Pages - Menu
Followers
Translate
Monday, January 17, 2011
Siapa nak ikut....jomlah.....jom...
Sunday, January 16, 2011
Hati Kayuhan..16 km jer
Wednesday, January 12, 2011
KURSUS PRA PERKAHWINAN 2011/johor bahru


Manual focus
Sunday, January 9, 2011
MAAF...aku KOLOT
Tuesday, January 4, 2011
senyum - Malique & Najwa
Lirik Senyum – Malique & Najwa
Senyum :)
Sunday, January 2, 2011
Konon cari kerja tapi laen jadinya
Friday, December 31, 2010
Tahun Baru lagi...




Friday, December 17, 2010
Ragam meow2 ku
NIKMAT HATI KURNIAAN HATI DEMI HATI
Kadang2 kita rasa sunyi walaupun ramai orang disekililing kita
Kadang2 kita rasa nak marah walaupun tak d sebab musabab
Kadang2 kita rasa tak d kawan borak sedangkn tgh berborak dengan mereka ni
Kadang2 rasa lapa tapi bila dpt makanan xd slere pulak
Kadang2 hati kata nak cuba sesuatu yang baru tapi banyak sangat tapinya
Kadang2 rasa xd sapa yang sayang kita sedangkan famili betul2 ambil berat
Kadang2 kite tgh gelak ketawa tapi sbnrnye kita tak happy pun
Kadang2 kita rasa dah ramai kawan tapi mana semua kawan2 kita ni
Kadang2 rasa kecewa sangat kalau gagal padahal baru dugaan kecil
Kadang2 rasa kitalah yg paling betul tapi owg laen kata ''ni sume ko punya pasal''
Kadang2 rasa dh doa banyak tapi tak juga makbul2......
Sapalah diri ini utk menuding jari sapa salah sapa benar
Sapalah diri ini utk menjadi kawan baek kalian
Sapalah diri ini utk disayangi dan didampingi
Sapalah diri ini utk mendabik dada membangga diri
KENAPA?
Semua ini bermula dari hati
Setiap insan memiliki hati untuk dididik
Diberi ilmu secukupnya, diberi makan sekenyangnya
Untuk berkenalan dengan Islam,bercinta dengan Islam
Sanggup berkorban apa saja demi Islam
Terus jatuh cinta dengan Allah,berkasih selawat pada nabi
Berkelana memuji kebesaranNya
Bertahmid,munajad mengingatiNya
Segala-galaya bermula dari HATI
HIDUPkan kembali HATI yang telah MATI itu
Semaikan kembali hati dengan ilmu Islam
Bajai hati dengan ayat Al Quran
Supaya hati tenang mengingati
Supaya hati gembira beribadah
Supaya hati kuat bercinta
Supaya hati kekal rindu
hati oh hati...

Thursday, December 16, 2010
KURSUS PRA PERKAHWINAN

Friday, December 3, 2010
meow oh meow
Tuesday, November 2, 2010
KepuTusan Telah Di buat
Kisahnya bermula apabila aku menghantar nama untuk menyertai program jelajah berbasikal mahasiswa 1 Malaysia anjuran UPM. teringin mencatat nama sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang melakar sejarah mengelilingi Malaysia. Walaupun agak takut, poyo, gila, teruja, gembira, cabaran dan macam-macam perasaan bercampur baur. Kini keputusan telah dibuat dengan perbincangan ahli keluarga. Mereka tidak membantah dan tidak menghalang namun kata-kata nasihat terima dan janji yang aku buat, aku yakin aku boleh laksakan dengan sempurna.
Program akan bermula dari UPM sendiri menuju ke UTM. UMP ke UMT. UMK ke UUM, akhir sekali USM ke UPM. Ekspidisi akan berlangsung selama sebulan lebih. Ini adalah program ke edisi ke 2 namunn aku tidak berpeluang menyertai edisi pertama. Inilah yang dikatan peluang. sesiapa yang menyertai harap kita akan dapat melaksanakan dengan jayanya. Nanti saya hendak berkenalan dengan kamu semua.
Kepada semua yang mengenali diri saya, saya minta maaf kerana jarang update blog ini,minta maaf jika ada salah silap, termakan terminum, terkasar terguris, termarah tersayang, terbuli termaki, apa jua. Saya juga maafkan kamu. Doakan keselamatan saya sepanjang jelajah berlangsung ye.
Wednesday, October 13, 2010
nak percaya ke tak
Ikutkan aku sendiri tidak percaya sangat,setakat tengok dalam tv.Tapi setelah beberapa perkara berlaku dalam famili aku..erm ada rasa nak percaya ke tak mahu...Pepun sedang berusaha mengubati. Moga cepat-cepat ar dapat dibuang sapa yang ada saka tu...sapa yang bawa sapa yang ada pun masih tercari-cari..
Kalau ikutkan orang yang berubat tu salah satu dari keluarga adalah keturunan raja.Keluarga jauhla. Jadi saka itu telah menjaga dia sepanjang hari ini. Aku pun masih tertanya-tanya..apakah benar ini semua.Memang tidak pernah terlintas langsung bahawahal sebegini akan terjadi dalam famili ku sendiri...doaku buat semua familiku..jika benar hal ini wujud,cepat-cepatlah berubat dan kembali pada yang Esa. Aku sayang famili aku semua.
Sunday, October 3, 2010
SeSUNGGguhnya
Assalamualaikum
Sesungguh telah terlalu lama tidak mencoretkan sesuatu di blog ku ini. Kerana kekangan masa yang terlampau ketara. Terlalu rindu untuk berkarya. Maaf pada pembaca-pembaca yang setia menunggu dan sudi membaca blog ku ini. Setelah berhenti di kedai buku aku bekerja kerani di sebuah syarikat logistik,tetapi agak sukar kerana syarikat cina,jadi faham-faham la. Nasib ada petronas, ada juga tempat nak solat.
Sekarang ni aku bekerja di kedai printing. Masyallah kerje punyalah banyak.Tidak terkejar rasanya. dateline itu dateline ini. Belum lagi komputer rosak mesin meragam,pelanggan cerewet. Rehat tu pun curi-curi sebab tidak akan ada time rehat yang serehat-rehatnya.kalau rehat mesin tak jalan kerje tidak siap,maka lambat lah balik. Alhamdulilah dapat kawan yang ok.Aku dah pesan kalau aku leka buat kerja ingat-ingatkan lah aku kalau aku belum solat..syukur dia pun juga peka. Harap-haraplah dapat bertahan kot-kot dalam sebulan lagi..nak cari pengalaman orang kata.
Sebenarnya aku mahu join jelajah 1Malaysia bulan sebelas ni..so niatnya mahu berhenti bulan 11 nanti.Program berbasikal jelajah 1 malaysia diadakan selama sebulan. Nak sangat ikut..Sudah mula joging untuk maintain stamina.Nanti kalau jadi aku umumkan pada kalian.
Thursday, July 1, 2010
SEBAHAGIAN KOLEKSI KU SELAMA 10 TAHUN
n..tapi comel2 n cukup berharga serta memberi kenangan pada ku..ia bermula selepas peperiksaan PMR. Kereta mainan pertama yg aku beli adalah jenama maisto..kecik.comel.ley buka pintu lagi..hehe...then bermulah episod aku membeli dan mengumpul kereta2 comel ni..kebanyakkan aku beli jenis hotwheel...dlu harga sebuah rm4.90..now harga dh rm 6.90..makin mahal..dulu seminggu blh beli sebuah dengan duit belanja yag aku dapat seminggu tu...sehari smpan seringgit...kerete punya pasal.hehe..melangkah ke tgktn 4..aku membeli model kelisa..kete idaman la konon.kecik2 tapi comel..ada juga beberapa kerete remote control yg aku beli..cikgu pun penah hadiahkan aku kerete...boleh buka pintu lagi..now kete tu dh ada kat malaysia..nama kerete tu SMARTCAR...ayah pun penah beberapa kali hadiahkan aku kerete...bezday umo 20 pun dapat kerete remote..hehe..beli kat the mines kl lagi..selain kerete ada gak aku kumpul motor..
Bagiku cukuplah untuk 10 tahun rasanya aku mengumpul..tersedar lak diri ni dah tua...cukup2 lah.almari pun dah penoh sebenarnya...now aku pun dh ada IKAN aku yg comel tu JHA 8221. Ada hobi baru yg sedang aku lakukan..tggu dan lihat
Tuesday, June 29, 2010
BOLA..BOLA..BOLA..PIALA DUNIA 2010
Salam pada semua pembaca yng dikasihi.Sekarang ini musim bola piala dunia.Macam biasa sudah pasti ramai yang akan mabuk atu gila bola.Maklumlah 4 tahun sekali.Afrika telah menjadi tuan rumah piala dunia 2010. Seperti tahun-tahun lalu saya tetap menyokong pasukan BRAZIL.Dirumah saya tiada astro,jadi klu ada pasukan faverout pasti adak saya mengajak kekedai yang ada astro.Kadang penat balik keje jam 10 tapi layankan adik.dapat juga makan dan tengok bola.4 tahun sekali sahaja ada piala dunia ini.Masih segar dalam ingatan piala dunia 4 tahun lepas,kami tengok dikedai mamak di perak.kebetulan kami balik kampung di perak.itu merupakan pengalaman pertama menonton bola di kedai mamak.seronok.ayah adik dan saya.macam-macama ragam.penuh kedai.mula-m
ula tidak ada tempat.kemudian baru dapat tempat.itupun meje belakang sekali.masa itu tengik brazil lawan.tidak ingat lawan negara mana.jadi kenangan betul.tengok perangai manusia.sudah tidak kira bangsa.bola punya penangan.paling menarik ada aksi mat pit di satu meje.kawan mereke sendiri copet dompet kawan.mereke dalam keadaan mamai.apa pun tidak ingat.memang macam-macam ragam.inilah kisah piala dunia
Wednesday, June 16, 2010
HATIKU MENANGIS MENDENGAR PERKATAAN PALESTIN..SELAMATKN BUMI ITU
Operasi besar ini bermula dengan pengeboman oleh pesawat pejuang F-16 dan helikopter AH-64 Apache dan ditentang oleh tembakan roket Qassam di kawasan komuniti selatan Israel. Sekurang-kurangnya 225 orang terbunuh pada hari pertama ini, menjadikannya hari paling ramai yang terkorban dalam sejarah konflik Israel-Palestin. Sehingga Ahad 4 Januari 2009, jumlah korban Palestin telah meningkat melebihi 500 orang.
Pada sebelah petang, Angkatan Tentera Udara Israel menghunjam 100 tan ledakan bom dan 95 % mencapai sasaran yang dikehendali. Menurut sumber Israel, mereka berjaya memusnahkan 50 pusat keselamatan yang dibina Hamas. Ini termasuklah balai polis, penjara dan pusat kawalan yang dipibina oleh pihak berkuasa pentadbiran Hamas di Semenanjung Gaza, Bandar Gaza, Beit Hanoun di utara, Khan Younis dan Rafah di selatan.
Pasukan perubatan melaporkan 287 warga Palestin terbunuh serta merta di kawasan kemalangan atau selepas dikejarkan ke hospital berhampiran. 900 cedera parah yang kebanyakannya anggota polis dan anggota pergerakan Hamas, orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.
Pada Jun 2008, satu perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel anjuran Mesir berjaya ditandatangani. Tetapi Israel memungkirinya dengan menyadakan sekatan semula di pintu masuk dari Israel ke Semenanjung Gaza. Oleh itu warga Palestin di Semenanjung Gaza tidak mendapat bekalan makanan dan fasiliti lain seperti gas, bekalan elektrik, air, ubat dan pelbagai barangan lain . Sememangnya Semenanjung Gaza tidak dapat berdiri sendiri melainkan bergantung menerima belas ehsan daripada pihak berkuasa Israel. Israel menjadikan hal ini sebagai sorong-tarik dalam krisisnya dengan Hamas yang kini mendapat sokongan besar di Semenanjung Gaza. Pada 13 Disember 2008, Israel mengumumkan akan memanjangkan gencatan senjata hanya jika Hamas patuh kepada syarat-syarat lama dan syarat terbarunya. Hamas menyalahkan Israel kerana menamatkan genjata senjata sebelum ini dengan membuat sekatan di pintu masuk dan rakyat Palestin terpaksa membina terowong-terowong untuk ke seberang tembok sempadan.
Reaksi antarabangsa
Bantahan anti Israel oleh rakyat Tanzania.8 Januari 2009 Resolusi gencatan senjata diluluskan dengan Amerika Syarikat berkecuali, mahu supaya gencatan senjata segera dikuatkuasa dan dipatuhi sepenuhnya sehingga membawa kepada pengunduran tentera Israel dari Gaza.
9 Januari 2009, wakil Kementerian Luar China, Qin Gang mendesak Israel supaya segera menarik balik tenteranya dari Gaza selaras dengan usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu. Usaha politik diteruskan agar tertubuhnya sebuah negara Palestin yang bebas dan kedua-dua negara itu menikmati keamanan.
Pada 5 Januari 2009, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghubungi Setiausaha Agung PBB Ban Ki Moon dan Presiden Persidangan PBB, Miguel d'Escoto Brockmann, meminta diadakan sidang tergempar PBB membincangkan serangan Israel di Semenanjung Gaza.
Timbalan Menteri Luar Datuk Abdul Rahim Bakri mahu Israel mematuhi Perjanjian Annapolis antara Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Israel Ehud Olmert di Annapolis, Maryland di Amerika Syarikat pada 27 November 2007 untuk mencari perdamaian antara Palestin dan Israel. Isu Palestin adalah isu jenayah kemanusian dan "satu tindakan keganasan".
Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mestilah menghantar pasukan pengaman ke sempadan Israel dan Palestin dengan segera. Datuk Seri Mohd Ali Rustam selaku Naib Presiden UMNO dan Presiden Perhimpunan Belia Dunia (WAY) berkata jika Amerika Syarikat benar-benar mahu keamanan, negara kuasa besar itu boleh menghantar segera tentera pengaman ke sempadan Palestin dan Israel.
Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Noor Nirwandy Mat Noordin menggesa rakyat memboikot produk negara-negara yang menyokong Israel termasuk Coca-cola,Starbuck dan Colgate. Mantan Perdana Menteri Malaysia , Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa dolar Amerika turut diboikot. Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng mahu kerajaan Malaysia memanggil Duta Amerika Syarikat di Malaysia untuk menyampaikan bantahan rakyat Malaysia.[31]
Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono menyatakan negara Indonesia sedia menghantar rakyatnya untuk menjadi sebahagian pasukan pemerhati di Semenanjung Gaza jika gencatan senjata tercapai. Janji itu diberikan semasa menerima Duta Besar Palestin ke Indonesia, Fariz Mehdevi di Kompleks Istana Presiden , Jakarta.
Bantuan antarabangsa
Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY) menghantar pakar perubatan dan petugas logistik ke Mesir bagi menyahut seruan kemanusiaan untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa serangan Israel di Tebing Gaza. Ia diketuai oleh Presiden Mercy Malaysia Datuk Dr Jemilah Mahmood dan anggota majlis eksekutifnya Norazam Ab Samah.[32]
Penyelaras AMAN Malaysia Datuk Mukhriz Mahathir menggesa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) untuk berdiri teguh bersama rakyat Palestin menentang tindakan ganas yang bertujuan membawa kemusnahan kepada kalangan penduduk yang dirampas tanah mereka oleh Israel dan sekutunya. Pada 29 Januari 2008, Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia (Aman Malaysia) melancarkan Tabung Kemanusiaan Gaza untuk membantu 1.5 juta rakyat Palestin yang terperangkap di Gaza selepas semua pintu sempadannya ditutup rejim Israel sejak Jun 2007.
10 Januari 2009, Josette Sheeran selaku Pengarah Eksekutif Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyatakan penghantaran bekalan bantuan kepada sehingga 360,000 orang bukan pelarian di Gaza, manakala Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) akan memenuhi keperluan makanan di kalangan pelarian yang berjumlah 1.1 juta orang. WFP memiliki stok makanan berjumlah 3,500 tan metrik di gudang di Gaza, cukup untuk bekalan bagi memenuhi keperluan kes-kes baru sehingga 360,000 orang untuk tempoh tiga minggu. Bekalan makanan dihantar ke hospital-hospital dan juga tepung gandum kepada kedai-kedai yang masih dibuka. Kedai-kedai roti juga sudah kehabisan bekalan tepung gandum yang diperlukan untuk membuat roti - makanan utama penduduk di Gaza .Kilang-kilang tepung sudah kehabisan bekalan bahan mentah.Pemandu trak dan pengendali fork-lift enggan bekerja ekoran rasa bimbang dengan keselamatan mereka. 130 trak yang membawa kira-kira 4,000 tan metrik makanan WFP sudah dihantar ke Gaza menerusi tempat melintasi sempadan di Kerem Shalom, tapi sebahagiannya tersekat disebabkan faktor keselamatan
Tuesday, June 15, 2010
mimpi wat kali ke 5
Wednesday, May 26, 2010
4 kali mimpi
2)tgh duk tggu kptsn exam spa n medsi,duk mengharap dapat surat panggilan g PAC tuk emigresen,sekali mimpi dapat surat temuduga medsi 23 mei.mmg tau kptsn exam spa n medsi kuar bulan 5 tp tak tahu tarikh..bile cek tenet..btl kptsn medsi akan kuar lagi 2 hari..tup2 btl2 dapat..siap tarikh pun same 23 mei..giler ar mimpi jd kenyataan.
3)dlm duk sibuk study nk g exam n tibui medsi kat uitm shah alam,mimpi lagi...dlm mimpi tu mcm ada peluang n harapan cume aku perlu melalui bbrapa n sedikit halangan..aku rasa antara halangannye adalah aku kurang sihat,demam..lg 3 hr nk exam bru ley bc buku.dgn masalah cuti n shif kje..nasib dapat cuti last minit.halangan samada pegi ayah anto or naik bus,aku mntk naik bus,ayh wat kptsn ley naik bus tapi mak kne teman..ok:)..tp pg tu aku sedey lak sbb ayah xg..aku msg ayah ajak g kl..ayh kte takpe...serius aku tertekan..nk cry dh time tu sbb biasa g mane2 mst ayah anto..ni kan pula nk g tibiukn..wat kali k 2 aku solat dhuha sabtu 22 mei tu..adik aku bruwang cola yang ajo...kire smlm (jumaat)aku bljr buat 1st time.tenang gak ar rasa..sabtu aku nk g tu..aku wat lagi,sblm naik bus..dlm solat hajad aku cry..tak tau pesal..then pai naik bus aku sakit kple trus tido.bgun2 sbb nak buang air kecil..40 mini tahan..terpakse gak ckp kat pakcik bus..nasib dia sporting..cabaran gak tahan buang air..mungkin ni pun termasuk dalam dugaan imipi aku ni..dh ar trun bukit jalil...cabaran gak ar tu...tak pernah sampai sana..slalu kt puduje..hehe..lantakler..4 kali ty owg sbb bw mak,kang salah jalan sian lak penat..wlpun bnyk cabaran alhamdulilah sampai gak kl....
4)mlm sblm g exam,mimpi lagi..dlm mimpi tu,g ar bnyk kete,tp yg g bek exam tak ramai..mcm ada harapan je aku kate..dlm mimpi lagi ni..soknye g exam btl2 tak ramai..bel exam seni 8 owgje..yg lain just tibiu..dalam pada nk g exam tu..pergh..tak jmp tmpt pekse..berlari sana sni..ye ar kbtln dh cuti sem..mene d owgkn..ahad lak tu..sbnrnye dah mule awal,18-23..kire aku last ar ni..dh ar nama tlis palaitgn je..yg lain sume kmptr..ni libtkn mimpi 3 ni..dh ar member kte dia kne tibiu 2jm..cuak aku ms tu..exam lukis tu dia letak barang atas meja..so kne lkis..tak konfident sgt sbb gelabah cr tmpt kot..tawakal pada Allah...then mas tibiu tggl 2 owg je..lg ar gelabah..pe bc sume lupe.buku pun dh xsmpt belek...huhu,,alhamdulilah dapat jawab soalan penemuduga dengan tenang n happy...berjalan lancar..HOPE ADA REZKI BUAT AKU KALI NI...
tggu kptsn bulan 6 ni..klu dpt,intake awal bulan 7..everybody..wish me luck k :)
Sunday, May 16, 2010
EXAM N TIBIU LAGI(Selamat Hari Guru)
Ni nak citer kat sii sket..ulang tayang cerita..before this aku d nk bek exam spa tuk jwtn emegresen n dpli.tp duk sibuk baca tuk spa,sbb spa exam dlu then baru dpli..punyalah terok study..bis sume buku spm aku study..dlm duk study tu d ar 1 hari mimpi tgh mengajo kat skol..xtau petanda atau apa,tp aku ttp buat yg teraik tuk exam spa tu..pulun habis at owg kata...then exam dpli aku ley wat main2 lak..hehe..stgh jam dh siap ,blh tetido lagi dlm dwn exam kat smkbbu tu..dlm diam2 duk tggu kptsn exam..tau akan umum bulan 5 tp xtau tarikh..mimpi lagi..dh ar duk mgharap surat tibiu spa..tup2 dapat surat tibiu cikgi 23 mei..buka ar tenet cek..2 hari lagi rupanya resuult nk kuar..tup2 btl2 dapat tibiu cikgu tarikh pun sama korang tau tak..sama dlm mimpi..korang yg membaca blog aku ni..doakan lar yg ternaik buak ak andai itu adalah rezki terbaik buat aku untuk aku menampung khidupan aku n fmly...terima kasih kalian kerana sudi mndgr n membaca luahan ahati aku ni..doakan aku cepat sembut n bersedia mghadapi exam melukis 9am n tibiu 2pm di uitm shah alam pada 23mei 2010 ni..
Saya...
- yayashimano
- suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi
