Followers

Translate

Thursday, April 25, 2013

Berkongsilah walaupun sedikit wahai saudaraku

Niat yang baik, terbukti Allah sangat membantu. Setelah seharian berseminar di Sungai Dua, konon lari dari perasaan tertekan dengan situasi ketika itu. Mengikut seminar sekadar ikut-ikut namun intipatinya memberi kesan mendalam hati kecil ku.

Sejak itu tertumbuh dengan pesat dalam lubuk hati untuk membantu tidak kira dalam apa jua yang terdaya. Sedar diri ini tidak sempurna, tidak berharta apatah lagi hidup mewah. Namun aku punya kudrat tulang empat kerat. Rupanya ramai lagi sahabat sekeliling sendiri yang perlu dibantu. InsyaAllah akan ligat saya fikirkan untuk bantu, lagi-lagi yang sedang menuntut ilmu.

Selagi kita berkongsi rezeki insyaAllah rezeki itu sentiasa ada. Memang serius mencari, google, tanya rakan-rakan. Saya mula mendaftar mana-mana badan sukarelawan di internet. Tak tahu kenapa hati ini merontan untuk berbuat sesuatu. Orang susah memang ramai, tapi kalau susah sebab malas berusaha, itu tak payah tolong.

Terus mencari dan mencari mana-mana sumber yang boleh saya salurkan kudrat saya ini. Kadang-kadang kesusahan itu akan buat kita insaf. Syukur, masuk hari ketiga, pencarian berakhir di Fb. Berkenalan                                                          
dan mengatur program. Mudahnya Allah mengatur dan melancarkan segala yang dirancang. Setelah 3 hari berbincang maka Rumah Permata Kasih menjadi pilihan. Ini semua idea kak yasmin. Tak kenal pun beliau ni dan jumpa buat pertama kali semasa di Rumah Permata Kasih.

Sudah mula yakin untuk teruskan niat menyertai lawatan ke rumah anak yatim tersebut. Pada asalnya memang malu untuk bercerita yang kita sedang mencari sumbangan dari rakan-rakan. Nanti dikatakan untuk menunjuk atau tipu meraka. Alhamdulilah niat yang baik sekali lagi Allah tolong.                                                                                            
Pelbagai sumbangan termasuk pakain terpakai. Duit
yang dapat kami kumpul kami belikan barang keperluan. Alhamdulilah dan syukur. Terima kasih pada semua yang sudi menyumbang.

Semuanya berlaku selang 3 hari. Perjalanan pun Allah mudahkan. Pada hari penetapan lokasi mana yang akan dikunjungi, berkenalan dengan seorang Dr xxxxxxx dalam sebuah mesyuarat. Perkenalan berlarutan hingga ke bilik Dr. Agak pelik juga baru berkenalan banyak perkara yang agak peribadi diceritakan. Termasuk kisah hidup beliau yang baru naik bercuti akibat penyakit yang sangat ditakuti oleh semua wanita iaitu kanser rahim.

Nikmat dan hidayah Allah itu kalau nak dapat bila-bila masa Allah berikan. Jika Allah nak tarik pun, bila-bila masa Allah kehendaki. Terlalu banyak perkara yang menyentuh hati. Terlalu banyak akhirnya menitis jua air jernih di pipi. Bukan kisah Dr tidak dapat kesekolah seperti orang lain seusianya, bukan juga sebab penyakitnya, bukan juga sebab kepayahan mengambil PHD setelah 14 tahun bersabar kerana masih ramai adik-adik yang perlu mengaji. Tetapi air mata ini tumpah sebab masih ada student USM yang bekerja menyelongkar tong sampah dan kawasan kontraktor mencari besi untuk menampung kehidupan di USM.

Tidak berkocak ke hati kalian mendengar? Saya bukan hendak meminta simpati tapi mahu terdetik sedikit kesedaran dan kesyukuran dengan nikmat yang sedang kita miliki sekarang ini. Apa lagi nak. Bersyukurlah pada Allah. Diizin Allah saya ingin berkenalan dengan student tersebut. Jangan salahkan ibubapa tidak mendidik atau bertanggungjawab, jangan salahkan universiti tidak ambil tahu, jangan salahkan pihak pentadbiran Malaysia. Student tersebut mencari wang tambahan untuk menyambung PHD. kerje basuh pinggan di kantin-kantin sedangkan ada Master. Betapa sukarnya mencari sesuap nasi.

Selamat kembali bertugas Dr. Moga Dr sihat dan ceria memulakan hari-hari yang Allah telah beri peluang ini. Ingatlah ajal maut, jodoh rezki semua di tangan Allah. Tidak salah mengejar pangkat atau nama, namun saham akhirat jua yang akan kita bawa mengadap Yang Esa.

Saya juga insan biasa dan banyak silapnya. Tegur dan bimbinglah jika saya tersesat atau lemah dalam melalui  nafas-nafas di muka bumi ini. MasyaAllah, Allah yang bijak mengatur segala apa yang terjadi pada saya kebelakangan ini. Apa yang penting adalah niat.

Teringat dialong dalam teater Sultan Muhamad Al Fateh semalam di Panggung Budaya USM:

(situasi sibuk berperang)
"kenapa kau tidak bunuh aku?"
"tadi aku hendak bunuh kau kerana Allah, tetapi setelah kau ludah muka aku, aku menjadi marah. Aku tidak mahu membunuh kau kerana kemarahan ku. Sertailah agama kami dan kau akan bebas hidup dalam kerajaan kami"(sempat lagi berdakwah).
"argh aku  tidak mahu"
"maka aku akan bunuh kau kerana Allah"

# betapa niat itu perlu diletakkan pada tempat yang paling tinggi, apatah lagi niat kerana Allah dalam melakukan sesuatu#

Dikongsikan web alamat blog Rumah Permata Kasih, Moga Allah detikkan hati anada yang membaca untuk menyumbang pada saudara islam kita yang memerlukan bantuan ini. Berkongsilah rezeki yang dimiliki, insyaAllah barakahnya ada nanti.
http://rumahpermatakasih.blogspot.com/

Thursday, April 11, 2013

Si Hijau Katak


Hajad di hati nak beli beg yang warna hijau ni tapi sayangnya belum masuk pasaran Malaysia. Tak tahu  berapa lama lagi boleh tunggu. Jadinya terpaksa pilih warna coklat kekotak.


Tak dapat beg hijau dapat beli casing hp warna hijau pun jadi la pengubat hati. Comel kan baju baru tuk hp baru juga. Tak tahu la sejak bila suka warna hijau. Sebab suka katak kot..haha..


Ini la dia si froggy. Comey kan...boleh bunyi2 dan akan selalu tersenyum buat kamu

Wednesday, April 10, 2013

Ambil semangat Edward (watak utama teater Jane-USM)

Buat pertama kali pergi tengok teater kat USM. Telah memberikan pengalaman yang menarik(good impression) kat aku. Masa degree pernah juga pergi tengok tapi sebab sokong kolejkan. Kalau yang berbayar macam ni, rasanya ini yang pertama. Seronok sangat. Boleh perbaiki bahasa inggeris, almaklumlah aku ni lemau dalam bi. Kelakar dan suasana serta watak-watak yang ada sangat menarik. Lagi2lah watak boyfriend Si Jane iaitu Edward. Bukan sahaja pandai berlakon, menyanyi dan menari. Jatuh hati kat Edward..haha.. dan juga kat mak Edward. Menjadi sungguh la watak-watak ala datin yang sangat kaya tu. Walaupun dia guna broken english.

Nak dijadikan cerita aku pi la seminar kat seberang sabtu lepas. Sekali terjumpa si Edward ni selaku ajk. Tapi apa yang disampaikan dalam seminar dari Dr.Azizan memang sangat best. Berbintang-bintang aku bagi.  Kalaulah Dr. buat seminar tajuknya "Seronoknya Menulis Thesis". 10x kot saya sanggup pergi. Penyampaian dan cara kuasai interaksi dan penyampaian sangat menarik. Walaupun ia berkisar mengenai usahawan yang saya tak berapa nak minat wat masa ni tapi motivasi, kata-kata semangat dan pegangan pada Allah yang disebut berulang kali membuatkan seminar ni sesuai untuk semua.

Usai seminar saya bertegur sapa dengan Edward aka Azhar. Nak pergi Australia berteater disana. Dia pergi klinik Dr yang harga 10K ok. Cara dia cerita memang saya pun teruja. But nak kumpul 10 K tu saya fikir berkali-kali kot. Apa pun 1 day saya nak jadi kaya, nak bagi peluang pekerjaan pada saudara islam saya, nak keluarkan zakat bantu saudara islam saya yang susah.

Islam turut menekankan bahawa 9/10 pintu rezeki adalah datang dari perniagaan. Setiap apa yang kita fikir, ditulis, dilakar, disebut dan disimpan dalam hati adalah doa. Maka: marilah menjadi kaya agar dapat membantu mereka yang lain diluar sana. Kaya dan sumbangkan kemabli kepada saudara kita yang lain.

Pepun Good Luck Edward and team yang akan berlepas ke australia tidak lama lagi..pergh bawa teater Malaysia di mata dunia tu. 

Tema Coklat

Beg ni dah berjasa selama hampir 8 tahun dengan sudah berganti 2 kali laptop. Masuk bilik bedah dah berapa kali. Kritikal sangat rasanya. Beli kat Mines Serdang. Berburas dan reput. Terima kasih kerana berjasa pada tuannya.






Berganti dengan yang ini pula. Dalam hati berhajad memiliki yang hijau muda, sayangnya tak masuk pasaran Malaysia lagi. So sambar la yang warna coklat sebab tak tahu berapa lama tempoh si hijau nak datang Malaysia. Look besar dan rasanya akan berpindah tangan kat adik tersayang gayanya. Nanti Along bawa balik johor kalau adik nak ambil la ye :) Beli secara online

Sebab dah plan nak beli beg coklat, ( ada pilihan hitam dan coklat sahaja di Malaysia) di MISF sambar la 2 pasang kasut warna coklat. Memang tak sangka akan beli sampai 2 pasang. Tapi aku ni jarang berbelanja untuk diri sendiri. Ini salah satu dari kasut itu.

Sunday, April 7, 2013

Copycat Motivational Diary

If you need just one thing to do different today, than you did yesterday, make it this: Commit to taking 100% responsibility for every aspect of your life. Decide to make changes, one step at a time. Once you start the process you'll discover it's much easier to get what you want by taking control of your thoughts, your visualizations, and your actions!!!

Sebelum kita melangkah kita akan mula berfikir namun apabila kita sudah mula melangkah kita akan berfikir tanpa henti untuk terus dan terus melangkah :) 

Semua itu adalah doa


Sebagai manusia biasa pasti tidak akan terlepas dari berfikir. Fikir dan terus berfikir. Namun fikirkan perkara yang baik itu lebih baik. Dalam kategori bersangka baik dan minta pertolongan Allah agar dijauhkan dari perfikir yang bukan-bukan kerana itu semua akan mencetuskan kepada doa. Ingat...doa yang baik-baik ye :)

Friday, April 5, 2013

berkenalan dengan sugra,kubra dan akbar...izinkan aku Ya Allah mempelajarinya

diuji lagi kali ini...
telah hilang suaraku untuk sekian kalinya,
mungkin bagi kamu ia adalah sesuatu yang biasa,
tapi pada aku ia sangat mendukacitakan hatiku,
Aku tahu Allah sedang menguji aku sekali lagi,
Aku sedihkan kerana penyakitku berulang kembali,
tidak sampai 3 bulan kembali menyerang ,
Aku malas nak berjumpa Dokter walaupun dekat sebulan aku berkeadaan ini,
aku risau di suruh ambil darah dan xray peparu lagi,
apa yang buat hati aku paling sedih adalah aku semakin kurang bernafas,
maka muncullah nikmat diam aku pelajari,
walaupun kerap air mata gugur kerana tidak dapat berbicara lancar,

sekali lagi aku di uji,
menitis air mata ini kerana sebaris ayat pun aku tidak mampu habiskan,
sekejap je Allah dah tarik balik nikmat kesihatan dari aku,
aku minta pandangan guru kelas aku,
ustaz kata cuba minum madu dan berenang,
madu tidak berapa berkesan, ku cuba beranikan diri untuk berenang,
Aku nampak kesan berenang seperti anugerah untuk aku memanjangkan nafas,
sayangnya kesihatanku membataskan untuk aku masuk ke kolam dengan kerap,

betapa menjadi senyap itu indah,
namun betapa menjadi senyap itu buat hati aku menangis,
gusar hati ini terus mengheret aku saban hari,
petanda untuk aku tidak dapat melibatkan diri dalam banyak acara,
memakai mask sepanjang masa,
waima dalam kereta, semasa tidur atau di tempat kerja,
sekalip mata Allah tarik nikmat dan diuji lagi,
hampir hilang deria yang istimewa,

Mungkin Allah nak suruh aku belajar tajwid dengan lebih betul,
Bila dah benar-benar faham barulah aku boleh mengaji dengan cara yang betul,
walaupun sudah dapat mumtaz dalam peperiksaan baru ini,
namun aku rasa belum mumtaz dalam bacaan,
walaupun aku kurang berdaya membacanya,
namun aku bersyukur masih mampu mendengar kalimah indahmu,
terima kasih pada yang sudi mengalunkan bacaan untuk aku tumpang pahala mendengar,

Ya Allah aku pohon padamu,
kembalikan kesihatan ku seperti sediakala,
sekurang-kurang pulihkan atau kurangkan,
agar dapat aku memperbetulkan mahraj huruf,
membaiki cara bacaan,
mengenali sifat huruf yang masih kabur,
tartil dalam setiap ayat yang dibaca,
mula mengenali qolqolah sugra,kubra dan akbar,
tafkhim dan tarqiq masih tidak betul,

Ya Allah,
Ambillah suara ku jika ia mengungkap perkara dusta dan tidak elok,
namun berikan aku peluang membaca Al-Quran mu,
Kalimah suciMu yang sentiasa menenangkan hati ini,
dengan namaMu aku hidup,
dan dengan namaMu aku kembali padaMu.

Monday, March 18, 2013

Kerana Allah sentiasa di dalam hati!!!

walau tak sehebat orang lain tapi aku kena kuat berusaha....
aku tak akan mudah putus asa dan menyerah....
dan akan buat berulang kali untuk mencapai sama macam mereka...
betapa egonya aku untuk menyerah...dan terlupa pada takdir..
masalah yang bertimbun buat aku ego bercerita pada mak dan ayah...
aku tak mahu diarah pulang ke johor dengan kuasa veto...
tapi aku terlupa bahawa doa mak ayah la yang buat aku berjaya...
penangan fb buat aku terlupa bahawa tentang barakah doa ibu yang aku tidak cuba lagi dan abaikan...
kendurkan ego dan mula bercerita dan tanpa malu minta didoakan setiap hari tanpa jemu...
terima kasih mak ayah dan adik tersayang...

ego untuk menyerah kalah sebab rasa belum habis dan masih mencuba...
tapi aku terlupa pada niat tawakal pada Allah sebab disitu ada keajaiban...miracle..
peranan tawakal aku dapat bila membelek buku motivasi di DKP USM...
muka surat yang aku buka, aku baca dan...
aku terlupa bahawa aku kena yakin dengan ketentuan Allah...
jalan yang Allah sudah tetapkan sejak luh mahfuz..
aku terlupa qadaq dan qadar Allah,
Memang sampai bila pun aku tak akan putus asa...
tapi aku kena tetapkan juga tawakal...
kerana itu punca utama hati yakin pada Allah...

sedikit kegusaran penting
sedikit kerisauan juga penting
sedikit ketakutan sangat penting
sedikit ilmu sangat perlu dan 
sedikit semangat juga sangat perlu 
supaya kita ada momentom untuk bertindak
bukan hanya berserah bulat petak pada tawakal dan takdir
walaupun kita tahu Allah sentiasa berada dalam hati kita...

mengejar dunia penting
mencari akhirat lagi penting
letakkan Al-Quran dihati selalu
pasti perasaan sebak untuk mengakhiri bacaan 
betapa sayu bila pertama kali memahami kalimah yang dibaca
menitis air mata bila pertama kali solat sunat dalam seumur hidup
indahnya persahabatan yang membimbing dunia akhirat tanpa jemu saling mengingati
kuat bangun malam study itu bagus
kuat bagun solat dipertiga malam itu lebih bagus
walaupun kadang-kadang perlu ada perasaan terpaksa untuk buat 
dengan keterpaksaan akan menjadi keterbiasaan
terima kasih pada semua yang mengajak aku kearah kebaikan dunia dan akhirat
walaupun aku bukan siapa-siapa diamat kamu
tergurlah aku
bimbinglah aku
dan anggaplah aku sebagai saudara islam kamu
apa yang baik istoqomahlah dalam melalukannya
percaya pada takdir namun jangan meninggalkan usaha yang gigih

kenapa aku boleh habiskan larian 7km dengan serius aku tidak sangka dapat tamatkan. Walaupun rasa badan dh out dan bergantung pada minda untuk sampai , berkat basahkan bibir dengan zikir serta letakkan hati pada Allah, kerana kita sedang berusaha. 
 sebelum berlari meh ambil gambar jap
 dengan usaha dan tawakal kami selamat tamatkan larian walaupun menjadi antar yang terakhir
ditambah dengan rezki hadiah beg kerana pasti ada ganjaran baik Allah berikan untuk meraka yang bersabar.insyaAllah. Letak Allah sentiasa dihati :)

Monday, March 11, 2013

cahaya kebaikan


NOOR KHAIRIAH
NNaif
OOportunis
OOportunis
RRamah
KKomited
HHarum
AAmanah
IIkhlas
RRealistik
IIdealistik
AAlim
HHarum
Apa ada pada nama?


Saturday, March 9, 2013

Didik diri sendiri dulu.


Tulis ni sebab nak tegur diri sendiri sebenarnya.
Selalu ingat apa yang kita buat itu sudah cukup bagus.
Sampai kadang-kadang rasa hidung tinggi menongkak langit.
Padahal banyak lagi kesalahan yang perlu diperbaiki.
Kita hendak orang lain hormat kita, tapi kita tak pernah cuba hormat orang lain.
Konon tak ada siapa jaga hati kita, pernah kita fikir ada tidak kita jaga hati orang lain.
Kita manusia paling kerdil untuk mendabik dada menunjuk kehebatan.
Kita macam semut kecil di sebuah padang bola yang besar.
Mengakulah selalu tidak sedar kesalahan diri sendiri, kita hidup bermasyarakat.
Kita bukan menginap dalam kotak yang kecil umpama dunia ini untuk kita seorang.
Banyak mata-mata memerhati, banyak hati-hati yang memandang, banyak jiwa-jiwa yang mengangis.
Oleh kerana kesombongan dan keegoan konon kita yang terbaik, termacho, terkaya, tercomel dan ter…
Tapi pernah tidak kita sedar akan semua itu.

Kita mahu mereka ikut arahan dan perintah kita tapi pernah kita fikir pandangan mereka pula.
Kita meratap konon tiada siapa menolong kita dalam kelelahan.
Tapi ada kita fikir tentang kelelahan yang orang lain hadapi.
Mesti korang nak kata ‘saya punya sukala’’ kn..kn..
Atau mereka buat macam itu, saya pun balas macam itulah.
Bagi saya itu adalah sikap orang yang ego pada diri sendiri.
Orang macam ini patut dihantar kepulau yang tiada manusia.
Jangan sampai keegoan kita menjengkelkan anak mata orang lain.
Sedarlah kita hidup bermasyarakat, walaupun beza kaum,beza umur,beza jantina,beza parti politik.
Tapi ingatlah kita duduk di bawah langit yang sama sepanjang masa.

Biarpun kita kerdil di mata manusia, namun biarlah kita besar di mata Allah.
Manusia penuh dengan ego, kemaafan, memaafkan minta maaf perkara paling sukar.
Manusia juga penuh dengan kelembutan bila wujud perasaan saling memahami.
Bukan melontarkan perkataan ‘korang tak faham aku’ ‘korang tak berada kat tempat aku’.
Bila saling memahami akan timbul rasa simpati dan tanggungjawab, sixsenth yang lain.
Sebab paling utama adalah kerana hidup bermasyarakat, bukan dalam kotak petak.
Saling memerlukan antara satu sama lain, mungkin bukan sekarang mana tahu akan datang.
Perlu ada satu jiwa yang lain,arghh sukarnya nak perbaiki diri sendiri!!!

Nak mudahkan kata
Peka pada persekitaran, kesedaran hidup bermasyarakat,
Refleksi pada keadaan sekeliling, pikir baik buruk tindakan kita.
Adakah ia memberi impoak positif / negative dimasa akan datang.
Inisiatif untuk bertindak perlu ada, jangan buat hal sendiri je sepanjang masa.
Jangan salahkan persekitaran atau didikan atau sesiapa kerana kita berhak berusaha berubah.
Jangan bebankan orang lain dengan masalah yang kita hadapi
Jangan pengaruhi mood orang lain kalau kita tiada mood kononnya

Kita cuba kendurkan ego kita
Kita bersihkan hati kita dengan mudah memaafkan orang walaupun orang itu tidak memintanya
Sebab kita kena ingat kita juga pernah mendambakan kemaafan dari orang lain.
Buat apa kita hendak tegangkan lagi tali yang tegang pasti akan terputus.
Dan hendak menyambung tali yang putus adalah menjadi lebih sukar bukan?
Jangan melinting bila ditegur.
Jangan marah bila apa yang ditegur terkena batang hidung sendiri.
Kerana mereka yang menegur adalah mereka yang sayangkan kamu.
Mereka jujur nak kamu perbaiki diri kamu.
Kerana kamu tidak sedar kesalahan kamu.
Kamu tidak sedar persekitaran kamu, sebab kau teruskan hidup dalam kotak kamu sendiri.
Mereka adalah kawan lebih baik, dari jenis kawan yang membiarkan kamu terus buat kesalahan.
Kononnya menjaga hati, dan akuilah
Kita memang selalu tidak sedar kita ada buat salah!
Hinggalah sampai satu masa kita sedar atau disedarkan.

Betapa saya sedih apabila emosi saya telah mempengaruhi orang sekeliling membuat kerja
Betapa saya minta maaf sebab muka masam masuk kerja buat rakan kerja turut terjejas emosi
Berdosa bukan???
Betapa saya serabut sampai tak tegur rakan serumah balik kerja. Sebab kes tak angkat muka
Betapa saya tak sedar saya ini hidup bermsyarakat saling memerlukan
Betapa saya seronok bila saya bersemangat masuk kerja, aura itu merebak kepada orang lain
Disebabkan saya seronok, saya semangat, saya ceria.
Betapa rakan-rakan telah menyerap sedikit aura baik walaupun mereka stress dengan kerja.
Pernah kita terfikir akan perkara ini semua.
Terima kasih rakan-rakan yang menegur, walaupun pahit tapi tahu korang sayang saya
Dan saya akui saya selalu tidak sedar kesalahan yang saya buat.

Please peka pada persekitaran, kite penuh dengan budaya kesopanan melayu kononnya.
Dengan sebuah senyuman, sapaan atau tindakan kita sangat mempengaruhi orang sekililing.
Tolong jangan bawa masuk masalah kita dalam kegembiraan orang lain.
Tolong
Tolong
Tolong



Menegur diri sendiri








Sunday, March 3, 2013

Seperti menjadi diri saya yang baru

Mesti ramai tertanya-tanya kenapa saya menggunakan nama samaran dan tidak menggunakan nama betul. Saya takut. Saya tidak berani. Dan saya tidak ada gambar sendiri. Suka tangkap gambar tapi tiada gambar sendiri. Sejujurnya disebab kejahilan dizaman muda, saya menjadi sangat fobia.

Saya memang bukan jenis berdandan. Hidup saya simple je. Sekadar bedak dan pelembab bibir. Mungkin juga disebabkan level confident saya rendah dan sifat saya yang kasar. Lec pula mewajibkan memakai kemeja untuk markah exxxxra berbanding baju kurung, bermulalah episod perubahan. Sedikit demi sedikit perubahan. Al kisah bermula saya fobia. Dalam satu majlis makan malam. Buat pertama kali muka dicemari bahan kimia dengan banyaknya. Rakan-rakan sekelas yang beria meletakkan bahan-bahan kimia tersebut. Saya bersetuju sebab majlis itu memang dihadiri oleh rakan kolej yang semuanya perempuan kecuali felo asrama dan jemputan khas. Tidak menyangka pula ada jemputan persembahan dari kolej sebelah(kolej lelaki). Ok sangat malu bila majoriti rakan asrama menegur tapi tidak mengapa sebab mereka perempuan tapi menjadi lebih malu sebab dikalangan jemputan persembahan ada rakan lelaki yang saya kenal.

Dia ni memanglah duk suka memuji, dan lain-lain yang saya sudah jadi sangat lali. Mulut lelaki memang manis selalu..haha..Saya ni kasar puji macam mana pun tak rasa apa-apa. Hati kering.Kesalahan saya bermula apabila saya membuat profail pic dengan muka yang dicemari bahan kimia. Tak cantik pun tapi mungkin muka saya nampak lain.

Disebabkan hati saya kering, saya tak terfikir benda negatif. Kawan lelaki minta gambar dinner pun saya tak bagi. Pemikiran kolot saya bahawa berdandan dalam konteks berlebihan adalah untuk tatapan keluarga atau suami, tapi bukan untuk tatapan umum. Tanpa putus asa dia minta pula pada rakan yang lain. Syukur ada rakan yang menegur saya. Lelaki ni memandang bukan pada luaran tetapi hakikatnya mereka men'scan' kita sampai ke 'dalam'. Takut ooo.

Dengan segera minta rakan-rakan tidak memberikan gambar-gambar saya terutama pada mamat sorang ni. Bermulalah episod fobia. Terus delete gambar fb. Terus rasa janggal berkawan dengan mamat ni. Keduanya pernah di ganggu juga oleh manusia yang tidak dikenali di fb. Saya anggap semua orang baik. Tapi dalam realiti dunia sekarang itu semua dusta. Terpaksa unfriend kerana itu jalan yang terbaik.

Sampai bila saya tidak menjadi diri saya sendiri. Saya perlu keluar dari kepompong ketakutan saya. Saya perlu berani hadapi dunia luar yang sangat mencabar ini. Dunia ni sudah menjadi majoriti kotor. Kes dadah, kes polis, kes bomba, rasuah. Semua pernah saya lalui dalam dunia pekerjaan.

Now saya rasa jadi orang baru. Nama saya Noor Khairiah Ismail. Satu perasaan bebas bila menggunakan gambar sendiri. Tersenyumlah pada diri sendiri dahulu!!!

Dan saya menarik balik kata-kata dalam azam tahun baru. Antara kerjaya, pelajaran dan perkahwinan mana yang datang dahulu akan saya sambar...XXXX... >>>> mana yang datang perlu diusahakan dan dirancang dengan cara yang betul. Perlu rancang kerjaya masa depan walaupun tidak pasti, sekurang-kurang dah nampak jalan. Belajar lak perlu usha dan cara yang betul sebab saya dah lama meninggalkan dunia belajar. Perkahwinan lak bila ada yang serius nak meminang. Saya lak serius jadi tak bersedia. Begitulah kata-kata tidak semudah untuk melaksanakan. Dah jadi pada diri sendiri baru tahu!!!...

Monday, February 25, 2013

Nak datang lagi Taman Negara Penang dengan d90

Pengalaman ketiga mendaki kononnya ke Taman Negara Penang. Disebabkan memang bukan jenis hiking. Jadinya pengalaman pertama mendaki Bukit Jambul telah memberikan ekspresi bahawa hiking ini tidak menyeronokkan. Penat. Sangat menjatuhkan semangat.  Dengan keadaan bongkah batu yang besar, monyet yang banyak, sesat jalan  dalam hutan, puncak dakian yang hampir 70 %.

Hiking kali kedua di Banjaran Bintang, lenggong bertujuan melihat bangkai kapal terbang british yang terhempas. Yang ini lagi sangat mencabar, dengan laluan yang baru diterokai oleh kami. Pacat sehat dan segar belaka. Pacat cantek berwarna-warni, hijau ada, oren ada, belang-belang pun ada menanti kami disetiap lokasi. Kalau bukan kerana kerja tak akan sampaila. Bunyi air bukit sepanjang perjalanan yang dapat menyejutkan hati yang gundah dengan haiwan kecil yang comel itu. Kesejukan air gunung membuat terlupa pada semua kelellahan mendaki. Teruja melihat buah-buahan hutan, pokok yang sangat besar, pokok yang bedaun merah, pokok yang mempunyai bau kemenyan, serpihan bangkai kapal terbang apatah lagi tapak kaki harimau.

Kali ke tiga hiking di Taman Negara Penang. Lagi sangat-sangat santai. Rasanya main badminton atau skuash sejam lebih penat dan lencun. Boleh aku katakan baju tak sempat nak basah. Tetapi sesuatu yang menarik dan pasti akan datang lagi untuk merakam keindahan ciptaan Allah. Walaupun kita berada dibawah langit yang sama tetapi keindahannya berbeza. Pantai yang bersih. Kononnya kami tak mahu basah/ mandi tetapi akhirnya basah juga di dalam bot akibat ombak yang sangat ganas. Tidak seganas hujan di laut sabah pernah aku lalui, tidak setenang ombak di Langkawi aku jelajahi. Yang ini memang mencabar dan lasak. BEST! kalau korang datang mesti cuba naik bot ni. Tapi kena booking siap2 sebelum naik hiking. 1 bot rm 80, kami pergi 10 orang. Dan paling best disanalah kami kenal each other. Lagi sekali la aku rasa aku menyebok atau menyelit dikalangan orang hebat. Hebat dalam pelajaran, hebat dalam pekerjaan, merancang keluar negara untuk belajar. Sedikit sebanyak memberi impak dalam life aku.











  Salam perkenalan buat korang semua, nnt kalau jumpa kat luar@dalam usm boleh la tegur-tegur.

terima kasih







Terima kasih semua yang mengajak diri ini dan memberi ruang pada diri ini untuk mendekati agama islam yang dicintai. Aku bukan kaki masjid apatah lagi ke majlis-majlis agama. Bermula dengan hanya memenuhi ajakan rakan-rakan, sambil mengisi masa lapang yang terluang. Rupanya terselit secubit keinsafan. Ajakan demi ajakan diikuti memenuhi program keislaman.

Betapa hati ini telah jauh dan leka dengan limpahan dunia.
Betapa hati ini terluka kerana nafas kurang untuk melontarkan kalimah-kalimah indah Al-Quran.
Betapa hati bersyukur kerana disedarkan dari mimpi indah dunia.
Betapa hati ini rasa kerdil duduk dikalangan rakan-rakan yang dilimpahi kesucian islam
Batapa hati ini menjerit tidak dapat melontarkan makhraj huruf seelok mereka.
Betapa hati ini menangis tidak memahami maksud disebalik surah Al-Fathihah.
Betapa hati ini gembira dipertemukan dengan rakan-rakan yang mengajak kearah kebaikan

Rahmat Mu YaAllah aku mohon
Hidayah Mu YaAllah aku nantikan
Barakah Mu YaAllah aku inginkan
Pimpinan Mu YaAllah aku impikan
Petunjuk Mu YaAllah aku dambarkan

Terima kasih YaAllah mengurniakan aku rakan-rakan yang mengheret aku ke jalan yang lebih baik dari dahulu. Agar aku tidak keseorangan dan tersasar dari kemewahan dunia yang sementara ini.
(Gambar diatas adalah sebahagian rakan-rakan tersebut, tapi ramai lagi. Namun ia bermula dengan program "bidadari syurga di C08,usm, bermula titiktolak qolbu ku ini-tq:NIAD & DSR)

Tuesday, February 19, 2013

makcik minta sabar dan tak malas

Mengantuk dalam kelas waktu petang itu perkara biasa. Sibuklah aku menggosok mata,main telefon menguap berpuluh kali, belek nota makin mengantuk. Aku letakkan kaca mata ditepi sambil jari dilalukan di mata kiri dan kanan. Perasan makcik sebelah merenung aku agak lama mungkin perasan aku mengantuk dan membaca nota. Sekadar berbasi-basi memulakan perbualan sementara tunggu guru datang. Ilang juga pedih mata ku menahan ngantok. Kelas pun bermula dengan agak lewat petang itu.

Usai kelas makcik menambah perbualan. Kami berkongsi banyak perkara, perbualan rancak menjejak angka 7 malam. Bekas pensyarah Farmasi. Sudah berpencen. Aku utarakan untuk panggil Dr atau Prof. "Panggil makcik muda, sebab cucu kecik lagi" secara berseloroh. Perkongsian yang agak menarik dan merendah diri walaupun perkenalan singkat. Mungkin kita boleh jadi geng dalam kelas ni.

Antara kata-kata makcik yang buat aku boleh serap jadikan motivasi adalah
1) Jika rasa apa yang kita buat tu betul, teruskan sahaja. Sekurang-kurangnya kita mencuba dari kita berserah bulat-bulat begitu sahaja.
2) Sifat sabar itu sangat penting dalam apa jua kerja. Sabar itu menentukan  kejayaan. Dimana kita atasi masalah yang wujud, dalam kerja, dalam belajar, dalam pergaulan waima dalam membuat keputusan.
3) Rata-rata orang melayu sifat MALAS sangat besar. Kena simpan dalam diri bahawa kena rajin tak kira dalam apa jua kerja terutamanya dalam ibadah harian kita.
4) Kalau kita selalu dekat-dekat dengan orang baik, kita juga akan dapat serpihan ilmu menjadi baik. Bermulalah dari sekarang(muda) kerana kelak kita akan sia-siakan usia muda itu sendiri tanpa sedar.

Walaupun makcik macam mak-mak atau orang berumur, cara teguran tu aku rasa seperti kawan-kawan yang lepak-lepak bersama je. Sporting la makcik. Panjang umur kita jumpa next kelas ye makcik.


Monday, February 18, 2013

tentang 3 perkara sebagai bekalan akhirat


Bertemu dengan makcik yang berkerja sangat keras. keras sangat. Tanpa disedari telah berlalu usia remajanya kerana sibuk bekerja. Walaupun tidak berkahwin namun tetap bekerja dengan keras. Saya pun bertanya pada makcik. Kenapa bekerja dengan sangat keras, untuk siapa harta yang banyak ini untuk diwariskan nanti. Makcik menjawab " kalau boleh makcik nak cari harta banyak-banyak supaya makcik boleh bayar zakat harta,zakat itu nanti akan di berikan pada orang yang berhak, ini semua milik Allah. Makcik pula tidak berkahwen apatah lagi memiliki anak''. saya tercengang tanda kurang faham. Makcik menyambung perbualan, " Kalau boleh makcik hendak jadi peniaga, dengan cara itu sahaja makcik boleh jadi sangat kaya, maka makcik boleh keluar zakat dengan banyak". Makcik bercerita mengenai zakat dengan sangat berkobar-kobar.

Sebelum berlalu pergi, makcik berbisik." Makcik tak punya apa-apa untuk di tinggal seperti orang lain yang ada 3 perkara. Makcik telah kekurangan satu bantuan, jadinya dengan harapan 2 yang tinggal ini dapat membantu makcik nanti ye nak ". Aku bertanya, "apakah yang 3 itu makcik?"

" ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan doa anak yang soleh." Makcik berlalu pergi. 

1) makcik ajar saya kepentingan menjadi kaya untuk saya infakkan harta kearah kebaikan
2) makcik mengajar saya bahawa dengan berniaga adalah cabang rezki yang islam galakkan (9/10)
3) makcik bersedekah dengan belanja saya makan
4) walaupun saya bukan anak makcik, tapi sebagai saudara islam saya mendoakan kesejahteraan makcik dunia akhirat

p/s: Cerita ini adalah benar tetapi telah saya olah sedikit untuk menyampaikan 3 perkara yang menjadi bekalan kita di akhirat sana apabila kita telah menutup mata untuk selamanya. Sekadadar perkongsian ikhlas. Memandangkan saya juga belum berkahwen maka saya meniru azam dan cita-cita makcik, sebab saya sendiri tidak tahu bila ajal saya akan diambil,minggu depan, esok atau sekejap lagi. 

Thursday, February 14, 2013

anda klik anda dapat love

Bila buka blog sendiri hari ni..klik2 kuar love bebanyak.eh rosak kena virus ke ni. Pastu klik punya kelik. jadi juga. Siap restart laptop lagi. Eh keluar juga love2 ni. Masa edit kat hari tu elok je tak ada apa-apa. Untuk mensahihkan apa telah terjadi pada blog sediri, aku pun paksa la budak opis buka blog aku.haha. Sah memang ada love2 ni terbang. Adoi. Gugurl sangat. Nak buang tak reti. Mungkin template sedia ada. Jadi dari stress tak tahu cara nak buang. Aku tukar jadi sengeh je la. Cinta pada semua yang mengarah kebaikan. Cinta pada pencipta yang utama. Cinta pada rasul. Cinta pada ibu bapa. Cinta pada diri sendiri. Cinta pada pekerjaan sekarang. Cinta pada tajuk kerja sekarang. Cinta pada semua yang meletakkan hati ni untuk terus mencintai Islam. Dah tu join lak program baitulmuslim.





## Sampai sekarang masih tersengeh seorang diri.(+++ teringat perbualan dengan seseorang malam tadi >>> semuanya kebetulan mungkin)

Monday, February 11, 2013

hari-hari cek tekanan darah

Kat rumah sekarang sudah ada mesin tekanan darah. Sejak mak tidak sehat hari tu, dan disahkan mempunyai tekanan darah tinggi. Ayah memang sudah lama ada penyakit itu tetapi faham sebab penyakit keturunan. Ayah kata penyakit ni tak berjangkit yer.

Jadinya hari-hari aku kacau mak ayah cek tekanan darah. Hari ini ayah gelak bacaan darah aku. Tau la dulu aku ni tekanan darah rendah. Kalau tak, tak kan lah dulu bertahun-tahun aku bergantung pada ubat. Sekarang aku jaga pemakanan je. Makan ubat ada kesan tak makan ubat pun ada kesan. Jadinya lebih baik tidak bergantung pada ubat bukan. Aku tak ingat nama tapi warna coklat, diambil setiap hari.


P/s : kepada empunya blog, silalah jaga pemakanan anda. Hahaha. Wajiblah jaga sebab tak mahu bergantung pada ubat sepanjang hayat. yeah :) [adakepatutnasihatpadadirisendiri~takadaorangnaknasihatselalu]


Wednesday, February 6, 2013

pelik je rasa

dupdapdupdapdupdap
tetibe berperasaan pelik
pelik sangat sangat
macam manalah keadaannya
apa akan mereka buat yer
betul ke tak ada apa-apa
cuba buat-buat cool

ok now tiba sudah giliran
selamat ke tidak ni
tak selesa jom duduk luar
takut tak nampak apa-apa
pushpush kena simbah
memang tak duduk diam
risau macam mereka nak apa-apakan je
ok..dah ada buih-buih putih
makin banyak tangan yang menyentuh

terasa sangat tidak selesa
rasa macam kena raba je
makin lama makin banyak jari-jemari
menyentuh tubuh itu
arhhh...
ramainya masuk secara bergilir-gilir
macam kena cabul je..
oh no...tak rela
maafkan kerana membenarkan semua
tangan-tangan kasar itu menyentuh mu
terasa sedih dan gusar kerana
engkau telah di ceroboh
lebih-lebih kesemua lelaki asing itu

disebabkan kesuntukan masa aku terpaksa
aku akan cuba sedaya upaya
meluangkan masa bersama mu
akan selalu belai kamu
akan selalu mencuci kamu
akan selalu membersihkan kamu
aku akan sedaya upaya menjaga kamu
terutama disentuh oleh meraka yang tidak sayangkan kamu

walaupun kamu dah bersih
tapi aku tetap teringat situasi tadi
kamu kereta ku yang tersayang
bernama eyqn
maafkan aku sebagai tuan

Tuesday, February 5, 2013

sedang mula bercinta


Sudah mula berkenalan
Sudah mula untuk jatuh cinta
dan berusaha untuk terus bercinta
Saya akan belajar untuk jatuh cinta
pada buah hati saya yang baru iaitu
HOMESTAY
Moga cinta saya kekal sampai tamat

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi