kononnya kat dia ... eeee

Kenapa aku buat macam tu
Sebab aku takut tersuka kat orang lain pula selain dia
Tapi orang yang aku tunggu tu pun dah ada orang lain...huhu..

Kenapa aku masih buat macam tu
Sebab aku dah terbiasa takut nak suka orang lain
Wahhh...aku dah tak tunggu sapa-sapa jadi bolehlah suka orang lain kan

Kenapa aku buat macam tu
Sebab perasaan takut aku tinggi sangat
Ish tak boleh la aku kena berani

Walau macam mana sekali pun aku suka seseorang
Aku hanya berdoa agar bertemu jodoh dengannya
Kerana Dialah yang berhak menggetarkan hati kami

Moga Allah menjaga hati dan tingkah ku
Kerana aku adalah milik Allah selamanya
Ingatkanlah hambamu ini pada batas-batas pergaulan

Saturday, October 29, 2011

Aku kuat merajuk???

oiiii...biar betul? serius aku tak perasan pun aku ni jenis kuat merajuk...eee..tak masuk lah dalam kamus diriku .... menyempang yang amat...tapi yang aku tahu aku memang kuat marah+bebel terlampau...hahaha....aku memang kuat cakap. Kalau kat sekolah tu memanglah aku je yang control majlis....wah tetiba teringat kat 2 orang sahabat aku yang bernama azwan dan bahren yang selalu bekerjasama menjaga PA sistem sekolah. 

aku bukan merajuk kot..tah le aku tak reti but aku rasa aku kuat marah. Bila aku dah marah aku akan buat tak tahu je..diam je...kot nanti banyak cakap lagi banyak le aku cakap bukan-bukan. Marah tu tak dapat dikawal. Syaitan tengah bagi big clap kat aku lo... wei serius aku tak tahu pun aku kuat merajuk....poyo la aku kuat merajuk...aku kuat marah la wey....atoyai...

orang kata marah tanda sayang tapi kadang-kadang marah lebih kepada tanda bengang looo.... pesal aku bengang???..aku bengang bila orang tipu aku...bila orang ambil kesempatan kat aku...bila orang tak serius buat kerje...bila orang buat kemungkaran.....ish payah betul aku ni bila dah marah+bengang...memang la tak ada orang yang sempurna tetepi kita boleh berusaha sedaya mungkin untuk buat yang terbaik walaupun tidak cukup sempurna....Kalau dah usaha tapi kecundang itu aku terima sebagai belajar dari kesalahan, tapi kalau tak mencuba langsung tu memang saja nak bagi bengang....

Aku membebel ceramah percuma sebab aku masih rasa korang sahabat aku,aku sayang kat orang yang aku bebel,kat orang yang aku bengang....if aku dah buat tak keysah apa nak jadi tu tnda aku dah malas nak ambik tahu..nk terkejung ker,nak tergolek ke... apa-apa la...aku dah tak amek keysah...aku bebel sebab aku nak lepaskan tanggungjwab aku kat dunia....nnt tak ada la lagi disoal kat akhirat...kenapa kamu tak tegur dia ponteng kerja...kenapa kau tak tegur dia supaya tutup aurat, kenapa kau tak suruh dia pegi solat,kenapa kau tak larang mereka bukan muhrim berpegang /bersentuhan tanpa alas, kenapa tak suruh dia macam-macam lagi la..yang penting aku malas nak cari gaduh....kalau tak suka diam jer...kalau bebel panjang2 nanti hati aku gak yang sakit...bila dah sakit hati....datang menyamph...haa....

lagi satu aku tak berapa suka pada orang yang kuat cakap...ye le sebab aku kuat cakap...semua nak cakap sapa nak dengar pulak....betul tak...but some times kena juga jadi pendengar walaupun aku kuat cakap...

Paling serius aku tak suka orang tipu aku...aku percaya semua orang baik dan jika ada buat salah dia masih boleh dimaafkan dan perbaiki kesalahan tu tapi jika menipu aku lagi ...aku akan benci orang itu.....sory to say la...oit2...aku serius tak sedar aku ni kuat merajuk...sory la pada yang terkena tu...penat la bebel topik ni..tukar topik lain la...hahaha...tapi tunggu post akan datang la...jumpa lagi ya...;p

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi